Knowledge Sharing

Jom Belajar Grammar

Percayakah anda bahawa saya dulu seorang Pensyarah dan Guru Bahasa? Sukar dipercayai bukan? Hihihi… Saya menggunakan website ini untuk menjadi diri saya sendiri dari menggunakan ayat-ayat ilmiah apabila berkomunikasi di alam maya. Malah ketika saya sedang menulis artikel ini, saya sendiri berasa agak kekok kerana saya lebih selesa ‘code-switch’ yang sudah sebati dengan diri saya. Baiklah. Tolong jangan gelak dengan penulisan saya hari ini kerana saya memang mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan Bahasa Melayu dengan baik.

Anyway….opsss….hehehe…. Macamana ni? Baru perenggan kedua sudah macam ni. Ala takpelah…just be yourself, right? OK, pejam celik pejam celik dah lebih kurang 8 tahun saya mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Saya mula bekerja di sebuah institusi pengajian awam di Pahang sekitar tahun 2007, kemudiannya sambung belajar dan kali terakhir saya bekerja adalah pada bulan Oktober 2015 di sebuah institusi pengajian awam di Selangor. Kini saya seorang mama yang bekerja dari rumah di mana saya rasa lebih selesa bekerja part-time di tempat lain dan lebih selesa menguruskan rumahtangga dan bisnes kecil-kecilan.

Pada ketika ini, saya sedang cuba keluar dari zon selesa dengan mencabar diri saya melakukan sesuatu yang baru. Memandangkan saya mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Inggeris, saya rasa agak rugi jika ilmu yang telah saya curahkan membazir begitu sahaja. Bak kata orang putih, ‘it will turn into a waste’. Rugi je kan. Saya mempunyai pengalaman mengajar Reading, Listening & Speaking, Drama dan juga Grammar. Namun begitu, passion saya adalah dalam bidang Speaking dan Grammar dan kebanyakan pelajar-pelajar saya mampu mendapat purata band 4 ke atas untuk MUET dan boleh menguasai speaking skill dengan baik.

Owhh…perlu diingatkan bahawa kebanyakan pelajar saya terdiri daripada pelajar ‘intermediate’. Mereka mempunyai kemahiran asas berbahasa Inggeris cuma masih keliru dengan penggunaan grammar dan speaking skill untuk presentation dan public speaking. Saya yakin mereka boleh digilap selagi mereka ada azam untuk membantu diri sendiri. Sebenarnya bahasa Inggeris sama sahaja macam bahasa-bahasa lain. Ia memerlukan latihan. Kalau setakat baca sahaja, kita takkan tahu samada kita sudah mempelajari sesuatu atau tidak. Contoh seperti sharing saya mengenai Bahasa Mandarin , rata-rata saya mempunyai banyak reader dari entri tersebut. Cuma saya berharap mereka akan cuba ‘practice’ dengan perkongsian saya mengenai Bahasa Mandarin.

Kenapa entri ini adalah dalam Bahasa Melayu dan bukannya Bahasa Inggeris?

Entri ini ditulis kepada anda yang ingin memperbaiki Grammar anda. Buat mereka yang sudah di peringkat ‘advance’, saya rasa entri ini tidak sesuai dengan anda. Target saya adalah kepada golongan lepasan SPM sehinggalah lepasan ijazah yang mahu memberbaiki Bahasa Inggeris sebelum atau semasa bekerja. Opss…maaf.. Kenapa hanya untuk lepasan SPM? Mungkin saya sudah terbiasa mengajar golongan-golongan sebegini dan tidak mempunyai skill guru kepada kanak-kanak atau mereka yang baru memasuki alam remaja.

belajar grammar

 

 

 

 

 

 

 

Dalam peringkat perancangan ini, saya akan mula dengan Grammar dahulu. INSYA-ALLAH, antara tajuk-tajuk yang saya akan kupaskan ialah penggunaan:

Level 1

  1. Nouns
  2. Pronouns
  3. Articles
  4. Simple Present Tense
  5. Present Progressive Tense
  6. Simple Past Tense
  7. Past Progressive Tense

Level 2

  1. Adjectives
  2. Adverbs
  3. Present Perfect Tense
  4. Present Perfect Progressive Tense
  5. Past Perfect Tense
  6. Past Perfect Progressive Tense
  7. Modals

Sebenarnya banyak topik lagi yang boleh saya kupaskan. Untuk permulaan, Insya Allah kita akan fokus pada grammar yang kita selalu pakai dalam kehidupan seharian. Jika anda boleh menguasai topic-topic di atas, Insya Allah peluang anda untuk memahami tajuk lebih mendalam seperti Active & Passive Tenses akan jadi lebih mudah.

Apa yang anda ingin belajar dari saya? Jangan lupa kongsikan pendapat anda yea!

Catch you later!

Updated: Sorry I didn’t have the time to write any posy on grammar. Was too occupied in teaching as a part-timer. I’m thinking of doing personal tuition for those who are so keen in improving their grammar. Syarat: must have passion in improving themselves. Willing to learn and not being forced to learn.

 

1 thought on “Jom Belajar Grammar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *