Knowledge Sharing

9 Cara Bantu Mangsa Banjir

2014

I hate to say this. 2014 negara kita diuji dengan macam-macam benda. I tak ingat kronologi. Antara ujian-ujian besar yang negara kita dah lalui ialah:

|| Banjir di Pantai Timur
|| Kehilangan pesawat MH370
|| Serangan MH17
|| Banjir besar di kebanyakan negeri termasuk pantai timur dan Perak.
|| Kehilangan QZ8501.

Ujian besar ni boleh dikategorikan kepada 2 macam: banjir dan kapal terbang. Tragis kan?

Anyway,sebut pasal banjir, ada kemungkinan ia akan berulang (na’uzubillah!) Kalau boleh, biarlah banjir ini dicegah. Tapi I tak arif bab-bab ni.

Tapi macamana kita nak bantu mangsa banjir ni?
Ada macam-macam sumbangan kita boleh beri. Antaranya:

1- Sumbangan kewangan

2- Sumbangan makanan dan minuman termasuk air mineral, makanan kering, biskut, sardin, beras, minyak, gula, garam, bihun

3- Sumbangan pakaian termasuk telekung, t-shirt, kain batik, kain pelikat, seluar dalam, tudung

4- Sumbangan hygiene: pad, sabun, berus gigi, ubat gigi,

5- Sumbangan survival: lilin, lighter, torchlight, comforter, selimut

6- Sumbangan perubatan: supplement (iklan kejap: pilihlah SHAKLEE! 🙂 ), minyak angin, panadol

7- Sumbangan untuk bayi: susu, pampers, wet tissue, baju bayi

8- Sumbangan barang asas termasuk dapur, tong gas

9- Sumbangan tenaga menjadi sukarelawan

Insya Allah dari segi sumbangan, ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati. Alhamdulillah. Kalau ikutkan hari-hari kita nak bantu kan? Tapi I nak sentuh sikit pasal sumbangan nombor 3 – sumbangan pakaian. Terdengar suara-suara sumbang yang menyatakan ada yang sampai hati sumbang (ehh berapa kali sumbang daa) seluar dalam terpakai, baju dan seluar yang koyak. Masya Allah. Bayangkan kalau kita berada di tempat mangsa-mangsa banjir, mesti kecik hati dibuatnya, kan. Kalau ye pun nak ‘get rid of’ baju-baju yang tak terpakai, biarlah beradab. Dah namanya ‘sumbangan’, ertinya kita hendak membantu; bukan menyusahkan mereka.

So, apa kita nak buat dengan baju-baju terpakai ni?

1- Pilih pakaian yang masih elok, tidak koyak atau tidak lusuh. Asingkan pakaian yang kita rasa boleh buat kain buruk je.

2- Kalau pakaian tu berbau (bau almari contohnya), apa kata kita basuh dulu kasi wangi dan jemur sampai kering. Kalau nak cepat, bolehlah pakai dryer atau pergi je ke mana-mana dobi yang ada mesin dryer. Cuma RM4.50 je sekali round.

3- Bila dah kering, asingkan baju ikut kategori. Contohnya:
|| Baju lelaki dewasa: t-shirt dewasa size XL, t-shirt dewasa size L, t-shirt dewasa size M
|| Baju wanita dewasa: baju kurung size XL, baju kurung size L, baju kurung size M

4- Untuk memudahkan kerja para sukarelawan, apa kata kita lipat dan label baju-baju tersebut. Contohnya, kita boleh letak 2 helai t-shirt dalam satu plastik clear dan labelkan macam gambar di bawah. If possible, letak bilangan t-shirt tu sekali bagi memudahkan pengagihan.

label baju banjir
Label t-shirt mengikut kategori dan saiz.

5 Lepas tu susun elok-elok dalam plastik hitam mengikut kategori. Seal plastik tu. Kalau boleh, label sekali hitam tu sekali lagi untuk memudahkan pengagihan.

seal plastik hitam
Tutup dan lekat elok-elok plastik tu.
label plastik hitam
Label plastik hitam untuk mudahkan pengagihan.

Haaa…mudah bukan? Kita dah berjaya menjadi seorang sukarelawan dari rumah! Biarlah renyah sikit di rumah tapi sekurang-kurangnya kita dah kurangkan sikit beban sukarelawan di pusat banjir. Ni nak ngaku sikit, asalnya ada 4 plastik besar baju sebelum disusun. Malu je tengok. Tapi bila dah disusun, Alhamdulillah jadi 2 plastik je.

Anyway, mungkin u ols ada idea yang lebih baik. Bolehlah dikongsikan bersama penyusunan yang lebih baik.

Semoga apa dikongsikan dapat dimanfaatkan semua. Yang penting, sama-samalah kita meringankan trauma dan kesedihan mangsa banjir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *