Supplement

Supplement: Jangan Salah Faham!

Jangan salah paham!

‘SUPPLEMENT’ bermaksud makanan tambahan. Jangan ingat dah ambil supplement you ada lesen untuk makan berlebih-lebih tak payah jaga diri.

Kenapa supplement diwujudkan? Ia diwujudkan untuk manusia-manusia macam saya yang terkejar masa sampai tak terjaga kesihatan diri sekeluarga. Saya mengaku saya tak masak setiap hari. Saya rasa bersalah tidak menyediakan keperluan nutrisi mencukupi ikut piramid makanan untuk keluarga comel saya. So, saya pilih supplement. Supplement untuk melengkapi keperluan nutrisi keluarga saya.

Perlu diingatkan yang supplement BUKANNYA UBAT. Supplement hanya membantu menyediakan keperluan nutrisi penting yang elok diambil setiap hari. Contohnya, Omega 3 sangat penting untuk meningkatkan kolestrol baik sambil melawan kolestrol jahat. Bukan saja-saja nak promote untuk kepentingan peribadi. Mungkin you tak pernah sakit, maka you rasa tak penting. Tapi yang pernah gering, hanya Allah sahaja yang tahu keperitan tu.

‘Makan jelah ubat tu. Buat apa susah-susahkan diri ambil supplement’. Itu terpulang pada pandangan masing-masing. Perubatan alternatif makin berkembang. Saya selesa mengambil produk natural (semulajadi dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang halal disembelih) dari mengambil dadah. Saya tak sanggup nak telan ponstan yang menipu otak saya supaya tidak berasa sakit walhal punca kesakitan tidak diubati. Saya memilih untuk merawat ‘the root of the problem’ dari membiarkan diri toksin dadah mengambil alih diri saya. Wallahualam. Saya hanya berusaha. Hanya Allah menentukan. Andaikata satu hari saya terpaksa juga mengambil ubat dadah, saya redha kerana ujian kesihatan adalah untuk menghapuskan dosa.

So, jangan ambil supplement? Jawapan saya, saya tetap akan mengambil supplement yang natural selagi ia Insya Allah selamat, halal dan melengkapi keperluan vitamin dan mineral untuk keluarga saya. Air kosong pun wajib minum mengikut keperluan badan untuk flush out segala toksin yang mungkin saya ambil secara tak sengaja dari sayur, ayam, buah yang telah dicemari.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya sihat sebelum sakit.

Sekian syarahan perdanaku malam ini kihkihkih

Rumairi 0133887507

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *