Knowledge Sharing

3 Langkah Mudah Langsaikan Hutan PTPTN Guna Akaun 2 KWSP

Actually I tak pernah ambil PTPTN. Thanx to abah sebab dah banyak berkorban demi untuk masa depan anak-anak. Kadang-kadang rasa malu yang  teramat sebab tak tahu macamana nak balas jasa abah.

Bila kita diberi hadiah, dia menolak. Kalau kita hulur duit, dia suruh simpan.

Tapi bila kita bagi kek coklat, dia boleh mengadap sorang diri hahahaha! Bagi banyak-banyak karang tak elok untuk kesihatan. Moga anak-anak abah dapat menjadi anak-anak yang soleh dan solehah untuk abah di akhirat nanti.

Anyway, I nak kongsi satu post dari fb yang sangat best especially untuk you all yang nak bayar langsaikan hutang PTPTN secepat mungkin. Tak best bayar hutang ni lama-lama. Serabut dengan interest yang tak sudah-sudah tu.

So I nak share to all of you kalau you ada akaun KWSP. A fb friend of mind created and shared on ways to pay your PTPTN loan using your KWSP 2nd account. In her fb page, she has explained briefly apa dokemen-penting yang you have to be ready and what to do.

Her post telah mendapat 11205 shares (ketika post ini ditulis). So I found it very helpful to all of you. Nak scroll balik post tu dalam fb ambik masa berzaman. So, I decided to paste the information here.

Credit to Panduan untuk Ibu Hamil dan Ceria atas perkongsian ini. Semua gambar dan penerangan adalah hasil titik peluh owner fb page tu tau. Clap! Clap!

Apa lagi, lets check it out!

 

Umum tahu kita boleh keluarkan duit dari Akaun 2 KWSP untuk pendidikan, tapi tak tahu macam mana nak buat. Kat website PTPTN ada tulis apa document yang diperlukan. Ni aku ringkaskan terus lah mana korang nak tuju, lagi senang. Takyah nak patah balik PTPTN-KWSP 18 juta kali (macam aku).

 

 

PERTAMA
Kena tahu dokumen yang diperlukan.Original
1. MyKad
2. Scroll dan transcript ijazah yang diambil menggunakan PTPTN
3. Penyata Baki Pinjaman – mohon daripada PTPTN
4. Borang pengeluaran wang untuk pendidikan – ambil di KWSP
Salinan fotokopi
1. Perjanjian Pinjaman Pendidikan
2. Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan
3. Scroll dan transcript ijazah
4. MyKadTak tau dah kat mana surat perjanjian yang ditandatangi masa first year pengajian? Jangan risau. Sambung bacaan anda… 

 

KEDUA
Lawatan muhibbah ke PTPTNSilalah ke kaunter PTPTN yang berdekatan dengan anda. Boleh check kat website PTPTN one stop center atau pejabat PTPTN yang ada. Asalkan bukan kiosk, bolehlah mohon 3 benda ni:
1. Perjanjian Pinjaman Pendidikan
2. Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan
3. Penyata Baki Pinjaman
Sediakan RM90 untuk dapatkan salinan yang lengkap. Anggaplah RM90 tu sedekah terakhir untuk PTPTN. Hihihi.Salinan perjanjian dan surat boleh dapat dalam masa sehari atau seminggu, bergantung pada keadaan sistem.Nota kaki :
1. Nak lagi mudah, korang boleh contact dulu mana-mana pegawai PTPTN yang korang nak pergi tu terlebih dahulu. Cakap le baik-baik. Bagi salam segala. Beri nama penuh dan no IC, dan diorang akan advice apa korang perlu buat.

Mana nak dapat nombor telefon pegawai PTPTN? Kat website PTPTN ada senarai nama dan nombor phone. Pilih je yang korang suka. WhatsApp pun boleh. Diorang sangat sporting.

2. Ada juga pegawai yang waive fee RM90 tu. Untunglah siapa yang dapat. Berbaik-baik dengan orang lebih utama dari RM90.

3. Kat penyata baki pinjaman tu, pastikan SEMUA details ada. Aku punya haritu PTPTN tak tulis nama program, dan KWSP rejected. Kena berulang pergi PTPTN lagi. Sobz.

KETIGA
Melangkah penuh yakin ke pejabat KWSP.Pastikan dah fotostat IC, scroll dan transript siap-siap. Juga sila print out penyata terkini KWSP kat kiosk yang ada tu. Senang sikit nak senyum lebih sikit sebab confirm duit Akaun 2 boleh kambus hutang PTPTN smile emoticon

Scroll dan transcript ORIGINAL kena bawak jugak sebab pegawai KWSP nak semak.
Kat KWSP, pegawai pertama akan semak semua dokumen dan bagi borang untuk keluarkan duit. Isi details dan tunggu nombor giliran.Berdoa banyak-banyak pegawai bertugas terima semua document tanpa banyak songeh. Korang akan dapat surat atau SMS notification dalam masa satu minggu.
Aku dapat duit PTPTN sejak tahun 2000, kat website kata untuk 2001 ke atas, camne tu? Boleh ke?
– InsyaAllah boleh. Aku mohon pinjaman 2000, tapi kat surat perjanjian tu diluluskan tahun 2003. Alhamdulillah KWSP bayar juga PTPTN aku. Apa-apa pun, tanya PTPTN dan KWSP, k?
Good luck korang! 2016 adalah tahun bebas hutang untuk semua!
Sangat membantu kan? So, if you have any questions about it, boleh la cari post tersebut kat Panduan Ibu Hamil dan Ceria.

Related post


9 thoughts on “3 Langkah Mudah Langsaikan Hutan PTPTN Guna Akaun 2 KWSP

  1. Sekarang juga boleh buat bayaran balik untuk PTPTN dengan JomPay. Cara pun senang saja. Dengan buat demikian tidak perlu lagi risau kena caj kaedah lewat bayar lagi.

  2. Dear all,

    This is a message from the Admin of supplementmama.com.

    I hope you are enjoying collecting free samples from the links I have shared 🙂

    I need your favour. If you know anyone who is going to sit for their UPSR, PT3 or SPM this year, I am offering a 7-days FREE TRIAL on using the platform that I’m using for my Online Home Tuition.

    I really recommend this platform because parents can observe their children’s activities and academic progress from the notifications sent to their emails.

    If you know anyone who is interested on using this platform, kindly contact me through http://www.wasap.my/60133887507 or join us at https://chat.whatsapp.com/9p6ZomIOwnZ5tHESzQC41X to get more information.

    Please spread this message if you find it helpful.

    Regards with many thanks!

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai