Bisnes, Knowledge Sharing

Kahwin Untuk Kaya

I have been following this one young entrepreneur (actually a couple) about on how they handle their business. I sangat kagum dengan mereka sebab at a very young age, mereka boleh dikategorikan sebagai seorang yang successful. Macamana I dapat tahu pasal mereka ni ialah lebih kurang 2-3 tahun yang lepas, I was looking for fashion yang ‘syariah compliance’. So terjumpalah facebook Elle Zada. I like the way they presented themselves. Simple dan menyakinkan. Since then, I follow je ( I memang suka follow orang). At first, I thought mereka ni anak orang kaya. Dalam hati I fikir mungkin parents mereka yang sponsor atau provide budget untuk buka bisnes. Until Elliyin revealed how they started everything. Bawah ni I dah copy paste her writing. If you want to find out more about Elle Zada and their business, boleh cari di facebook dan juga instagram.

ellezada

Kami bernikah 4 tahun yang lepas pada tarikh 09.09.2011; kami berusia 23 tahun dan masih belajar di universiti. Ramai kawan-kawan dan orang luar sangkakan kami berdua anak orang kaya. Maklumlah, sudahlah berkahwin di usia muda; honeymoon pula di Italy selama 14 hari.
.

Apa yang mereka tidak tahu dan tak kisah mahu ambil tahu adalah; ibu bapa saya adalah guru bahasa di sekolah yang berdedikasi, ibu si dia adalah jurujual di butik jam tangan manakala bapa pula adalah seorang pemandu teksi. Siapa terkejut, angkat tangan. Hehe
.

It is easier to assume what our minds are willing to stomach, even when it is not the truth. Thats human nature.
.

Hakikatnya, kami daripada keluarga yang biasa-biasa. Sedangkan mahu kahwin pada ketika itupun mereka sangkakan kami dah gila. Haha ???? .

Ibu saya adalah campuran Turkey dan India muslim, bapa pula kacukan Jawa dan Cina. Saya berdarah satu Malaysia. Haha .. Suami pula kacukan ibu Cina, bapa Pakistan. Saya pernah ingat berfikir, “If such unlikely combination can exist; NOTHING IS IMPOSSIBLE!”
.

Setelah taaruf dalam 2 minggu, kami ambil keputusan untuk kahwin, & apa yang berlegar dalam kepala kami adalah;
. “Buat perkara yang betul. Apa yang Allah suka dan apa yang Nabi suruh. Tak kisahlah apapun cabarannya. Rezeki Allah yang tentukan.”
.

Sepanjang di universiti, sebenarnya kami dah mula menceburi bidang keusahawanan. Saya pernah jadi jururunding kewangan, dealer jual Dunkin Donut, jual T-Shirt dan macam-macam lagi. Suami pula jana pendapatan melalui events di universiti; pernah jual buah, jual air, buat photobooth dan komoditi emas. Kami tak joli & tak boros; duit tu semua kami simpan.
.

Strategi kami, kalau nak kaya; nikah dulu. InsyaAllah berkat dan sudah dijanjikan rezeki serta kecukupan daripada Allah Taala. Couple tak tentu arah bertahun-tahun banyak kumpul dosa & berlakon je, jadi lebih baik kahwin. Kami nikah dahulu, pergi honeymoon 3 hari selepas itu selama 14 hari dan 6 bulan kemudian barulah kami buat 1 majlis walimah.

.
.
Dengan modal tiga ribu ringgit (RM3000) dari dalam simpanan kami pun bernikah. Kenapa spend sikit je? Sebab pada kami fokus utama perbelanjaan adalah SELEPAS NIKAH, bukan semasa majlis nikah. Nasib baik juga kami ni dari background keluarga campuran jadi tuntutan tradisi demand itu ini tidak berlaku; kami follow guideline Islam sahaja. Mudah.
.
Banyak benda kami DIY (Do It Yourself). Mahu majlis yang indah tapi dengan budget kecil. Hiasan majlis dan hiasan hantaran RM600 je semua kami pasang dan deco sendiri dengan kawan dan adik beradik. Baju, veil, tudung saya edit & jahit sendiri. Pelamin buaian cat dan hias sendiri. Kebanyakan hantaran semua hadiah dari family untuk pengantin. Selebihnya bayar khemah dan catering lebih kurang RM2000 untuk jamu keluarga & kawan rapat seramai 150 orang yang hadir.
.

Selepas 6 bulan bernikah, Allah ilhamkan ELLE ZADA kepada kami. Pada Julai 2012 kami lancarkan ELLE ZADA secara online and the rest was history.
.

Kami bermula dengan modal dalam tangan. Tiada loan mahupun kad kredit.
.

Dunia keusahawanan menuntut ketahanan yang tinggi. Pernah kami roll modal masa awal peniagaan untuk tambah volume pengeluaran dengan melaburkan semua duit jualan RM40,000 sampai dalam akaun tinggal beberapa ratus ringgit sahaja untuk makan minum. Dari situ turnover ELLE ZADA mula mencapai jualan 6 angka pertama iaitu RM150,000. .
.
Satu persatu inisiatif kami bangunkan. Bermula dengan ELLE ZADA ONLINE www.ellezada.com , kemudian ELLE ZADA BUTIK, ELLE ZADA TAILORING HOUSE & terkini ELLE ZADA ACADEMY. Dahulu berdua kini berpasukan 25 orang.
.
.

Ini baru sahaja permulaan. Masterplan ELLE ZADA adalah satu gagasan visi yang besar. Selama 3 tahun kami FOKUS menyusun asas perniagaan sehingga kukuh. Peduli apa orang lain cakap atau buat, kita lebih tahu bisnes kita. Menara tingggi mana mungkin dibina atas pasak banglo 3 tingkat. Usaha menggali dan menanam pasak ini baru sahaja selesai; insyaAllah ELLE ZADA is now completely ready to soar.
.

Konsepnya mudah, DO THE RIGHT THING. 
Jangan tunggu kaya baru nak nikah.
Sebaliknya bernikahlah untuk kaya. .

Bercinta selepas nikah impaknya bertahun-tahun masih terasa. Rasanya macam baru kelmarin bernikah, mahu bersiap ke Italy, tapi bila lihat keliling sudah ada Baby Bug berlari ke sana ke mari, bisnes sudah tegak berdiri dan masa depan boleh dicorak sendiri.
.

Dalam pernikahan itu ada barakah dan magiknya; Allah dah janji. Asalkan sahaja NIAT betul dan bersedia JIWA.
.

People usually OVERESTIMATE what they can do in a year BUT UNDERESTIMATE WHAT THEY CAN ACHIEVE IN 5 YEARS.
.

Alhamdulillah. It has only been 4 years. We have another 1 year to rally in full speed.
.

Sehingga bertemu lagi di nota tahun ke-5 ulangtahun perkahwinan. InsyaAllah.
.

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.
Biiznillah.
.

ELLE RASIF 
FOUNDER & CEO of ELLE ZADA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *