Knowledge Sharing

Koleksi Soalan Latihan SRAI

Saya ada menerima email khasnya dari para-para ibu yang bertanyakan mengenai contoh latihan soalan UKS SRAI. Dukacita diamklumkan bahawa saya tidak menyimpan sebarang copy. Malah, saya tak berani nak scan dan upload di internet untuk menghormati hak cipta para penulis yang membuat soalan tu. Tapi apa yang saya boleh bantu ialah dengan merekemenkan buku-buku latihan yang saya rasa sesuai untuk anak-anak membuat latihan sebelum UKS nanti. Insya Allah, jika diberi kelapangan, saya sendiri akan menyediakan latihan untuk ibu bapa berikan kepada anak-anak.

buku panduan srai

 

Antara koleksi buku-buku yag saya sangat rekemen ialah:

 

Bahasa Melayu

 

Bahasa Inggeris

 

Matematik

 

Pendidikan islam

 

Sains

 

Jawi

Saya sangat yakin jika anak-anak membuat latihan ini, Insya Allah mereka mampu menjawab UKS tu nanti. Biasakan anak dengan membaca arahan supaya mereka faham apa yang mereka perlu lakukan.

Bagi Bahasa Arab, ibu bapa boleh memdedahkan anak kepada tpik-topik berikut:
1. Nama anggota badan: mata hidung, mulut, telinga, tangan, kaki etc
2. Nama haiwan: kucing, kuda, anjing, ayam, itik, monyet etc
3. Barang perkakas sekolah: pensil, pemadam, buku, pembaris, pemadan, sharpener etc
4. Pakaian: baju, seluar, tali pinggang etc
5. Nombor
6. Barang bilik darjah: kerusi, meja, papan hitam etc
7. Warna

Soalannya tidaklah sesukar mana. Lebih kepada menguji tahap pemahaman kepada arahan yang diberikan. Saya percaya anak-anak boleh menjawab ujian UKS ni jika mereka dapat menguasi pemahaman arahan bertulis.

Untuk soalan-soalan lisan, ibu boleh bolehlah membuat latihan membaca dan menghafal surah-surah lazim. Pastikan anak-anak juga mampu membaca tulisan jawi.

 

P/s: Saya sedang menyediakan koleksi latihan yang seakan-akan dengan koleksi soalan latihan SRAI. Baru siap Bahasa Malaysia. Subjek seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris juga akan menyusul. Cuma Bahasa Arab dan Jawi je saya tak tahu nak buat macamana sebab kurang arif macamana nak dapatkan huruf-huruf jawi dan tak reti Bahasa Arab hihii (malu kejappp). Jika ada yang tahu menggunakan tulisan Bahasa Arab, saya senang hati untuk menerima pandangan anda. Jika berminat untuk mendapatkan koleksi latihan ini, boleh tinggalkan email anda di supplementmama@gmail.com dan saya akan kongsikan bila set soalan ini telah siap. Khas untuk pembaca supplementmama.com 🙂

 

UPDATE TERKINI!

 

Alhamdulillah sebahagian besar koleksi soalan latihan ini sudah tersedia. Ia merangkumi subjek

Bahasa Melayu
Matematik
Bahasa Inggeris
Sains

 

Nasihat saya, jangan bergantung sangat pada koleksi latihan ini. Dapatkan juga buku-buku latihan yang lain untuk anak menguasai kemahiran menjawab soalan.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan koleksi ini, bolehlah e-mail ke supplementmama@gmail.com. Saya masih dalam proses untuk mewujudkan latihan Bahasa Jawi dan Bahasa Arab. Dek kerana tiada pengalaman dengan font Jawi dan Bahasa Arab, menggagau juga bila nak taip tu.

11 thoughts on “Koleksi Soalan Latihan SRAI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *