Belajar Mandarin, Knowledge Sharing

Jom Belajar Bahasa Mandarin (Basic Conversation) Bersama Ruqayya Laoshi :) – SIAPA DIA?

 

Ta shi shui?

( Dia ialah siapa? @ Siapa dia? )

Kadang-kadang kita rasa nak menyibuk nak tau seseorang itu siapa kan. Tapi nak tanya directly macam tak sopan pula. Apa kata kita guna Bahasa Mandarin untuk cover diri! Kikikkiii…!

Jom kenal perkataan-perkataan berikut:

 

shi = ialah

shui = siapa

shide = ya

shi bu shi = adakah

bushi = bukan

zheli = sini

jingli = pengurus

Ok. Jom kita tengok bagaimana nak guna dalam situasi-situasi berikut:

belajar basic mandarin

Contoh 1

Bayangkan kita nampak adik lelaki kita tengah jalan-jalan dengan seorang wanita. Fuhh tak boleh jadi ni. Kena tanya jugak!

A: Ta shi shui? Ta shi ni de nu pengyou?

(Dia ialah siapa? Dia ialah awak punya teman wanita kah)

B: Bushi. Ta shi wo de jingli.

(Bukan. Dia ialah saya punya pengurus.)

 

Contoh 2

Ataupun boleh guna dalan keadaan berikut:

A: Fazri shi bu shi supplementmama.com de jingli?

(Fazri adakah supplementmama.com punya pengurus? Atau bahasa mudahnya: Adakah Fazri pengurus supplementmama.com?)

B: Shide. Ta shi zheli de jingli.

(Ya. Dia ialah sini punya pengurus @ Dia ialah pengurus di sini)

 

So, lain kali bila ada orang tanya “Ni shi bu shi zheli de jingli?“, rasa-rasanya tahu tak nak jawab apa? Mudah bukan? 😉

Jom Belajar Bahasa Mandarin !

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *