Infographic, Knowledge Sharing, TTC

Kesan Hari Kesuburan dengan Ovulation Predictor Kits (OPK)

 

TTC stands for ‘Trying to Conceive’. Dalam istilah bahasa Melayunya, TTC ni bermakna orang yang ‘nak cuba hamil’. Sedih…but ada hamba-hamba Allah yang terpilih  yang diuji dengan ujian macam ni. Despite macam-macam soalan dan komen, hanya Allah je yang tahu apa yang TTCians rasa. Ikut kata hati, mati. Ikut kata rasa, binaas. Lebih baik keep moving forward dan teruskan kehidupan macam biasa or lebih menarik lagi, hidup luar biasa.

Anyway, ramai TTCians sedang cuba sedaya upaya nak dapatkan zuriat sendiri. Ada yang mengurut, ada yang ambil supplement, ada juga yang jumpa doctor (ehhh apsal macam cliché sangat ni?). Maybe some of us tak tahu macamana nak tackle problem bila dah TTC ni. It’s like where do I start to tackle this problem? Nak cerita kat orang pun segan. Nak jumpa doctor pun rasa macam in denial. Ended up tak tahu nak buat apa.

Bagi yang tak mula apa-apa tindakan lagi, I suggest to find out your ovulation day untuk menentukan hari yang paling kita subur. Insya Allah sedikit sebanyak boleh membantu. Macamana nak cari ovulation day? First of all, you need to know your period cycle. Katakanlah kitaran haid tu 28 hari, kemungkinan antara hari ke 12-17 kita subur. Nak tak nak, kenalah BD sekerap mungkin. Kadang-kadang tu pulak kita lupa bila kita subur sebab terlalu sibuk. Dengan zaman yang serba canggih ni, semuanya kat dalam tangan kan. Apa lagi, mulalah kita cari apps untuk kirakan hari kesuburan. Siap pasang reminder lagi hehehe. Tapi ada terms yang kita kurang faham. Lagi leceh bila terpaksa ukur suhu badan sendiri sebab nak tahu bila kita ovulate. Haihhh…nak anak punya pasal. Macam-macam kena buat. Ingat ke bila kawin je senang je nak dapat anak. Tak sangka inilah ujian kita.

To cut the story short, kadang-kadang apps yang kita guna dan perkiraan hari yang kita buat tu bukanlah tepat sangat. Asasnya, ilmu perkiraan tu memanglah sangat membantu. But sometimes we just want to know bila kita subur atas sebab-sebab tertentu kan? Sometimes we are just too tired. Ada kalanya terpaksa out station. Nak tambah lagi sedih, ada pasangan yang PJJ…tskk tskk… So, apa nak buat?

opk_record

Let me introduce you Ovulation Predictor Kits yang dikenali sebagai OPK. Mungkin ada di kalangan kita tak tahu pun pasal kewujudan OPK ni. Ada yang menggunakan OPK untuk rancang kehamilan. Tapi bagi golongan TTC-ian, OPK dapat membantu untuk mencari hari kesuburan. Insya Allah, memang cepat, mudah dan tepat untuk menentukan hari kesuburan bila guna OPK. Selebihnya kita berusaha dan biar Allah yang tentukan.

Bagaimana OPK berfungsi?

Ovulation berlaku bila telur dilepaskan dari ovary kita. Masa inilah kita sangat subur. Tapi kita mungkin tak tahu yang ada satu jenis hormone yang namanya Luteinizing Hormone (LH) yang berfungsi untuk keluarkan ovum (telur) dari ovary. Bila kandungan LH tu tinggi, masa inilah kita boleh detect bila kita ovulate melalui urine test. So apa OPK ni boleh buat ialah dengan detect kandungan LH dalam urine kita samada dah tinggi atau tidak. Kalau tinggi, masalah inilah kita subur.

 

Macamana nak gunakan OPK?

Cara guna opk dengan betul

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Depending on the type of OPK, ada yang strip, cassette dan juga midstream macam UPT. But I’m going to focus more strip memandangkan ini yang murah dan senang nak digunakan. Ok, you need to understand the way to test your OPK. So, I’m going to write it into points so that you can understand it better.

1. Waktu terbaik nak test urine ialah antara pukul 10 pagi hingga 8 malam. Ingat, OPK ni bukan macam UPT. BUKAN urine pertama lepas bangun tidur tu yang kita nak cek. Waktu yang paling optimum nak cek ialah sekitar pukul 2 – 2.30 petang.

2. Cuba test OPK pada waktu yang sama setiap hari. Katakanlah kita test OPK pukul 3 petang, hari-hari seterusnya lakukan pada waktu yang sama supaya boleh nampak pattern perubahan level LH.

3. Kurangkan minum air atau makan makanan berair macam tembikai 2 jam sebelum uji OPK. Kalau air banyak sangat dalam urine, nanti susah nak baca LH tu nanti.

4. Baca result OPK tu dalam masa 10 minit tak kiralah result tu positive atau tidak. Ini sebab ada kemungkinan strip tu akan bagi false result bila tunggu lama sangat. Boleh jadi bila strip tu dah kering, ada line pudar akan keluar nanti.

5. Ada kalanya ujian OPK perlu dilakukan berhari-hari. Ini kerana kita perlu perhati bila LH mula timbul sehinggalah ia jadi pekat. Once double line dah pekat, pastikan BD dalam tempoh 12-48 jam.

cara-menggunakan-ovulation-test

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Picture: Credit to Deaifa Marketing

 

 

 

Macamana nak baca result OPK?

cara baca result opk

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hormon LH akan mula kelihatan (di OPK) beberapa hari sebaik sahaja kita habis period. Tapi pastikan kita tak komfius dengan keadaan ini. Kebiasaannnya ada 2 jalur akan keluar sebaik saja kita uji OPK. Tapi kena faham makna jalur-jalur ni.

Jika jalur T sahaja yang terang, result itu dikira negative dan bermakna kita belum subur. Sama juga bila jalur C mula keluar warna samar-samar berbanding jalur T, itu pun dikira negative. Tetapi sebaik sahaja jalur C sama terang atau lebih terang dari jalur T, itu bermakna result kita positif dan ovulasi akan berlaku dalam tempoh 24-48 jam selepas itu.

Menurut Dr Zubaidi (pakar O&G). ovulasi berlaku biasanya 12 – 36 jam selepas itu. Saya mengambil kira (hasil daripada beberapa bacaan), dalam tempoh 12 – 48 jam eloklah BD dilakukan kerana proses persenyawaan terbaik waktu itu. Lagipun ovum mampu bertahan dalam tempoh 24 jam untuk disenyawakan selepas ovulasi.

 

Bila nak gunakan OPK?

Mula-mula sekali kita kena tahu purata kitaran period kita. Normally kitaran period yang tetap adalah 28 hari. Maka CD11 (hari ke 11)  kena mula test OPK. Kalau nak pengiraan yang mudah, tentukan kitaran period kita, lepas tu tolak 17 hari. So, hari tu kena start uji OPK. Insya Allah kalau kita teruskan ujian OPK tu selama beberapa hari, boleh nampak perubahan result LH tu. Semakin pekat double line ty, semakin dekatlah hari kesuburan kita.

Nak tahu lebih mudah bila nak mula uji OPK? Bolehlah rujuk jadual kat bawah.

Waktu Menggunakan OPK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan: Bagaimana pula kalau kitaran period tak teratur?

Kalau tak teratur, cuba dapatkan kitaran period untuk tempoh 6 bulan yang terakhir. Contohnya macam ni. Kitaran paling pendek ialah 22 hari dan yang paling lama 35 hari. Ini bermakna dari CD6 ke CD18 kita kena uji OPK untuk dapatkan ujian positif. Perlu ingat, lagi banyak gap atau beza kitaran period, lagi banyak OPK yang perlu kita gunakan untuk dapatkan result yang positif. But if your period cycle is more than 42 days, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat doctor. Maybe you need to check what is happening in your system peranakan. Wallahualam.

 

Soalan: Ada jadi pada result OPK kalau kita makan ubat?

Kalau kita makan ubat kesuburan macam clomid, kita dinasihatkan untuk buat ujian OPK 3 hari selepas habis makan ubat tu. Bukan apa, nanti result tu jadi false positive (result positive, padahal LH surge tak wujud). So bersabarlah sedikit yea. Insya Allah ubat-ubatan biasa macam paracetamol takde kesan sampiangan pada result OPK.

 

Soalan terakhir: Berapa harga OPK ni?

Secara jujurnya I can’t remember. But I am so sure it was 2 digits. Or maybe you can survey and share the price with me? 😉 Mahal atau murah OPK tu, fungsi semuanya SAMA je. Bare in mind, you need more than 5 OPKs to observe the LH surge to become positive. Sehari tu kadang-kadang sampai 3 kali cek OPK. Kalau setakat satu, belum tentu lagi kita tahu LH kita dah capai puncak optimum atau tidak. So stock up your OPKs yea. Sometimes bila cycle bulan ni kita kurang berjaya, at least bulan depan kita boleh cuba lagi. Tak gitu?

Last but not the least, kalau you nak dapatkan OPK (dan juga UPT) yang murah, klik je gambar yang tertera di atas tu bila-bila masa. I hope I have guided as best as I can. OPK yang dijual adalah jenis strip dan dapat menyelamatkan poket anda dari terus bocor setiap bulan jika beli di farmasi hihi. And I really  hope I have helped you to reduce your worries. I hope you may be able to conceive as soon as possible. But if no miracles happen after 6 months, silalah berjumpa dengan doctor pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut.

p/s: Dulu I ada jual UPT dan OPK but now I nak focus pada kerja lain. I sangat rekemen u all beli OPK dari SINI for the best price. Review pun baik. Klik –>> OPK.

References:

BabyCenter.com
Dr Zubaidi

5 thoughts on “Kesan Hari Kesuburan dengan Ovulation Predictor Kits (OPK)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *