Knowledge Sharing, TTC

Jenis-jenis Urine Pregnancy Test (UPT)

 

Saya yakin ramai yang sedang berusaha untuk hamil tercari-cari alternatives untuk mendapat anak pertama mahupun untuk tambah anak. Dari segi pemakanan, pengambilan supplement, urut, IUI, IVF dan macam-macam cara lagi. Istilah ‘trying to conceive‘ (TTC) ni makin kedengaran mungkin sebab tekanan hidup, stress di tempat kerja, makan makanan yang dicucuk itu ini, keturunan etc. But we need to understand, masalah ini tidak boleh diletakkan atas bahu kaum hawa semata-mata, kaum adam pun kena pikul tanggungjawab bersama.

Anyway, this is not the main issue. This time around saya nak fokus mengenai jenis-jenis Urine Pregnancy Test (UPT). Kita focus dulu macamana nak guna UPT untuk cek hamil dengan cara berkesan. You can also read more on Ovulation Preditor Kits (OPK)  which is much more interesting for TTC-ians.

 

CARI HARI KESUBURAN ANDA DI —>>>SINI <<<—

Urine Pregnancy Test (UPT)

Siapa yang lambat period for 1-2 weeks, the first thing they would do is to check whether they are pregnant or not. And the easiest method to check this at home without anybody else knowing about it is by using UPT. Kalau positive, mesti meloncat-locat kegembiraan (if you’re married and have been longing to have your own baby) dan rasa macam nak beritahu satu dunia kan. Tapi kalau negative, rasa macam nak nangis dan tak nak orang tahu. Well, I feel you.

Well, do you know that sebenarnya UPT ni ada macam-macam jenis? Bukan setakat jenis je; kadar pengesanan pun lain-lain. Jadi, jangan nangis lagi. Jom kita belajar so that lepas ni tahulah bila dan jenis apa yang sesuai nak check bila lambat period (and rasa body macam pregnant).

Cara check pregnancy:

1. AMBIL DARAH 

Kalau nak result komfom tepat ialah dengan cek darah.

blood test

Kita tidak boleh cucuk sendiri! Kenalah pergi klinik. Dengan cek darah, doktor boleh sahkan anda hamil atau tidak walaupun baru lewat period 2-3 hari. Masalahnya, you have to wait 1-2 hari untuk mendapatkan result darah tu. Well, it depends on the clinic. Mungkin ada klinik yang boleh bagi result on the same day? Wallahualam. Oleh sebab kena cucuk untuk ambil darah dan terpaksa tunggu sedikit masa untuk confirm hamil, maka method ni tidak popular sebab sakit sikit (sikitt jerr) dan ambil masa.

 

2. GUNA UPT

Daripada sakitkan diri sendiri, baiklah cek dengan UPT. Sangatlah senang. Just sediakan UPT, buang air dan wallaaa…result nampak dalam masa 5 minit. Tetapi ramai yang tidak tahu yang UPT ada macam-macam jenis dan kadar keberkesanan pun bergantung pada jenis UPT yang kita guna. SO, timbullah isu rasa pregnant tapi UPT negative ataupun cek negative tup tup dapat tahu pregnant after a few weeks.

Ok, first of all, you need to understand about UPT.

Most home pregnancy tests on the market today claim to be more than 99 percent accurate when taken correctly. What they don’t tell you, however, is whether they’re as accurate on the day you miss your period as they are 5 to 7 days later. So how do you know which home pregnancy test will give you the most reliable result when you want it?

Home pregnancy tests are designed to detect hCG, a hormone secreted by the cells that will become the placenta. If you are pregnant, your hCG levels will increase rapidly almost immediately following implantation, and will double every 2 to 3 days for about 10 weeks. The tests that detect the lowest concentration of hCG (in milli-International Units per milliliter of urine) are more sensitive to hCG and will give you the earliest reliable results. For example, tests that can detect 20 mIU/ml are more sensitive than those that can detect 50 to 100 mIU/ml.

Source: Parentingweekly

Kebanyakan UPT adalah 99% tepat. Walaupun accurate, tester juga bergantung pada level hCG dalam body kita. Hormon hCG inilah yang menandakan kita hamil atau tidak. Kalau hamil, hormone ni akan jadi placenta dan berkembang dengan mendadak. Ada sesetengah tester boleh detect hormon ni seawal 2-3 minggu kehamilan dan ada pula yang boleh detect bila dah 3-5 minggu kehamilan.

 

Mungkin ada yang tak sedar yang UPT ni ada 3 jenis: Srip, cassette and midstream UPT. Jom kita belajar satu-satu.

1. STRIP UPT

strip UPT

UPT ni jenis macam ni selalunya ada strip dan kadang-kadang (selalunya jarang) cawan/bekas kecik disediakan. If takde, kenalah guna bekas sendiri.

Cara nak guna: Takung sedikit urine dalam bekas kecil. Celup strip UPT lebih kurang 5 saat. Letak atas flat surface. Tunggu 5-10 minit. Baca result. Kalau double line, tahniah, anda hamil. Kalau keluar satu line di C (control line), maknanya negative. But if keluar line kat T (test line) atau tak keluar line langsung, maknanya strip tu tak valid. Kenalah cek lagi sekali.

Strip UPT ni paling murah di pasaran. Kat farmasi, harga satu peket UPT ni boleh dapat sekitar RM4 – RM7. That’s why ada yang beli banyak sikit untuk simpan stok. Kot-kot lah hari ni negative, kita boleh cek esok lusa. Mana tahu ada rezeki tiba-tiba positive kan.

 

2. Cassette UPT

cassette upt

UPT jenis macam ni sturdy sikit. Lagi selesa nak pakai. Sometimes ada bekas nak taking urine disediakan. Yang pasti, dropper (penitis) akan disediakan untuk titiskan urine dekat UPT tu.

Cara guna cassette UPT sama saja macam strip UPT. Tapi instead celup UPT tu, cara dia beza sikit. Anda kena titiskan lebih kurang 5 titis urine kat tempat yang disediakan kat cassette tu. Macam biasa, lay on a flat surface dan tunggu result. Macam strip UPT, line indicator tu sama sahaja. Double line: positif. One line kat C: negative. Line kat T or no line at all: invalid.

Cassette UPT ni mahal sikit compared to strip UPT. Tapi Insya Allah mudah nak handle and takdelah kotor sangat urine tu atas meja atas sink hehehe. Harga pulak sekitar RM8 – RM15 kat farmasi. So bila rasa nak beli banyak-banyak tu kita rasa reluctant sikit. Lainlah if you can afford to buy many.

 

3. Midstream UPT

midstream upt

Jenis midstream ada 2: Digital dan Non-digital. Fungsi sama saja macam yang lain tapi . Bezanya cuma bentuknya macam pen. Ada cover dan boleh bagi kiraan berapa minggu anda dah hamil (untuk jenis digital sahaja).

Cara nak pakai sama macam strip UPT tapi  cara paling mudah, buang air je kat hujung strip tu. Lay on a flat surface dan tunggu result. Tetapi untuk result tu, cara bacaan bergantung pada brand yang anda pakai. Ada setengah brand tu akan keluar double line for positive. Lain brand akan keluar symbol + untuk positive. So it depends. Yang best pasal digital midstream UPT ni, dia buat kita thrilled sikit. Katakanlah anda positive hamil, anda kena tunggu sekejap untuk find out kandungan dah berapa minggu.

Harga pula bergantung pada farmasi but I can say it’s within RM40 or maybe more. Cumanya kan… jenis midstream UPT ni boleh pakai sekali sahaja. Sedih kan. Dah la mahal. Pakai sekali je. Kalau pakai sekali tapi negative, rasa nak berendam air mata je kan.

 

SOALAN:
Antara ketiga-tiga jenis ni, yang mana paling bagus?

JAWAPAN:
Semua sama jer. Jenis UPT takkan mempengaruhi result. Kesemua jenis UPT ni cuma akan detect whether kita hamil atau tidak. But what makes it different is the level of sensitivity.

 

Sensitivity? Apa tu?

Well, setiap UPT (regardless whether it is strip, cassette or midstream) mengukur kadar hCG kita pada tahap yang berbeza-beza. This means, katakanlah few days before kita sepatutnya period, dan kita rasa yakin yang kita pregnant. Kita pergi farmasi dan terus beli 3 brand UPT berbeza sebab tak tahu mana yang ok. Boleh jadi ketiga-tiga UPT tu akan bagi keputusan yang berbeza. Mungkin ada result  double lines yang clear, ada yang tak berapa clear, dan ada display 1 line je. Tak ke pening? Mana satu yang betul ni? That’s why you need to know whether the UPTs that you have bought are sensitive or vice versa.

What do I mean about the sensitivity is like this. Tahap paling sensitif UPT tersebut bergantung kepada nilai kecil yang boleh di detect oleh UPT tu. Maksudnya macamni. Kalau anda perhati betul-betul di farmasi, ada pelbagai UPT yang dijual. Ada yang 18mIU/ml, ada 25mIU/m, ada yang 50mIU/ml dan ada yang tak sebut langsung. Kalau banding 25mIU/ml dan 50mIU/ml, mana nilai yang lagi kecil? Mestilah 25mIU/ml kan. This means UPT 25mIU/ml lagi sensitive untuk cek samada anda hamil atau tidak. Selalunya nak tahu UPT tu lagi sensitive atau tidak is by comparing the price of each UPT kat farmasi tu. Insya Allah lagi mahal UPT tu, lagi sensitive (I’m assuming jerrr).

PregnancyTestSensitivityComparison

Anyway, how does it work is like this. Katakanlah kita guna 20mUI/ml. This kind of UPT boleh kesan kehadiran hormone hCG serendah 20 unit dalam 1ml urine. Ingat, hormon hCG inilah yang menandakan kita hamil atau tidak. So for 50mUI/ml UPT, this kind of tester needs at least 50 unit dalam 1ml urine. So susah sikitlah nak detect if you masih di awal peringkat pregnancy. Masa awal-awal pregnancy, hCG kita sangat rendah. It will double up every 2-3 days and the best time to check is after 2 weeks you have missed your period. Lain badan, lain progress peningkatan hCG. That’s why ada yang boleh detect hamil seawal 2-3 hari missed period (which is rare) dan ada yang kena tunggu lama sikit.

Tapiiii…this doesn’t mean you can check your UPT at anytime during the day. You need to know that hormone ni banyak terkumpul dalam urine masa kita tidur malam (bukan tidur siang tau). Sebab itu digalakkan untuk cek the first urine lepas kita bangun tidur. And be aware of the UPT sensitivity your are using. Janganlah rasa excited baru miss period 2-3 hari tapi guna UPT 50mIU/ml. Karang rasa tertekan tengok UPT negative. Sebaik-baiknya bersabarlah sedikit.

So, tester mana yang lebih baik?

As I have mentioned, fungsi semua brand UPT ni sama sahaja. Just to check whether you are pregnant or not by detecting your hCG hormone level in your body. Most UPT is 99% accurate. The best time to test your UPT is 1-2 weeks after you have missed your period. Sekarang ni UPT 25mUI/ml Insya Allah boleh kesan whether you are pregnant or not. Kebanyakan klinik dan farmasi guna jenis ini sebab harganya pun reasonable. Takdelah mahal sangat dan level of sensitivity pun sederhana sahaja.

 

 

BUT…if you’re excited dan rasa setiap hari nak cek lebih-lebih lagi kalau badan rasa lain macam; contohnya badan panas, breast membengkak, perut rasa sebut, selera lain macam, boleh la nak cek awal-awal dan tepek dalam journal atau diary. Sekarang ni sudah ada STRIP UPT yang murah. Dan I encourage you to save your money daripada beli UPT yang mahal dan mengalir air mata bila cek UPT negative masa awal pregnancy. So beli je UPT yang murah macam kat —>> SINI. Nak cek hari-hari pun takpe dan tengok sendiri berbezaan kaler double line tu (if positive). Kalau negative, kita usaha lagi. Insya Allah, rezeki kita untuk dapatkan baby ni Allah dah tentukan.

p/s: Dulu I ada jual UPT dan OPK but now I nak focus pada kerja lain. I sangat rekemen u all beli dari SINI for the best price. Klik –>> UPT.

 

References:

BabyCenter.com

Dr Zubaidi Hj. Ahmad

3 thoughts on “Jenis-jenis Urine Pregnancy Test (UPT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *