Knowledge Sharing

10 Barang Menarik di LAZADA

Kalau you perasan, kat Malaysia ni kita dah boleh shopping online. In fact, barang-barang keperluan macam diapers, pads, handbags, alat-alat elektronik pun kita dah boleh beli online. Kalau di US, rata-rata penduduk kat situ suka shopping memalui Amazon. Sikit-sikit Amazon. Tapi takkan lah kita nak shopping dari Amazon jugak sebab currency berbeza. Lainlah kalau you tak kisah guna currency US dan tunggu sedkit masa untuk barang sampai. Alhamdulillah di Malaysia kita ada LAZADA.

I mula-mula skeptikal juga dengan Lazada. I tak biasa beli barang online. Mungkin setahun sekali je kot I akan beli sebab rasa was-was yang maha tinggi hahahaha. Anyway, keyakinan I bertambah bila my own abah and my brother sendiri beli barang kat Lazada. Abah bought an Electrolux EMM2308X Microwave Oven for mama. Sweet kan?

An oven for mama.
An oven for mama.

While my brother bought a digital  weighing scale (tak ingat pulak brand apa) yang boleh timbang berat and analyse your body fat, muscle and water in your body. So far memang puas hati and takde kerosakan. Diorang memang ppuas hati beli dari Lazada. Delivery cepat. Cara Lazada handle pun bagus. In fact, barang-barang yang Lazada hantar pun dalam condition yang baik. Kalau you bernasib baik, kalau you order hari ni, ada kemungkinan barang sampai keesokkan harinya.

My husband’s friend pun pernah shopping kat Lazada. Nak tahu tak dia beli apa? PETI AIS! Haaaaa besar tuuu. Macam tak percaya jer kan. Dia pun rekemen beli dari Lazada.

Keyakinan I makin bertambah bila ada seorang customer (now boleh kira kawan la) pernah bekerja di Lazada. Gudang Lazada ni kalau tak silap terletak kat USJ. Menururt kawan I, barang yang paling laku kat Lazada ialah DIAPERS @ lampin buang bayi! Dia pun hairan. Dia kata maybe beli online lagi murah sebab selalu ada offer. And jangan terkejut, sebenarnya ramai beli perkakas dapur beli dari Lazada. Mungkin ramai dah tak sempat nak pergi shopping. Busy agaknya or maybe tak mahu bersesak-sesak dalam jem.

Apa yang menarik shooping akat Lazada ni, ada sesetengah items ni you boleh beli secara Cash on Delivery (COD). You kena tengok belah kanan skrin samada ada COD atau tidak. Selain tu, you juga kena pastikan siapa pembekal barang tersebut yang tertulis ‘Sold & Fulfilled by’. Katakanlah you ada masalah (na’uzubillah) dengan pembekal, you boleh je adukan pada Lazada sebab Lazada akan refund balik barang tersebut termasuk kos postage. So kalau ada masalah, hubungi je Lazada dengan segera. But so far, my family and friends takde pun experience masalah dengan Lazada ni.

Macamana nak anggar beli barang kita sampai?

On the lazada itemright side of the screen, ada estimated delivery. Selalunya 6-8 hari baru sampai.  Sometimes you can get it earlier. It depends on siapa pembekal barangan tu. You boleh semak samada pembekal tu dapat berapa bintang. And it’s 100% buyer protection.

Ada sesetengah items you boleh COD. How to know ada COD ke tidak, cek n the right side screen jugak. If barang tu ada jual di Malaysia or berdekatan dengan rumah, boleh la request COD. If barang tu dari luar negara, maka kena tunggulah lebih kurang sebulan untuk barang tu sampai sbb ada shipping.

Macam pengalaman I dengan Lazada, I thought barang akan sampai dalam masa seminggu. Tup-tup after 2 days I order barang, Sky Net dah datang nak hantar barang. Cumanya I tak perasan bila masa Sky Net datang. Sedar-sedar dapat notis rindu dari Sky Net hahaha. Cepat kan delivery dari Lazada?

Owhh tak suka tunggu2? Nak barang tu hari ni jugak? Nak tahu berita baik tak?

Kalau you order barang sebelum 1 tengahari, Insya Allah you dapat barang yang you order tu hari tu jugak. Cuma ada beberapa syarat. Hanya barang yang tersenarai di bawah kategori High-Speed Delivery sahaja yang akan dihantar pada hari yang sama. Jangan risau. Ada sekitar 4000 items yang you boleh beli. Lepas ni takde la kalut kalau tiba-tiba terlupa beli barang untuk si dia. Samsung Galaxy Note 5 ada. Apple IPhone 6 pun ada. Harga pun banyak diskaun tuu hihiii.

Lazada HighSpeed Delivery

 

Anyway, I suka sangat window shopping di Lazada. Sebenarnya window shopping kat mall lagi best tapi ada masanya segan nak check or tanya harga. Lagi segan bila air muka cik abang I berubah serta-merta bila tengok harga yang dia tak berkenan. Kita pun boleh hilang selera. Hahahaha.

 

Pernah tak korang tengok gambar rumah orang especially yang suka organize ni tayang dapur pelbagai. Sometimes ada je benda menarik kat dapur diorg and kita tertanya-tanya mana nak dapat barang tu. Kalau malu nak tanya, kita punyalah berusaha cari kat kedai tapi tak jumpa-jumpa. Kalau tak malu, kita pergi tanya and bila kita sampai kedai yang dinyatakan, stok pulak dah habis. Last-last kechewaa.

I ni kategori malu tak bertempat jugak la hehe. Nak bersosial lebih-lebih ni memang bukan I la. Memng keturunan anti-social agaknya. Tapi I baik hatiiii ahakss. I suka tolong orang. [yeaaa…..tahulah korang terbatuk hahaha].  Ok..ok…dah off topic ni. Sebenarnya I nak kongsikan barang-barang menariks yang I jumpa kat Lazada. Maybe korang dah ada barang-barang ni and mungkin ada yang tercari-cari. Jom kita tengok apa yang I jumpa…..

 

 

1. Pineapple Corer Slicer

Siapa kat sini suka makan nenas? Korang pandai tak kupas nenas? Secara jujurnya I tak pandai langsung kupas buah ni. Setiap kali mak I or mak mertua mintak tolong kupas buah nenas,  I ngaku I tak reti.

Apa yang menarik pasal Pineapple Core Slicer ni, bila potong buah nenas, boleh puas bahagian tengah yang keras dalam buah nenas tu terus. Bila potong buah nenas cara tradisional. perasan tak air buah tu punyalah banyak terkeluar. Tapi bila guna alat ni, jus ni takdelah terkeluar sangat.

 

 

 

2. Multipurpose 4 Layer Portable Storage Rack

Bagi yang duduk di rumah kecil, kita semua tahu bahawa ada ruang kecil antara kabinet dapur dan peti sejuk, antara mesin basuh dan sinki, atau mana-mana tempat lain. I cadangkan korang gunalah ruang kecik tu untuk letak penyimpan barang yang lebar 13 cm je. Boleh la simpan sos, perencah, garam, kunyit kat situ. Bukan saja dapat jimatkan ruang, tetapi senang nak menyusun dan menyimpan barang-barang kecil untuk senang dicari. Rak 4 tingkat tu diperbuat daripada plastik keras yang berkualiti tinggi untuk selamat dan tahan lama.

Rak tu tinggi sangat? Owhh ada juga yang 3 tingkat

 

image

 

 

 

3. Automatic Toothpaste Dispenser

Toothpaste dispenser ini sangat sesuai untuk mereka yang OCD hihi. Kalau geram tengok ubat gigi tu tak dipicit dengan betul, bolehlah gunakan dispenser ni. Tak menggunakan kuasa elektrik pun. Set dispenser ni datang dengan 5 pemegang berus gigi yang akan tersusun kemas. Mesti seronok tengok bilik mandi anda kemas dan bersih lepas ni.

 

 

 

4. Umbrella Stand

 

Umbrella Stand ini direka khas untuk menyimpan sehingga 7-10 Payung.  Sekarang payung anda akan menjadi kemas dan teratur. Jimat ruang dan tak perlu sorok payung anda di tempat berhabuk lagi.
Menjimatkan ruang dan menyimpan payung bersih dari tingkat
mudah dipasang

Ideal untuk menitis payung basah untuk tidak kotor masuk rumah anda
Dimensi: 25cm x 50cm
Warna: Putih

 

 

 

5. Double Mesh Milk Frother

Pernah minum kopi giant cup seperti kopi goyang, monster cup etc? Geram je tengok susu tu berbuih-buih kan? Bila buat kat rumah tak jadi pula. Siapa yang gila kopi mesti teringin jadi barista di rumah sendiri. Konon-konon nak buat coppucino dan latte dan hiaskanpermukaan kopi dengan corak tersendiri. Malasngnya bila tuang susu tu jer, tak muncul corak yang diidamkan.

Rahsianya ialahlk Frother ni. Susu itu perlu di ‘pam’ dahulu supaya ia berbuih. I kurang pasti nak explain secara sainsnya macamana. Tapi bila susu tu dah berbuih, susu tu sudah sikit nak bercampur dengan kopi atau apa-apa minuman idaman anda. Maka terjadilah layer / lapisan dalam minuman tu.

 

 

 

6. Blackboard Wall Sticker

chalkboard-blackboard-self-adhesive-vinyl-2077-p

 

image

 

 

 

Siapa kat sini sukakan papan hitam di dinding? Nampak macam hipster bukan? Nak beli papan hitam macam mahal dan memakan ruang. Lekatkan kat dinding lagi cantik. I pun ada buat kat rumah. My husband punya projek. Dia gunakan cat spray. Apa kekurangan bila gunakan cat ialan bila dinding tu tak rata, maka tulisan kat dinding tu pun nampak tak cantik dan tak rata. Maka I nak rekemen ‘wallpaper’ yang berfungdi sebagai papan hitam atau dikenalai sebagai black board sticker.

Black board sticker ini diperbuat dari non-toxic PVC dn sesuai diletakkan di dinding rumah, café, tadika ataupun di pejabat. Sticker ini boleh dipotong mengikut saiz atau bentuk yang kita nak. Tak perlu guna gam sebab memang boleh melekat di dinding yang tidak berhabuk dan lembab. In fact, tak perlu gunakan hammer dan paku untuk pasang sticker ni. Seronok bukan?

 

 

 

7. Whiteboard Sticker

Tak suka black board? White board pun ada tau.

Hanya tanggal dan lekatkan di dinding, anda boleh tulis di atasnya padam jika anda ingin mengedit seperti papan putih biasa !! Daripada membayar beratus-ratus untuk papan putih, anda boleh menggunakan ini papan putih pelekat sendiri di mana-mana permukaan licin. I pun ada order whiteboard stiker ni sebab nak buat home tuisyen di rumah. Daripada beli whiteboard yang besar gedabak, mahal dan tak tahu nak simpan mana lepas guna, lebih baik I guna je white board stiker ni.

Ramai pengguna berpuas hati dengan whiteboard sticker ini. Antaranya:

Fast delivery02 May, 2016
Surprised at the speed of delivery
Guest

Terbaik & berbaloi-baloi! 19 Apr, 2016
Penghantaran cepat, dalam kondisi yang baik & lebih panjang dr yg saya gambarkan!
by Verified buyer, Putri

 

Gets the job done.
The sticker might be a bit loose here & there (minor), but maybe for the benefit of peeling it off easily in the future.
Will buy more for the office!
by Verified buyer, Ridhwan Bakir

 

Good 11 Mar, 2016
I brought 2 of this.
But 1 is enough for me.
by Verified buyer, Anbu Kumaran

Review yang lain boleh baca di SINI .

 

 

 

8. Digital Alarm Clock

Siapa kat sini menggunakan smartphone / handphone sebagai alarm? Bila alarm berbunyi jer, ada yang terus tekan ‘snooze’ phone alarm dan sambung tidur. Konon-kononnya kita ada sedikit masa lagi untuk sambung tidur. Siapa buat macam tu? Mengaku cepat hahaha Dah berapa kali kita terlewat bangun sebab habit yang tak senonoh ni. Boleh dikatakan ramai yang ada habit bergantung pada telefon dan terkulat-kulat tengok telefon dah pukul berapa. Sedar-sedar dah lewat.

Kalau habit ini tidak membantu, anda boleh menggunakan LCD Smart Digital / LED Alarm Clock. Smart Digital LCD / LED Jam Penggera mempunyai keupayaan untuk mengesan cahaya daripadanya sekitarnya. Apabila ia berada dalam persekitaran yang gelap, latar belakang secara automatik mendapatkan cerah, supaya ia boleh dilihat dalam gelap. Skrinnya besar dan boleh dilihat dengan jelas di dalam gelap. Di samping itu, bunyi alarm yang berubah-ubah dari perlahan kepada kuat, dari lambat untuk cepat seusai untuk kaki tidur. So tak perlulah snooze dan terkebil-kebil tengok masa di phone selepas ini. Hihiii

Ada juga review yang baik dari pembeli.

Value for money !
by Tan Felicia
Love the accelerating alarm, from one beep to annoying continuously beep, definitely can get me up. Just tht, the snooze can only work if u press on the snooze button. The automatic dim light in the dark is way too cool~ and the light is white! Tht’s my most delightful part as I saw some pics in the description the light might be blue…
by Verified buyer, Livvie Chia

 

 

 

9. Space Saving Rack

 

Siapa kat sini ada laundry room? I takde 🙁 sob sob. Rumah town house tak banyak ruang. So nak taknak terpaksalah guna je mana-mana ruang yang ada. Walaupun ruang sempit, mesti kita nak tempat tu organized kan. I penah tengok kat facebook orang kongsi cara dia susun laundry area. Pakai space saving rack je. Kemas je tersusun. Sesuai untuk washing machine front load dan top load. Anak-anak yang kecil tu pun Insya Allah tak sampai nak gapai detergent yang kita dah letak tinggi tu. Awesome kan?

image

Selain laundry area, space saving rack ni pun boleh letak di dapur. Kalau anda anda dapur yang kecil, boleh la susun rempah, garam, kunyit, sos atau apa-apa yang sesuai di atas tu. Boleh jugak susun bekas-bekas makanan yang ringan. Baru la sedap mata memandang. Takdelah rasa serabut sangat tengok dapur yang kecik tu.

 

 

 

10. Fridge Side Rack

Takde ruang nak letak space saving rack? Maka gunakanlah multipurpose fridge side rack ni. Boleh letak di tepi peti ais. But I tak rekemen barang-barang yang berat. Setakat tisu, buku resepi atau barang-barang ringan boleh la.

Belah bawah rack tu you boleh gantung apron, towel kecik, kunci, oven glove atau apa-apa yang you suka gantung. Kan comel tu?

_1540217_z.jpg

Itulah 10 barang menark yang I suka di Lazada. Kalau anda perasan, kebanyakan barang-barang ni barang susun atur yang sesuai letak di rumah. Kalau anda apa-apa barang yang menarik yang boleh digunakan untuk rumah nampak tersusun, share la dengan I yea.

Owhh…dah tengok video The Most Organized Home in America? Lepas tengok video ni mesti rasa nak susun rumah. LOL. Happy watching!

P/s: Lazy Susans boleh beli kat Ikea [wink][wink]

Anyway, bulan ni Lazada ada tawaran voucher raya bagi semua new customer. Dapat 20% diskaun lagi. Bukan setakat tu jer. Untuk sesetengah produk, ada diskaun sehingga 92% atas barangan yang terpilih. Seronoklah dapat membeli-belah sambil jimat berbelanja. Haihhh…godaan betul. Jangan lupa dapatkan voucher raya tu di SINI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *