Bisnes, Knowledge Sharing

Idea Side Business untuk yang Bekerja Full Time

I found this one useful post that I think I need to share it with all of you. To those of you are working full time but thinking of having side income, please read this writing below.

Image result for side income ideas

Zaman sekarang ni adalah zaman yang mana kita kena jadi multitasking untuk tambah pendapatan. Tak kiralah kita ni bujang atau dah bekerluarga.

Malam ni hakak nak share sebanyak mana idea hakak untuk uols semua startup something sementara bekerja FULL TIME mengikut kepakaran memasing okeh ????

1. Graphic Design / Web Design / Web Development

Eh, zaman skang kan zaman IT uols. Semua orang memerlukan kepakaran uols tau tak. Jangan la sia-siakan apa yang uols belajar kat U dulu. Alah, setakat design untuk iklan kat Ig and Fb, takkan tak boleh kan

2. Stokis / Agen / Dropship Product

Hah kalau yang ni ku rasa semua dah pakar kan. Tapi buatlah sampai jadik. Berapa ramai yang jadi Dropship produk Sari pun mampu tampung apa yang kurang. Cari la sesuatu produk yang uols rasa uols mampu dan boleh jual.

3. Online course / class

Yang ni pun amat mudah untuk uols buat. Tak yah gi memane pun, cukup duduk depan laptop atau pegang handphone memasing. Eh, tapi make sure kelas yang uols nak buat tu relevant dengan kepakaran memasing.

4. Ajar Tuisyen / Mengaji / Art / Menari secara Mobile

Oleh sebab kenkadang parents skang ni busy nau-nau, uols amek la kesempatan ni untuk mengajar anak-anak dorang. Eh, mak bapak sanggup keluarkan duit.

5. Cipta E-Book

Hah, yang ni banyak idea boleh buat. Snang je pun. ZERO COST uols… Buay lah ebook tutorial hijab ke, baking cake ke, ebook iklan ke, marketing ke… Cara-cara menjahit baju kurung budak ke kan. Eh, kalau 1 ebook uols jual RM30 bayangkan kalau jual 300 ebook… Pperrhhh…

6. Consultant untuk business

Ni adelah untuk uols yang kerja kat firm-firm yang bantu usahawan. Bank ke, boleh consult any company untuk business dorang. Legal firm ke. Kalau PDRM??? Ala…. Banyak tuh boleh buat.

7. Join AFFLIATE Business / Program

Ade beberapa syarikat gergasi di Malaysia yang buat Affiliate partner ni. Saya pun join Affiliate Program dengan LAZADA sampai sekarang.

Uols boleh try tengok kat website LAZADA, 11street dan Amazon. Bukan susah pun, uols pomot je link yang dorang bagi kat blog or fb memasing. Kalau ade org beli uols dapat komisyen ????

8. Virtual Assistant

Tau tak amende ni? Gini, skang ni kan ramai yang meniaga online. Sian dorang kenkadang tak sempat nak update kedai online dorang sama ada kat FB atau Instagram kan.

Ape lagi, ni lah masanya uols yang terlebih banyak masa ni nak jadik Virtual Assistant they all. Tolong update pe pe yang patut.

9. Student Assignment Helper

Ni paling senang. Buatkan assignment student-student uni yang MALAS.

10. Weekender Photographer

Hujung minggu gi buat part time amek gambo orang kawen ke, event ke ????

11. Car Rental Service

Yang ni seswai untuk uols yang ade banyak kereta. Dari parking je kete tu kat umah. Gi sewakan lagi baik. Boleh je uols deal dengan mana-mana tempat sewa kereta.

12. Collect Prelove Item

Antara fovourite saya ni… Jual barang-barang as a PRELOVED item.. Mana buku-buku yang dah taknak, mainan anak yang dah taknak dan baju-baju atau aksesori yang dah tak pakai. Semua yang berkedaan baik masih boleh letgo for preloved

13. Translator / Tour Guide

Kepada yang pandai lebih dari 3 bahasa boleh jadi translator kepada few agencies of tour guide yang memerlukan khidmat uols tau. Selain tu, ade few production house yang memerlukan uols untuk buat Subtitle tau.

14. Part Time Writer

Seswai untuk uols yang suka sangat menulis. Uols boleh hantar hasil tukisan uols kat mana-mana publishing company untuk dorang tapis dan masukkan ke dalam kolum majalah atau newspaper.

15. Computer Trainning and Lesson

Skang zaman it, tapi tak semua pakar untuk gunakan It. Jadi ni lah masa nye anda nak buat side income ????

Ok tu je untuk kalini. Penat la hakak taip sambil tengok badminton Rio Final tadi. ???? Uols boleh la pilih memane idea dan develop untuk side income memasing ok.

Satu saya nak PESAN. JANGAN GUNAKAN MASA KERJA ANDA dan curi masa kerja anda untuk side income ni ok. Takut KEBERKATAN GAJI tu hilang nanti.

Pandai-pandai cari dan bahagikan masa uols ok.

Selamat Mencuba ??x

Credit to Uyul Zakaria

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *