Kesihatan badan

Nak Lose Weight? Cuba Kira Kalori

I’m on a mission to lose weight. Selama ni diet cara sendiri but hasilnya BERAT MAKIN NAIK! lol. Itulah…orang kata kalau nak buat sesuatu, kenalah cari ilmu dulu. Ini main bedal je ikut logic akal sendiri. Daripada nak turun 8kg, tup tup naik 3kg. Masa tu alarm dalam kepala pun start berbunyi. Rupa-rupanya BMI pun dah nak masuk kategori overweight. Oh no! This can’t be real!

Mula-mula tu cuba diet tak ambik nasi. Ingat ke kalau makan bihun dan roti dan kira bagus. Tapi pergi order pulak bihun goreng, mee goreng, kuetiow goreng konon-konon untuk replace nasi. Bila malam pulak, ambik shake buatan sendiri nak replace heavy meal. Tapi dalam shake tu pergi masukkan pisang, strawberry, blueberry, oat, susu, yogurt dan segala macam mak nenek supaya nampak healthy. Memang kenyang la. Cuma masa tu tak paham yang bahan-bahan dalam shake tu pun dah high calorie. Mengalahkan makan nasi. Mana berat badan tak naik sampai 3kg. Ahakss.

Lepas tu terus google pasal Kevin Zahri. Dia salah seorang health and fit expert yang terkenal di Malaysia. Basically, Kevin sarankan kita makan macam basia tapi cuba kurangkan amount mengikut keperluan badan. Yang paling penting, EXERCISE. Masa tu badan dah lebih 10 tahun keras tak bersenam. Bila sebut pasal exercise je, automatically otak ni terus reject. Hahaha. Bayangkan masa tu, baru lari 10meter pun dah rasa semput yang teramat. Heart beat laju sangat and selalu sangat rasa nak pengsan. Itu baru lari sikit. Belum lagi buat senaman yang lain. Maka ttetttt…rasa tak kuasa nak ikut nasihat Kevin. Teruk kan? Haha

Dalam diam baca jugak komen pengalaman follower Kevin Zahri. Tiba-tiba terbaca satu komen ni. Katanya kalau nak kurus cepat, cuba diet ATKINS. Terkejut jugak. Rupa-rupanya ada juga cara untuk kurus cepat. Asasnya konsep diet ni kena hadkan karbohidrat supaya badan kita boleh start bakar lemak. Kalau kita tengok pola pemakanan kat Malaysia, makanan yang kita makan kebanyakannya tinggi karbo macam nasi, mee, bihun, roti, roti canai dan sebagainya. Mengikut diet atkins, bila kita makan high carbo, maka badan kita akan bakar balik karbo yang kita makan sebagai tenaga dan bukannya bakar lemak-lemak yang ada dalam badan kita. No wonder la tak kurus-kurus.

So I cubalah diet atkins. Kalau ikut atkins, karbo tak boleh melebihi 20g sehari dalam fasa induction. Sekeping roti pun dah 14g. So roti tak boleh makan sebab itu pun belum masuk lagi karbo dari sayur-sayuran atau makanan lain. Buah-buahan dan sayuran selain warna hijau pun tak boleh makan dalam fasa induction sebab dipercayai gula dalam buah pun boleh melambatkan proses penurunan berat badan. Segala kekacang, susu, ada rasa pun is a big no-no.

So apa yang boleh makan? Basically high protein and good fats. Jangan terkecut kalau selama ni ada makanan yang kita cuba avoid sebab risaukan high calorie or high cholestrol pun sebenarnya bagus untuk atkins (diet atkins tak kira kalori). Contohnya macam daging dan telur ayam. Dan pastikan kena minum BANYAK AIR. Boleh baca selebihnya pasal diet atkins di SINI.

Makanya I cubalah diet atkins. Day 1 breakfast ambik telur rebus. Bila lunch makan ayam panggang dengan sayur hijau. Bila malam dah mula naik muak asyik makan protein. Yelah selama ni biasa makan nasi dan buah-buahan. So bila tak makan dua makanan tu, rasa macam tak lengkap.Tapi gigihkan diri makan ayam lunch tadi. Masuk day 2, makan telur lagi tapi goreng hancur. Bila tengahari, mulalah rasa nak marah sebab muak makan telur atau ayam. Bila malam, moody yang teramat sebab tak dapat makan makanan berkarbo. Masuk hari ketiga je, rasa nak lempang je tengok telur atau ayam. Makanya cuba makan ikan. Masalahnya I bukan penggemar ratah ikan. Lagilah moody rasanya.

Cabaran diet atkins ialah bila berada di luar dengan orang rama terutamanya kawan-kawan dan family sendiri. Semua pelik kenapa tak makan nasi. Mulalah ada yang komen “dah kurus buat apa nak kurus lagi”. Kalau BMI dah overweight, tu bukan kurus namanya. Tapi pandai juga I sorok lelemaks kan. Hehe. So I makan sayur hijau dengan lauk je. Kadang-kadang tu kena pilih lauk betul-betul sebab kebanyakan masakan di luar letak banyak garam, ajinomoto dan GULA. Susah-susah pilih ayam goreng je senang. Tapi kena pastikan bukan ayam goreng bertepung.

4 hari buat diet atkins and memang ada penurunan berat badan. Tak ingat berapa. 2-3kg macam tu lah. Memang happy tengok angka tu tapi mood pun low juga. Mood swing ni salah satu kesan induction diet atkins dan ini adalah normal. Tu belum masuk lagi sakit kepala dan gatal-gatal badan. Baru 4 hari dah rasa sengsara. Masa tu memang tak kreatif bab buat makanan biar jadi menarik. Dah le kita ni jenis sweet tooth. Bila 4 hari tak makan benda manis macam kek, coklat atau ais krim (dalam kuantiti yang sedikit), rasa nak Tarik-Tarik je rambut sebab craving dan sakit kepala.

Bila masuk hari ke 5, I diuji dengan ujian makan hehe. Boleh baca kat SINI. Maka berakhirlah diet atkins sebab rasa macam tak mampu nak ikut diet tu bulat-bulat. I memang tak kreatif bab masak lebih-lebih telur. And I tak tahu nak makan apa untuk kudap-kudapan walaupun ramai yang sarankan ambik ikan bilig goreng atau kerepek kulit lembu (erkkkk). So for me diet atkins sangat mencabar masa tu.

Next, dengan ilmu yang tak berapa cukup, I try amalkan diet tak ambik dinner. So I amalkan ambil nasi sehari sekali. Itupun portion nasi tu lebih kurang segenggam. Malangnya masa tu tak berapa bijak lagi. Seminggu sekali nak makan nasi ganja. Memang addicted bila makan nagi ganja ni. Marveles! Snacking bedal makan biskut. Bila malam je amalkan balik buat fruit juice yang di blend dengan segala macam macam benda. Kesudahannya, BMI naik jadi OVERWEIGHT. Sodaqallahul’azim.

Bocor rahsiakuu
Bocor rahsiakuu

Nak menangis dibuatnya. Masa tu memang rasa lesu. Naik tangga pun rasa tak larat. Mengah semacam. Kaki pun asyik sakit. Doktor pun advice suruh lose weight. Husband pun punya perut dah macam orang mengandung. Berat badan dia pun sama-sama naik (sebab isteri tak reti jaga hahaha).

So I start buat some research yang tak berapa ilmiah.

A friend of mine who is a cancer survivor selalu update pasal regime dia jogging almost every week. Dulu I pandang sebelah mata je setiap kali dia post. Until one day dia post gambar dia dengan caption “I’m going to 40 soon but I have to make sure that I look in my 20s”. Haa lebih kurang macam tu la. Sumpah muka dia macam rumaja. Bila ambik gambar dengan students, tak tahu dia mana satu. Masa tu  motivasi I dah mula meluap-luap.

Then I notice Dilla Karim who is the owner for Zawara makin kurus. She used to be chubby yet still chomel. I komen on her ig tanya macamana dia bole lose weight and she was super nice to tell me that she counts her calorie intake. Perubahan dia ketara ok. Maybe dengan life dia yang super sibuk, it helps her a lot to shade a lot of weight. Sekarang dah rupa macam kanak-kanak riang. Comel sangat.

Another friend of mine pun started a new regime. Dia ambik pressed juice especially green juice dan lari kat treadmill. Dia mula amalkan eat clean (which  I don’t really understand what it meant at that time). Antara pressed juice yang dia rekemen ialah La Juiceria. She drinks it almost everyday. When I googled about it, I rasa tak mampu nak minum La Juiceria ni hari-hari. But wow she does look good. And dia nasihat to watch my calorie. Ni pun buat I makin bersemangat.

calorie counter

So I started to do some calculations. Rupa-rupanya my calorie intake to maintain my weight cuma sekitar 1500 calorie per day. Bila I baca description kat bawah, rupa-rupanya selama ni maybe I makan lebih dari 2300 calorie/day. Mana berat badan tak naik. And to lose 0.5kg per week, I kena ambik sekitar 1000 calorie/day. Owh lupa nak bagitahu. I have a sedentary life. My life selalunya duduk depan computer jer. Sebab itulah intake calorie tu kena sikit. Nak ambik 500calorie/day untuk hilang 1kg seminggu memang le rasa tak mampu. I want to eat. Kalau korang nak kira berapa calorie intake untuk badan sendiri, bolehlah kira kat SINI.

Pic source: Mr Google
Pic source: Mr Google

Then another question popped in my mind. WHAT SHOULD I EAT? I was used to eat a lot and I really didn’t know what to eat. Masa ni lah cabaran bermula. So I mulalah search kat youtube pasal 1000 calorie food intake. Rupa-rupanya you just have to EAT CLEAN. Basically eat clean bermaksud just eat makanan yang tidak di proses. Contohnya, roti, pasta, mee, burger, biskut adalah makanan yang di proses. Makanlah makanan yang memang asalnya dah macam tu. Contohnya buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, telur, ikan, bijiran yang tak diproses macam chia seeds. Senang cerita, setiap kali nak makan sesuatu, tanya diri sendiri: agak-agaknya orang zaman dulu makan tak benda ni. Selain tu ambik makanan yang low karbo dan high protein. Kalau nak makan nasi pun, make sure portion tu sikit dan pastikan kalori nasi tu dikira. And sugar is a big NO-no.

Kebetulan dalam masa yang sama, terjumpa satu video kat youtube. Pasal lose weight fast and easy without exercise. In this video, Abigale (nama lady dalam video tu) rekemen untuk makan sekitar 1000 kalori sehari. Dan dia pesan supaya jangan berlapar. The rest you boleh tengok dalam video ni. Personally I think she’s very gedik and sometimes I’d just rather listen instead of watching her lowering her shirt down her shoulder. Moga Allah beri hidayah pada dia. Aminn. But thank to her as well sebab her advice helps a lot especially untuk orang yang suka makan.

So I started eating clean. It was not bad at all. I just have to make sure that I have fruits, veggies, and good fats in my kitchen. And macam biasa, water intake mesti banyak. Kat my work station, I’ll make sure I have to finish a bottle of 1.5l water in the morning and another 1.5l in the evening. Sikit-sikit nak terkucil which is a good sign actually. Bila lapar jer, kerat apple nipis-nipis supaya nampak banyak. Sometimes makan almond lebih kurang setengah genggam bila rasa nak mengunyah. Bila sakit kepala, kemam manna (makanan sunnah) dalam mulut. Hasilnya, dalam masa seminggu memang lose 0.5kg. Memang seronoklah.

Then I stumbled upon a post pasal tips kecikkan peha (which has been my problem for ages). Yelah kan dah lama tak bersenam. Tak mau la lari-lari. According to Namee Roslan, dia cuma amalkan senaman 20minit sehari je kat rumah. 4 jenis senaman termasuk squat, lunges, jumping jacks dan wall sit. Makanya pada tanggal 29 February 2016, bermulalah routine ni. Sengaja pilih tarikh ni sebab kebetulan tahun lompat. So nak tengok jugalah hasilnya lagi 4 tahun. Naik kah atau turun kan? Hehehee.

Masa mula-mula start rutin ni, Ya Allah memang sakit segala peha, betis dan badan. Memang demam urat dibuatnya. So rehat la sehari dua. Then sambung balik. Then demam balik. Mulalah rasa demotivated sedikit sebab asyik demam urat. Banyak keje nak buat.  Tapi lepas kali ketiga buat, badan dah mula sesuai dengan senaman tu. Peha dah tak rasa sakit mana. Dah makin syok dibuatnya. Paling suka squat sebab diri setempat je hehehe. Tapi kureng sikit dengan jumping jacks sebab tapak kaki sakit. Pakai kasut pun masih sakit lagi.

Lepas 2 bulan bulan amalkan eat clean (walaupun cheat sekali sekala kikikii), dengan jayanya turunlah 3kg. Bunyinya macam sikit kan. Tapi ok lah. Atleast tak yah diet ikat perut. Makan 6 kali sehari hokey. Yang paling syok, rupa-rupanya badan pun ada inch loss. Secara purata 4cm hilang sekitar tempat-tempat crucial macam peha, montot dan perut. Ok la tu kan. Sebenarnya boleh lose weight lebih kalau takde perkataan cheat dalam kamus kehidupan haha. Cumanya walaupun dah lose 3kg, diri ini masih lagi di garisan overweight masa tu. Haihh. Redha jer la. Boleh dikatakan seminggu 3-4 kali mesti nak workout paling lama 20minit. Jani badan ni aktif seketika.

Selain buat cardio workout macam disarankan, I follow jugak Fitness Blender punya regime. Selalunya senaman yang dipilih ialah senaman yang tak lebih 20 minit kehkehkehh. Ada kawan rekemen buat High Intensity Interval Training (HIIT) untuk cepat lose weight. Tapi until now rasa tak larat nak paksa diri. Rasa mengah semacam bila jantung berdegup laju. HIIT adalah senaman kegemaran Encik Suami dan dia sendiri dah mula nampak makin muda. Uhukksss harap-harap dia tak baca entry ni.

Few weeks ago musim hujan. Ntah kenapa kalau hujan je mesti lapar. Korang ada rasa macam tu tak? Kalau ikut logic akal I, badan ni perlukan tenaga nak panaskan badan masa musim hujan. Sebabnya cuaca tu sejuk. Hahaha pandai-pandai jer kan. Memang lapar la masa tu. Nak cover kelaparan tu, mula-mula minum banyak air. Masa tu dah ler sejuk. Rasa tak tahan nak ke toilet setiap setengah jam. Makanya makan la apple setiap kali lapar. Cumanya bab workout tu jadi lemau banyak. Rasa sangat kurang rajin masa musim hujan. Rasa lagi best kalau Zzzzz hihi. Memang hampir 3 minggu stop exercise. Sekali sekala jer guna bell dum 1kg buat senaman ringan. Risau gak if berat badan naik. Rumah kami ni dah takde weighing scale. Sengaja tak beli. Kalau tak mau hari-hari timbang. Dalam keadaan kurang aktif tu, I masih lagi cuba jaga kalori sebab nak dapatkan weight lose.

Bila cek berat badan sekali lagi, berat badan turun sikit jer. Ada la dalam 0.5kg. Lepas tu plateau selama 3 minggu kalau tak silap. Haihh kira maintain la. Mujur tak naik. Baru-baru ni, ada macam-macam event; kenduri kahwin, birthday anak, reunion keluarga dan coming soon birthday party kawan anak. Boleh dikatakan sepanjang bulan May ni banyak sangat jamuan makan. Bila cek kalender, bulan May ni baru sekali je jogging.

Owhh sebut pasal jogging, lepas berat turun 3kg, I start jogging. Macam biasa, I akan semput sesemput-semputnya. Tapi husband selalu pesan biar slow and steady. Kawan-kawan pun pesan, buat slow-slow sebab lama-lama stamina akan naik. Imagine, dari lari 10meter lama-lama increase 50meter. Lepas tu increase 100meter. The last time I boleh jogging 500meter tanpa stop. Alhamdulillah. For me it’s an achievement. Cumanya akibat musim hujan,  memang dah lama la tak lari. Sampaikan apps mapmyrun tolong remind supaya lari. Imagine, bulan ni baru jogging sekali jer. Mujurlah dapat lari 500meter non-stop. Jadilah. Cumanya, masa nak mula-mula lari, perasaan semput tu macam nak muncul kembali.

Yang I kechewa sikit ialah bab workout. Akibat 3 minggu rest, nak start balik cardio workout tu sangat mencabar. Baru squat 10 kali pun rasa macam nak pitam. Masa I tulis ni pun, I masih dalam keadaan rasa nak demam start workout balik. I tell you, akibat musim makan best bulan ni, I memang craving balik for sweet stuff. Sekali sekala sedut air manga anak. Ada masanya bedal 4 keeping keropok lekor. Nak control maan tu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tapi dalam diam, I cuba jugak kira kalori pada hari-hari bekerja.

Tadi pergi rumah mak. Kat situ jer la I timbang berat badan. Weighing scale yang adik I beli tu siap boleh kira fat, water, muscle and bone density. Rasa berdebar-debar nak pijak scale tu. Keadaan diri ni dah lama tak aktif. Wahhh…rupa-rupanya lose lagi 1kg. Alhamdulillah! Rasa bersyukur sangat-sangat sebab counting calories work for me. Sekarang dah masuk BMI normal. Cumanya kalau tak jaga, ada harapan masuk balik ke garisan overweight. I ada juga ukur peha, montot, perut dan lengan. Alhamdulillah ada kurang la jugak walaupun tak aktif lately. Kiranya bulan ni adalah bulan ke 3 I count calory. Altogether I dah lose hampir 7kg and purata lilit badan dah kurang 5cm. Anyhow, I still need to shade another 7kg to get my ideal weight supaya tak jatuh ke garisan aneroxia mahupun overweight.

So there you have it. This is my journey of losing weight. I love eating. Makanlah 6kali sehari cumanya pastikan kalori tak melebihi keperluan badan. I takmau post picture sebelum dan selepas sebab hakikatnya I memang pakai baju yang besar bila depan non-muhrim atau public. So nampak sama jer sebelum dan selepas. Cuma Encik Suami je boleh tengok hihii. Dia komen ada perubahan pun dah rasa kembang kuncup hidung ni heeee. Cuma pipi and double chin ni rasa tak surut-surut. Biarlah dulu.

Insya Allah I akan selitkan jenis-jenis makanan yang I makan bersama nilai kalori makanan tu. Nak lose weight ni subjective. It can be both hard and easy. Nak mula tu memang sangat-sangat mencabar. Bila dah biasa rasa senang jer. Tapi bila dah lama rest dan nak mulakan balik, cabaran dia rasa macam lagi mencabar.

I bukan nak kurus sangat. I cuma nak feel good and healthy macam my friends. Anak kecik lagi. Kalau boleh if panjang umur, umur 60 tahun pun I want to feel and look good. Anyways, looking young is also a bonus heheheee. Please wish me luck with this journey. And I hope you will do well if you have the same journey like me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *