Knowledge Sharing

Cara Masuk Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)

Sekolah Rendah Agama Integrasi atau dikenali sebagai SRAI ialah satu sekolah pilihan kami dan kebanyakan penduduk di Shah Alam. Ramai yang memilih SRAI sebab sekolah ini cuma 1 sesi dari sekitar pukul 7.30 pagi sehingga pukul 3.00/4.00 petang (yang ini kena semak balik). Ramai yang tertarik dengan SRAI sebab silibusnya dah combine pendidikan konvensional (KBSR/KSSR) dan agama (JAIS). So no need untuk menghantar anak ke 2 buah sekolah (kebangsaan + agama) pada sesi yang berlainan. Dekat Shah Alam, ada 2 buah SRAI:

1. SRAI Seksyen 7 atau dikenali sebagai SRAI Dato’ Mufti Yusuf Shahabuddin

2. SRAI Seksyen 19.

SRAI cuma dibuka di Selangor sahaja dan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Cuma ada 11 SRAI yang baru ditubuhkan. Tak tahulah kalau lepas ni ada penambahan. Kalau ikut kategori, SRAI dikira sebagai sekolah swasta sebab bukan di bawah KPM. Cumanya yurannya tak semahal sekolah swasta lain dan Insya Allah mampu dibayar setiap bulan. Menurut gurubesar SRAI Seksyen 19, yuran bulanan hanyalah RM50 dan ada penambahan yuran tuisyen bagi parents yang nak ambik anak lepas pukul 5 petang. Kata gurubesar tu lagi, nak masuk SRAI bukannya mudah. Contohnya di DRAI 19, seramai 635 yang menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS) tapi hanya 215 je yang terpilih. Tapi kalau rasa nak kurang persaingan, bolehlah ke SRAI Sabak Bernam sebab kat sana ujian saringan cuma syarat je nak masuk. Insya Allah confirm dapat.

Anyway, nak tahu macamana nak masuk SRAI ni?

First if all, you mesti alert dengan tarikh. Kalau terlepas tarikh, gigit jarilah jawapannya.

1. Pastikan daftarkan anak dekat Sekolah Kebangsaan (SK) pilihan pada tahun anak berusia 6 tahun. Kalau tak silap, registration darjah 1 untuk SK adalah sekitar bulan MAC. Print apa borang-borang yang diperlukan. Lepas tu pergi sekolah yang kita pohon untuk buat pengesahan. Ini memang syarat permohonan ke SRAI in case anak kita tak dapat ke SRAI. Sekurang-kurangnya ada back up school.

2. Pada bulan 1-30 APRIL, pendaftaran SRAI di buka. Pergi ambil borang permohonan dekat SRAI yang kita nak apply (dan BUKAN ambil di JAIS). I dulu tamak haloba hehe. Dua-dua SRAI Seksyen 7 dan Seksyen 19 saya pergi ambik borang. Padahalnya boleh hantar kat 1 sekolah je sebab UKS berlaku serentak sekitar Selangor. Ada beberapa borang kita kena isi termasuk pengesahan bermastautin di Selangor. Nanti bila dah submit borang, sekolah akan bagitahu bila UKS akan dijalankan dan berikan slip menduduki UKS. Owhh…jangan lupa beli sekali buku panduan dan koleksi latihan untuk UKS. Sangat-sangat membantu kalau nak anak masuk SRAI. I siap potostat supaya anak boleh buat ulangkaji.

READ ON: Koleksi Soalan Latihan UKS SRAI

buku panduan srai

3. Kalau ikut buku panduan, UKS ni sekitar bulan Mei. Tapi pada tahun ni, UKS ni bulan Jun. Masa bulan Ramadhan pulak tu. Tak tahulah kenapa. Kata gurubesarnya, boleh kurangkan kos makanan hahaha. Pendaftaran sekitar pukul 8 pagi. Jangan lupa bawa slip yang sekolah daah beri. Dan sekolah takkan ingatkan parents bila UKS tu. Semua atas tangguangjawab parents sendiri. Jangan lupa bawa alat tulis dan colour pencil. Sementara anak ambik UKS, nanti ada briefing sikit dari pihak sekolah. Lepas tu atas parents nak buat. I nak nasihat, bawalah buku untuk dibaca atau buat aktiviti berfaedah sementara anak selesai UKS tu. Nak exercise pun boleyy hehe.

4. Keputusan UKS bagi calon yang layak akan diumumkan kurang sebulan dari tarikh UKS. Parents boleh semak dekat semaksrai.jais.gov.my atau pergi sendiri kat sekolah tu untuk semak nama anak. Hanya nama yang LAYAK je akan dipamerkan. Markah depa tak display. Kalau berjaya, bolehlah buat pengesahan kat sekolah tu bersama-sama dengan surat tawaran, borak maklumbalas dan surat beranak. Kalau tak Berjaya, parents boleh buat RAYUAN. Tapi buat rayuan tu BUKAN di SEKOLAH ye, tapi di JAIS. Sekolah tak boleh buat apa-apa. Ini JAIS yang uruskan. Silalah tulis surat formal dan hantarkan ada pegawai yang menguruskan proses rayuan tu.

semakan status

So, apa tips untuk masuk SRAI? Sejujurnya I memang tak tahu. Tapi hasil dari temubual cikgu-cikgu sekolah dan parents yang ada anak di SRAI, meh I kongsikan tips yang I dapat dari mereka.

1. Buat parens yang plan nak hantar anak ke SRAI di Shah Alam, buat pengetahuan anda, SRAI Seksyen 7 cuma akan menguruskan kemasukan ke Sekolah Menengah Hishamuddin Sungai Betik sahaja manakala SRAI Seksyen 19 akan menuruskan kemasukan ke SAMTAJ Seksyen 11 sahaja. Kalau ada parents nak masukkan anak-anak ke sekolah menengah lain, parents kenalah uruskan sendiri. So far, according to both schools, ada students mereka yang masuk ke Maa’had Tahfiz Alam Impian dan sekolah menengah agama yang lain. Nampaknya kenalah berfikiran jauh. Walaupun anak baru masuk darjah 1, dah kena jugak fikir nak ke sekolah menengah mana nanti.

2. Jangan lupa beli buku panduan SRAI macam gambar kat atas tu. Harga cuma RM10 je. If possible, buatlah copies supaya anak-anak boleh berlatih banyak kali. Latihan dalam buku tu termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Jawi dan Bahasa Arab.


Saya dan anak belajar membaca dengan Peter and Jane. Memang LEGEND!

3. If possible, buatlah sedikit ulangkaji di rumah. Klau boleh kita taknak paksa anak kita belajar. Biarlah mereka seronok bermain dulu. Apa yang I buat, I cuma spend setengah jam sehari untuk buat latihan bersama anak. Sediakan buku-buku yang bersesuaian. Buku-buku yang saya guna hanyalah Bacalah Anakku untuk Bahasa Melayu, Peter & Jane untuk Bahasa Inggeris, Iqra untuk bacaan asas Al-quran dan Jawi, dan kamus bergambar pelbagai bahasa. Untuk sains pulak, I ajar sendiri-sendiri je ikut logic akal. Pastikan anak mampu membaca jawi sebab inilah yang paling kritikal. Antara buku latihan yang boleh dicuba ialah Siri Bijak Tadika Jawi dan Pendidikan Islam yang boleh didapati dari SINI.

buku bacaan srai

4. Banyakkan buat latihan. Again, jangan paksa anak belajar. Make learning fun. Anak I suka reward dan puji-pujian. Selalunya lepas buat latihan dalam 15 minit macam tu, I reward dia dengan something yang dia suka. In my case, my son suka Maths. Tak habis-habis mintak soalan Maths. So sometimes I reward dia dengan soalan matematik hehehehe… To be honest, I mintak jugak adik ipar tolong ajarkan Bahasa Arab dan Jawi sebab saya sendiri tak arif sangat pasal dua subjek tu. Bila tengok soalan Bashasa Arab, I sendiri tak boleh nak jawab. To reinforce his learning, I cari flash card kat internet dan Alhamdulillah sangat-sangat membantu. Buat anak-anak yang baru nak belajar Bahasa Arab, bolehlah mula dengan buku Oh! Mudahnya Bahasa Arab yang boleh dapatkan dari SINI .

Dah rupa gaya orang dewasa bila study
Dah rupa gaya orang dewasa bila study

5. Jangan lupa sedikit hafazan ayat-ayat lazim. I tak pasti mereka akan diuji ke tidak. Tapi selain ujian bertulis, budak-budak ni ni ada ujian lisan jugak. I tak tahu apa yang mereka Tanya. Tapi according to one of teachers yang bagi briefing tu, oral task tu untuk mengenal pasti samada anak-anak tu memang boleh membaca atau sekadar menghafal surah-surah pendek.

Oh yes, before I end, perlu diingatkan, semasa anak-anak ambik ujian tu, mereka ni tak akan di guide langsung. Katakanlah anak-anak tak paham soalan or to make it worse tak reti baca, cikgu-cikgu tu takkan tolong. They have to be fair to everyone. So saya dah pesan kat anak sendiri, buat je yang senang dulu. yang susah buat kemudian. Jangan mengadap soalan susah tu lama-lama. Nanti buat masa. Anak I siap cerita, dia ada tanya cikgu kat situ apa soalan tu suruh buat. Tapi cikgu tu kata “buat sendiri”. Hehe… Nampak tak diorg strict.

So, I hope I have helped you. Good luck in applying SRAI. Kalau ada soalan, jangan lupa tinggalkan di comment yea. Bye! Assalamualaikum!

**UPDATED on 11th December 2015

Hola!

Demi readers ku yang tersayang, I straight away went to SRAI and took the fees list from there. Kebetulan nak buat budget bulanan and siapkan persediaan ke sekolah. Sekali tengok list tu boleh juling mata ni tengok macam banyak benda nak kena bayar. Dua kali tengok rupanya sekolah bagi list dari darjah 1-6. Hahaha! Takpelah. I will simplify the lists so that my readers will understand what needs to be paid. Insya Allah yuran tu affordable buat parents yang tinggal di negeri Selangor (wallahualam). Basically, these are the things that you have to pay…. (ehhh apa kono I cakap omputeh pagi2 ni….lol)

1. Bayaran yuran tahunan

2. Yuran PIBG

3. Yuran pakej makan

4. Yuran pakej buku

Bila congak tolak tambah darab bahagi, I rasa total yuran ni untuk SETAHUN…. I ulang ye… untuk SETAHUN….adalah sekitar RM950. Tapi bukan bermakna kita kena bayar sedebuk macam tu. Ada yang wajib kita bayar masa pendaftaran sekolah dan ada yang kita boleh bayar monthly. Ok jom tengok apa yang kita perlu bayar. Sebelum tu nak minta maaf banyak2 sebab kualiti gambar agak kurang menarik.

yuran

Bagi yuran PIBG, jumlah kesluruhan bayaran yuran tahun 1 ialah RM196. Jumlah yuran PIBG ni termasuk KAFA, loker (wowww sekolah ni ada loker!), program ISIS (hahhh harapnya bukan program terrorist isis tu hehehehe), pembersihan tandas dan majalah sekolah. I think mungkin jumlah yuran ni berbeza if you already have a child yang sedang bersekolah di situ. Pembersihan tandas ni according to 1 keluarga and bukannya according to setiap anak yang belajar di situ.

Untuk yuran tahunan pula, jumlah keseluruhan ialah sebanyak RM147.50. Ini termasuk pendaftaran murid baru, bayaran tambahan, kurikulum, ko-kurikulum, pusat sumber, kebersihan/keceriaan, insuran dan kebajikan. Semua ini wajib dibayar semasa hari pertama persekolahan.

Alrite…kita tengok yuran buku dan pakej makan pula. Macam kita dah sedia maklum, sessi persekolahan SRAI adalah dari pagi sampai petang. Bagi anak kita yang suka makan, makanan adalah sangat penting bagi mereka hihi

pakej makan dan buku

Pada waktu persekolahan pagi, macam biasa kita kena bekalkan duit belanja sekolah atau nak jimat lagi sediakan bekalan terus untuk sessi rehat. Bab ni I tak berapa arif lagi berapa ringgit kena bagi untuk duit belanja sekolah. I plan nak cuba sediakan ‘bento’ atau bekal alang-alang dah fulltime di rumah. Maybe boleh sediakan sandwich ke, cekodoks ke, jemput-jemput ke, spageti goreng ke etc etc..(berangannn). Yang menariknya, waktu tengari sekolah ada sediakan makan tengahari. That’s why kena bayar RM50 setiap bulan dan ini adalah wajib. So kita patuhilah polisi sekolah ye. Tapi kalau anak ada masalah pemakanan, informlah sekolah awal-awal. Mungkin boleh dibincang. Anyway, makanan apa yang sekolah sediakan tu saya kurang arif sebab hari orientasi tak jalan lagi. Cumanya, kalau nak memudahkan pengiraan perbelanjaan tahunan, maybe parents boleh bayar yuran makan tu 6 bulan sekali atau bayar sekali gus (gulp!)

Ok jom tengok buku-buku sekolah pulak. Basically, sessi pagi ni focus more to KSSR dan sessi petang focus silibus JAIS. So buku agak banyak sebab dah merangkumi kedua-dua silibus. Tapi jangan takut. Insya Allah buku-buku tu mampu milik. Kenapa? Sebab buku-buku teks Insya Allah anak-anak kita dapat pinjaman buku teks sekolah. So, apa yang perlu kita sediakan adalah buku-buku tulis dan buku-buku latihan. Semua buku wajib beli kecuali kamus-kamus bergambar which is optional. All together, perbelajaan buku adalah sekitar RM100 (termasuk lencana – satu seringgit).

So, agak-agaknya boleh congak tak jumlah perbelanjaan yuran anak untuk darjah 1 di SRAI? Kalau kira jumlah keseluruhan adalah RM993.50 dan ini adalah pengiraan pakej makanan setahun sekali gus. Kalau nak kurangkan keseraman, jumlah yuran termasuk pakej makanan bulan pertama adalah sekitar RM493.50. Bunyi macam seram tapi ini cuma permulaan sahaja. Bulan-bulan seterusnya cuma bayar RM50 sahaja. Duit belanja sekolah pula parents boleh tentukan sendiri.

Anyway, ini belum lagi masuk cerita perbelanjaan duit baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan macam-macam lagi.

 

 

***UPDATE 29 Mac 2017

Permohonan SRAI bagi tahun 2018 telah dibuka.

 

Boleh rujuk https://www.facebook.com/srai19/?fref=photo untuk sebarang pertanyaan.

43 thoughts on “Cara Masuk Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)

    1. Hi fadillah. Buku latihan itu boleh di beli dari mana-mana pejabat SRAI. Pastikan call sekolah dulu sebelum datang beli untuk memastikan stok buku latihan tersebut dah sampai atau belum.

      I hope the information helps 🙂

  1. As’salam pn… sy x tau bgmn ingin mulakn bicara ini… Alhamdulillah Allah gerakkn hati sy sampai kpd pn…

    Tahun 2017 anak lelaki sy akn memasuki thn 1… bertuah pn memiliki anak yg pndai mmbaca… anak sy anak tunggal (seorg shj).. dan msh tdk blh mmbaca dgn sempurna (pelat) brbnding kwn2 di tadika nya… namun hati sy kuat utk melihat anak sy mnjd seorg al-hafizh.. in shaa Allah. Sy brdoa siang mlm agar d mudahkn segalanya… Sehinggalh sy d beritau ttg sekolh integrasi oleh cikgunya… di sini sy ingin meluahkn rasa hati wlupn sy tau agak sukar utk anak sy memasuki sekolh ini jk melihat keadaanya yg lmbat dan ketinggln dlm memahami dan mmbaca… namun tdk mustahil jk d izinkn Allah… pd pndpt pn perlukh @ sesuaikh sy meneruskn pndftrn jk masih berkesemptn? Jk pn bersimpati pd sy… ini no sy 017-2598837

    1. Wasalam WBT.

      Puan Norlaila, saya faham perasaan puan. Lebih-lebih anak tunggal. Usah puan risau pasal perkembangan anak. Saya assume anak puan 5 tahun pada tahun ni kan? Anak saya pun tak reti membaca semasa umur dia 5 tahun hari tu 🙂 Anyway, saya nak kongsi pengalaman kawan saya. Anaknya mengalami masa tidak boleh bercakap sehingga berumur 5 tahun (kalau tidak silap_. Apa yang dinasihatkan oleh gurunya ialah supaya mengajar surah al-fatihah berulang-ulang dengan menggunakan tajwid yang betul sehingga anak tersebut mampu baca sendiri sehingga bacaannya jelas (ye, ia akan mengambil sedikit masa). Pada suatu hari, tiba-tiba anaknye bercakap. Jelas pulak tu. Woww kuasa Allah. Anyway, pasal pelat tu, tu bukan satu masalah. Insya Allah lama-lama sebutannya akan jelas. Apa kata puan cuba juga kaedah baca Al-Fatihah juga 🙂

      Kalau puan berminat nak hantar anak ke sekolah Integrasi, saya sarankan puan daftarkan sahaja. Insya Allah rezeki ke SRAI ni Allah dah tentukan. Kita cuma berusaha sahaja. Cuma jangan stress dan paksa anak ye. Kalau boleh biarlah belajar tu jadi something yang menyeronokkan. Jangan risau ye puan. Sebenarnya masa ambil ujian SRAI hari tu pun anak saya pun baca agak slow. Saya bertawakkal pada Allah sahaja atas segala usaha yang telah saya lakukan,

      Insya Allah…you still have time. Doa seorang ibu kepada anak seperti puan Insya Allah dimakbulkan. Aminnn

      1. Terima kasih byk2 pn Ruqayya atas nasht yg amat sy perlukn.. semoga Allah balas dgn kebaikn pd kuarga pn…
        Anak sy jg spt anak kwn pn… ketika 4 thn jalani terapi pertuturn d HKL sehingga skrg…. prtama kali dftr anak ke tadika (5 thn) semua mslh anak sy luahkn pd cikgu… atas brkat ikhlas cikgu2 anak sy dh brsuara dan tdk prnh menangis ke sekolh setiap hr wlupun kdg d buli kwn2nya…
        Kaedah al-fatihah yg pn sarankn sy amat hargai dan akan lakukn pd anak… selama ni cikgu tadika anak sy tdk prnh mmberi nsht spt ini…
        Tahun dpn sy telah dftr anak ke tadika yg lain pula.. tadika yg tdk ramai murid dan cikgu d situ yg bgtau ttg sekolh integrasi ini…
        Sy brhrp agar pn Ruqayya terus mmberi nsht pd sy dan jg ibu2 d luar sana yg alami mslh spt sy..
        Jasa baik pn hanya Allah yg dpt mmbalasnya…

        1. Sama-sama Puan Norlaila 🙂 Insya Allah kita cuma berusaha yang terbaik buat anak-anak kita. Selebihnya kita berserah kepada Allah. Puan teruskan memberi kata-kata semangat kepada anak dan teruskan berdoa. Insya Allah impian puan untuk menjadikan anak seorang Hafiz dimakbulkan. Aminn

    2. Salam..pn cari dlm google buku e-xra. Sgt membantu anak2 utk membaca. Ini saya amalkan sendiri. Utk srai pula..alhamdulillah dr abg ke adik semua dpt masuk srai tmn keramat.

  2. Assalammualaikum Pn Ruqayya.

    Saya ada beberapa persoalan yang saya harap Puan dapat bantu.

    1. Puan ada maklumat mengenai senarai yuran SRAI? Jika ada dan Puan tidak keberatan untuk kongsikan, pohon email pada saya di SuhainaNadia.LailiSuhairi@taylors.edu.my

    2. Anak saya akan masuk darjah 1 pada tahun 2017. Kiranya untuk pendaftaran tahun 1 2017 boleh dilakukan pada tahun 2016, kan?

    Sekian, terima kasih.

    1. Wslm WBT Puan Suhaina.

      Mengenai soalan puan:
      1. Senarai yuran belum kami terima lagi kerana orientasi darjah 1 akan diadakan pada pertengahan Disember 2015. Cuma kami telah dimaklumkan bayaran RM50/bulanan adalah untuk makan tengahari. Selainnya kami akan update bila dah tahu info terkini yea.
      2. Betul tu. Pastikan puan alert dengan tarikh pendaftaran. Mungkin ada perubahan dan kita kena tanya sekolah y ang dimohon. Tapi kebiasaannya pendaftaran dibuka pada bulan April/Mei.

      Hope it helps! 🙂

      1. Salam Pn Ruqayya,

        Terima kasih.

        It really helps!

        Kalau puan tak keberatan, saya akan follow-up semula dari pihak puan untuk maklumat yuran.

        Sekian, terima kasih.

          1. Salam Puan Ruqayya,

            Saya baru berrkesempatan melawat blog anda & membaca update terbaru anda.

            Terima kasih banyak2 atas kerjasama puan and your prompt reply. Info sangat membantu.

            Doakan semoga anak saya dapat memasuki sekolah tersebut. Currently dia tengah menjalani pra persekolahan. Cuma merisaukan saya persediaan dia untuk ke darjah satu tahun hadapan.

            Harapan saya agar dia dapat menyambung ke SRAI untuk membantunya menjalani pengajian agama sekali (seperti abang & kakaknya sekolah agama di seksyen 3 sebelum ini).

            Sekian, terima kasih.

  3. Salam Pn Ruqaya,

    Puan,

    saya ingin tahu kemasukkan ke SRAI hanya untuk darjah 1 sahaja ke?..bole ke kalau anak saya yg bersekolah darjah 1 di sekolah lain,kemudian nak bertukar utk darjah 2 ke sekolah SRAI?.

    terima kasih.

  4. Wow! Tahniah Umair atas kejayaan memasuki SRAI tahun lepas. sy tahu SRAI sek 7 sgt tough. good job mama & Umair!

    TQ Puan Ruqaya for your insightful sharing. doakan anak sy dpt menjejaki langkah abg Umair ke SRAI tahun depan yer.

    Jazakillahu khoir

      1. Bab fun learning ni susah nak jawab hihi. Normally I’ll spent 15 minutes 4 times a day doing learning with my son. I prefer doing something practical. Contohnya, for maths, I’ll ask him to add how many toys he has. For Arabic, I’ll ask what is the colour of his toys. Hope this help.

  5. Assalammualaikum.. Puan sy pun berminat utk daftar anak ke SRAI..seronok mbaca pengalaman puan berkaitan sekolah ini..sedikit sbyk mbntu ibu2 yg lain yg bminat utk mghntar anak ke skolah ini..bagaimana perkembangan anak puan slama bersekolah di SRAI?boleh tak share perkembangan positif yg boleh Puan nmpk pd anak Puan..terima kasih

    1. Wslm Puan Noormila,

      Anak saya baru 3 bulan di SRAI. Mungkin kena ambil sedikit masa lagi untuk melihat perkembangan. Cuma antara yang saya lihat ketara ialah anak saya dah boleh baca jawi. Bab-bab perkembangan sosial, saya masih lagi sedang memerhati.

  6. salam puan,

    sy nak pastikan, adakah murid2 skolah SRAI tidak boleh ke menengah yg lain (biasa)? adakah murid2 SRAI hanya boleh diterima untuk ke sekolah (agama) sahaja?

    ke manakah hala tuju murid SRAI setelah tamat darjah 6? boleh puan suggest kan sekolah2 yg terbaik untuk dituju oleh anak2 SRAI?

    ank saya sekarang di tahun 1 sekolah SRAI sec. 19 shah alam.

    1. Wslm…anak2 SRAI boleh ke mana-mana sekolah menengah lain yang biasa kecuali sekolah berasrama penuh (SBP). Memang polisinya begitu. Kalau ikutkan pentadbiran sekolah, anak2 SRAI ni selalunya masuk sekolah agama seperti SM (Agama) Seksyen 18, SAMTAJ, Maahad Tahfiz di Alam Impian dan macam-macam tempat lagi.

  7. Assalamualaikum
    Pn terima kasih di atas perkongsian,
    saya mmg tengah mencari2 sekolah utk ank sy tp ank sy msk darjah 1 pada thn 2018.
    Pn saya nk tanyalah utk menduduki exam nk msk SRAI tu on9 atau dtg ke sekolah yer?

  8. Assalamualaikum W.B.T..
    Sye Ingin Brtanyakn Kpd Pn Mengenai Rayuan Untk Msk Ke Skolah Srai ini…Jikalau UKS Anak Sye Tdak Lulus Adakah Brkemungkinan Besar Diluluskn Apabile Kte Membuat Rayuan ??

    1. Waalaikumsalam WBT

      Selalunya list nama yang keluar ialah senarai nama markah tertinggi ujian UKS. So kita tak tahu anak kita lulus atau tidak. Jika nama anak tidak tersenarai, puan masih boleh buat rayuan sebab menurut guru besar sekolah anak saya, ada yang terpilih tiba2 tak jadi masuk SRAI sebab atas faktor pindah ke luar kawasan dan macam2 sebab. So puan boleh terus membuat rayuan. Insya Allah ada rezeki tak ke mana 🙂

  9. Assalamualaikum pn Ruqayya.. sy prnh meluahkn mslh sy pd bln Nov thn lps.. alhamdulillah anak tunggal sy d terima masuk ke SRI integrasi at-taqwa bkt changgang thn 2017 stlh daftar pd Mac lalu. Mulanya sy x yakin akan d terima wlupn pihak sklh tlh menerangkn bhw tiada exam. Anak sy d terima dan slps itu br exam utk tentukn kedudukn kelasnya. Mungkin jga jk ada exam kelayakn thn 1.. ank sy mungkin x dpt.. tp sy yakin perancangn Allah adalh yg trbaik utk ms dpn ank sy.. adakh apa2 pndangn pn utk sy d sini..??

  10. Assalamualaikum, puan dan readers. Saya sekarang berada di luar negara, anak saya akan masuk sesi 2018, tahun depan baru balik msia utk urus segala tentang sekolah. Saya sangat-sangat perlukan koleksi soalan latihan tu sekarang utk mengajar anak. (uwaa menangis ;() ada siapa2 yang boleh bantu saya?

  11. Assalamualaikum Pn,

    Terima kasih banyak2 sebab sudi kongsikan pengalaman puan di sini. Sangat2 membantu saya yg ada 2 anak2 berumur 3 dan 4 tahun. Tahun depan merupakan tahun pertama mereka akan bersekolah, insyaAllah.

  12. Assalammualaikum..

    Just nak share serba sedikit tentang SRAI ni.. Anak saya merupakan pelajar tahun 6 di SRAI sek 7 dan tahun ini merupakan tahun terakhir beliau di sana. Memang benar kemasukan adalah berdasarkan kpd kelayakan maksud saya base on result semasa ujian kelayakan dibuat. Ramai yang beranggapan Sek Ren integrasi sama seperti sek KAFA. Actually ianya sek yang berbeza. Hanya ada 11 SRAI sahaja di Sngor (2 di Shah Alam). Dari segi pembelajaran dan kokurikulum adalah sama seperti sek di bawah KPM (KSSR & KSRA) begitu juga dari segi kelayakan guru yang mengajar.

    Sek SRAI tidak mengenakan bayaran bulanan sepertimana sekolah swasta yang lain. Bayaran bulanan yang dikenakan adalah sekiranya ada ibu bapa yang mengambil pakej makanan bulanan ataupun apa2 kelas tambahan. Untuk yang tidak mengambil sebarang pakej makanan dan kelas tambahan memang tiada caj bulanan dikenakan.

    Yuran pendaftaran tahunan di awal persekolahan memang agak mahal sedikit jika dibandingkan dgn pendaftaran sek rendah biasa. lebih kurang RM700-800 utk tahun 1-5 kalau saya tak silap (lupa dah :). Tapi untuk tahun 6 memang agak mahal sedikit tapi still tidak mencapai RM1k pun. Bayaran pun boleh dibuat secara berperingkat untuk tahun 6.

    Apa yang saya lihat selama 6 tahun anak saya bersekolah di SRAI, Sek SRAI amat jarang-jarang sekali mengenakan apa2 caj bayaran untuk sebarang aktiviti. Mungkin disebabkan kos aktiviti telahpun dimasukkan ke dalam yuran pendaftaran awal tahun.

    Apa yang saya sgt suka dgn konsep SRAI ni adalah waktu pembelajarannya di mana anak kita hanya perlu menghadiri satu sesi sahaja dari jam 7.30am – 3.30pm dimana pembelajaran diselangselikan dgn kssr dan ksra. Waktu rehat pertama akan diadakan solat dhuha berjemaah dan waktu rehat kedua akan ada solat Zohor berjemaah.

    Pada mulanya memang kita lihat waktu sek anak di SRAI terlalu panjang. tapi sebenarnya waktu pembelajaran di SRAI jauh lebih berkualiti jika dibandingkan dengan anak saya yg ke2 dimana beliau bersekolah keb biasa di sebelah petang dan bersekolah agama di sebelah pagi.

    Anak ke-2 saya (bersekolah pagi & petang) hanya mempunyai kurang 1 jam sahaja untuk bersiap ke sek petang. Kadang-kadang hendak makan sebelum ke sek petang pun x sempat. pulang ke rumah jam menunjukkan 7pm. Lepas maghrib memang dia dah letih sgt. Kadang-kadang kerja sekolah pun x sempat nak buat sbb dah terlalu letih, dia confirmed akan tidur awal. Memang saya x sanggup hendak hantar dia ke kelas tambahan sebelah malam.

    Berbeza dgn si abang yang bersekolah di SRAI. Jam 4pm kebiasaannya sudah berada dirumah. dapat rehat lebih lama jika dibandingkan dengan adik dia. Syukur anak saya ini suka menghabiskan kerja rumahnya di sekolah, jadi masa dia dirumah lebih panjang. Malam pula tiada masalah untuk dia menghadiri kelas tambahan.

    Namun untuk pelajar SRAI tahun 6, merupakan satu tahun yg agak padat untuk mereka. Kelas tambahan akan dibuat setiap hari sehingga jam 5.00pm. Hari Sabtu pula akan ada kelas tambahan sehingga jam 12pm. Tiada caj bayaran bulanan utk kelas tambahan tahun 6 ni ye. Sbb semua dh masuk dalam yuran awal tahun dulu.

    Berbeza dengan sek keb biasa yang hanya dapat mengadakan kelas tambahan untuk pelajarnya pada hari Sabtu sahaja memandangkan mereka hanya ada waktu free pada hari sabtu.

    Memandangkan saya mempunyai pengalaman anak yang bersekolah di SRAI dan Sek Keb biasa, saya dapat melihat perbezaan yang amat ketara terutama sekali dari segi pengurusan masa. saya personally lebih suka jika konsep semua sek dibuat sepertimana yang dipratikkan oleh SRAI ini.

    Puan-puan jangan risau, permohonan kemasukkan ke SRAI boleh je dibuat selepas anak2 puan masuk sek biasa. Namun, apa yang dimaklumkan, kemasukan adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat yang ada dan juga result peperiksaan yang diperolehi di sek sebelumnya.

    Sekian, komen peribadi saya tentang SRAI.

  13. Assalamualaikum puan ruqayyah..alhamdulillah sy terjumpa perkongsian puan ini..sy memerlukan pertolongan dr puan..kalo puan tidak keberatan..bolehkah berkongsi dgn sy(mungkin ada latihan dlm softcopy atau photocopy) buku latihan SRAI anak puan ini.sekiranya puan tidak keberatan.jika membebankan,sy minta maaf ye.sekian.trima kasih byk puan.

  14. Dear all,

    This is a message from the Admin of supplementmama.com.

    I hope you are enjoying collecting free samples from the links I have shared 🙂

    I need your favour. If you know anyone who is going to sit for their UPSR, PT3 or SPM this year, I am offering a 7-days FREE TRIAL on using the platform that I’m using for my Online Home Tuition.

    I really recommend this platform because parents can observe their children’s activities and academic progress from the notifications sent to their emails.

    If you know anyone who is interested on using this platform, kindly contact me through http://www.wasap.my/60133887507 or join us at https://chat.whatsapp.com/9p6ZomIOwnZ5tHESzQC41X to get more information.

    Please spread this message if you find it helpful.

    Regards with many thanks!

  15. assalamualaikum…SRAI untuk yang tinggal di selangor sahaja ke? saya tinggal di Putrajaya ingin menempatkan anak saya di SRAI Bandar Baru Bangi.

  16. Masyaallah tm.ksh sis yg pjg berjela detail psl srai.. byk benda bru sy tahu.. cuak jgk tgk mcm tough jgk nk msuk srai.. mana nk tgk review parents yg dh hntr anak2 ke srai lain ye? Sy bru plan nk dftrkan anak ke srai sg chinchin seem itu plg dekat dgn rumah yg ada..

  17. assalammualaikum puan ruqayyah,
    saya duduk di kawasan kl, berdekatan dengan srai keramat. bole ke utk masukan anak saya ke sekolah srai?sebab under kerajaan negeri selangorkan?

    1. Waalaikumsalam WBT Puan Maisarah,

      Salah satu syarat untuk masuk ke SRAI ialah samada ibu atau bapa sudah lama bermastautin di Selangor. Puan cubalah ye. Manalah tahu ada rezeki anak untuk ke sana.

    2. Waalaikumsalam WBT Puan Maisarah,

      Salah satu syarat untuk masuk ke SRAI ialah samada ibu atau bapa sudah lama bermastautin di Selangor. Puan cubalah ye. Moga ada rezeki anak untuk ke belajar di sana.

  18. Tenkiu puan atas info…giler susah…sy bekas pelajar srai tahun 2001…dulu xde exam mcm ni…hopefully anak sy dpt la masuk..sekolah tu mmg terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *