Belajar Mandarin, Knowledge Sharing

Jom Belajar Bahasa Mandarin (Basic Conversation) Bersama Ruqayya Laoshi :) – CARA BERKENALAN

belajar basic mandarinAlrite, kadang-kadang teringin nak berkawan dengan bangsa Cina menggunakan Bahasa asas Mandarin bukan? Perlu diingatkan yang bangsa Cina di Malaysia pun ada macam-macam dialek/bahasa (sila betulkan saya!) Contohnya Mandarin, Kantonis, Tionghua dan sebagainya. Jom kita belajar bagaimana hendak berkenalan dengan seseorang.

Jiao=dipanggil dengan

Shenme=kata tanya ‘apa’

Mingzi=nama

Zhe=ini

Shi=ialah

De=punya

Ne=partikal ‘pula’

Zai=berada di sesuatu tempat

Pengyou=kawan

Nu pengyou=girl friend

Nan pengyou=boy friend

Qing deng yixia=sila tunggu sebentar

Haode= baiklah

 

Contoh 1:

A: Ni jiao shenme mingzi?

(Awak dipanggil dengan apa nama?)

B: Wo jiao Ruqayya. Ni ne?

(Saya dipanggil Ruqayya. Awak pula?)

A: Wo jiao Umair. Zhe shi wo de pengyou, Izzul.

(Saya dipanggil Umair. Ini ialah saya punya kawan, Izzul)

B: Izzul, ni hao.

(Izzul, salam sejahtera)

A: Ni hao.

(Salam sejahtera)

 

Contoh 2:

A: Umair, ni de mama zai ma?

(Umair, awak punya mama ada kah?)

B: Zai, qing deng yixia.

(Ada, sila tunggu sebentar.)

A: Haode, xiexie.

(Baiklah, terima kasih.)

Saya nak highlight sikit penggunaan ‘de’ (punya). Dalam bahasa Mandarin, ‘de’ memainkan peranan dalam pemilikan. Maksudnya, dalam bahasa melayu kita guna ‘mak saya’, ‘ayah saya’, ‘buku saya’ dan sebagainya. Tetapi jika kita direct translate, ia akan menjadi ‘wo mama’, ‘wa baba’, ‘wo shu’ etc dan ini ini bukan caranya. Mandarin menggunakan de (punya) dalam hal ini.

 

Contohnya:

Wo de mama: Saya punya mak

Ni de baba: Awak punya ayah

Ta de shu: Dia punya buku

Umair de pengyou: Umair punya kawan

 

Akhir kata, cuba cari makna berikut:

Fazri shi Ruqayya de nan pengyou.

Ruqayya shi Fazri de nu pengyou.

 

Agak-agak boleh teka tak? Hehehe…

Jom Belajar Bahasa Mandarin !

 

========================================================================

If guys need a mandarin handbook and prefer to learn mandarin by yourself, I would like to suggest this Speak Mandarin Handbook which you can buy from HERE. It comes with an audio CD which can help with your pronunciation. The book looks like in the picture below.


Zaijian!

 

Do you like FREE STUFF? Read on 38 Sample Barangan Yang Anda Boleh Dapat Secara PERCUMA !

 

 

 

4 thoughts on “Jom Belajar Bahasa Mandarin (Basic Conversation) Bersama Ruqayya Laoshi :) – CARA BERKENALAN

  1. Fazri shi Ruqayya de nan pengyou.
    (Fazri ialah Ruqayya punya boy friend)

    Ruqayya shi Fazri de nu pengyou.
    (Ruqayya ialah Fazri punya girl friend)

    …betulkah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *