Knowledge Sharing

10 Barang Persediaan Bersalin yang Semua BAKAL BAPA Perlu Ambil Tahu

Baru-baru ni saya ada appointment di Putrajaya. Kami perlu berjumpa dengan seorang doktor pakar di bahagian Obstetrik & Ginekologi di sana. Memandangkan tempat yang kami pergi tu adalah tempat bersalin, kami kenalah tunggu giliran untuk memberi laluan kepada mommies yang nak bersalin. Nak tak nak, nak dekat 2 jam kami tunggu giliran kami.

Sambil-sambil tunggu giliran, kami perhatikan geligat para bapa yang tengah menunggu isteri bersalin. Ada yang mengadap phone, ada yang diam sambil berzikir, ada juga yang resah gelisah. Rasanya bapa-bapa yang tenang ni dah biasa dengan proses bersalin ni. Yang nampak tak tenang ni mungkin bapa first-time dapat anak hihiii. Geli hati tengok gelagat masing-masing.

Nak dijadikan cerita, ada seorang bapa yang nampak tak tenang ni. Dia macam berlegar keluar masuk bangunan tempat kami menunggu. Resah agaknya. Tiba-tiba ada seorang nurse tu panggil dia. Nurse tu  suruh si bapa bawa masuk barang-barang baby. Dia macam blur. Duk tergaru-garu belakang kepala. Lepas tu dia cepat-cepat keluar dari tempat menunggu.

Suami saya kata dia nampak si bapa ni berlari ke sana-sini; tak tahulah ke mana. Lepas 10 minit macam tu, dia bawa masuk sebotol minyak baby dalam tangan.

Bila dia nak serah minyak baby tu kat nurse, nurse tu tanya mana barang-barang lain. Hahahaa. Tercengang-cengang si bapa tu. Nurse tu siap terangkan suruh bawa baju baby, kain lampin atau selimut sekali dengan diapers. Si bapa ni pun angguk-angguk. Rasanya dia agak lurus bendul. Nak tahu dia buat apa?

Dia pergi ke kereta dan keluarkan sepasang baju, sehelai lampin dan sehelai diapers sahaja! Semuanya SEHELAI! Semuanya dia pegang kat tangan.

Bila dia berlari balik ke kaunter wad bersalin, dia hulur ketiga-tiga barang tu dalam keadaan tak berlipat. Terkejut nurse kat situ. Kami pun tersenyum je tengok gelagat dia. Memang kelakar. Nampak sangat tak bersedia dengan proses bersalin ni.

 

Bila tengok keadaan ni, saya rasa lebih baik saya senaraikan barang-barang persediaan bersalin yang SEMUA BAKAL BAPA WAJIB KETAHUI. Haaa siap caps lock lagi. Sila tag suami masing-masing lepas baca entri ni hehehehe

Pastikan mommies bawa buku rekod kesihatan setiap masa. Saya nasihatkan bila kandungan mommies dah berumur 7 bulan ke atas, simpan je buku rekod tu dalam beg. Pastikan encik suami tahu yang buku tu ada di mana. Manalah tahu kot-kot ada kes kecemasan, buku tu yang paling penting sekali untuk dirujuk.

Kemudian, sila PESAN kat suami masing-masing supaya bawa je beg bersalin terus ke hospital bila dah bersalin nanti. Tapi kalau daddy komplen beg berat, sediakan je keperluan-keperluan di bawah. Senang gitew.

 

Keperluan Baby

1.      Diapers – kat Lazada banyak yang murah dari pasaran. Antara yang menjadi pilihan ramai adalah Petpet. Harganya berpatutan dan kualiti diapers pun bagus.

2.      Selimut / lampin – Pilih selimut nipis ataupun lampin kerana cuaca di Malaysia agak panas.

3.      Baju baby – baju rompers berbutang di bawah sangat membantu bila nak tukar diapers nanti.

4.      Minyak baby – Penting untuk memastikan kulit bayi tidak kering.

 

Keperluan Mommy

6.      Selipar – Pastikan pakai selipar getah untuk memudahkan pergerakan keluar masuk tandas.

7.      Kain batik – Semua orang ada kain batik kan? Kalau takde, pakai kain pelikat pun takpe.

8.      Pads + seluar dalam – Pilih pads yang panjang bila baru bersalin untuk mengelakkan kebocoran.

9.      Nursing bra – Kalau pakai bra biasa, nanti susah nak menyusu.

10.      Stokin – Stoking tebal dan ceria menjadi pilihan saya 🙂

11.      Baju – Lebih baik lengan panjang dan berbutang di depan untuk memudahkan penyusuan.

12.      Toiletries + tuala

 

Optional (boleh bawa kemudian)
1.      Charger – bawa extension sekali kalau suis jauh.

2.      Makanan – biskut etc (healthy snacks)

 

Tajuk entri ni kata 10 barang. Sekali tersenarai lebih la pulak. Takpe. Yang semua ni asas dan wajib. Barang-barang lain mommies boleh pesan kemudiaan. Jangan tak tahu, ada yang pesan kat suami suruh bawa kipas sekali! Hahaha! Memang panas kalau duduk dalam wad berkongsi.

Ok lah…jangan lupa pesan kat suami masing-masing ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *