Life

Bila mama tak sihat…

Bila mama tak sihat….

mama tak sihat

Semalam saya kurang sihat. Tak demam pun. Cuma sakit-sakit badan dan sendi dan jugak cerry berry.  Nak makan apa-apa pun tak lalu. Segala makanan berminyak dan bersantan semua saya tolak. Sehinggalah saya mintak Encik Suami tolong potongkan buah mangga kerana itu sahaja yang saya mampu telan bila tidak sihat.

Selepas buah mangga dipotong, si hero mama, Umair pun bawa sepinggan buah mangga yang telah dipotong lantas berkata:

Umair: Mama tak sihat ke?

Mama: Ye, Umair.

Umair: Tu la mama makan tak basuh tangan.

Mama: ????

Umair: Mama asyik pegang handphone je. Lepas tu makan tak basuh tangan. Tengok, sekarang dah tak sihat. Lain kali nak makan, mama kenalah basuh tangan.

 

Habis Umair membebel dekat saya sambil suapkan buah mangga. Tersenyum saya dibuatnya. Semenjak itu, setiap kali saya nak makan, nanti terdengar suara kecil berbunyi “Mama dah basuh tangan ke belum?”  Hihihiii comel je anak mama ni.

Rumairi 013-3887507

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *