Life

Terengganu, Mu Tunggu Aku Datang…

Terengganu mu tunggu aku mari

Siapa tahu gambar ni kat mana? gambar ni ambil masa balik Terengganu bulan 10 hari tu, kat pantai teluk ketapang, seberang takir. Best woo kat sini, sesapa yang belum sampai ke terengganu memang wajib singgah kat sini, kita makang ikang celup tepung hihihi.. bukan ikang je, sotong, udang pon ade pendek kata seafood la. Harga pon memang sangat berpatutan kalo nak compare dengan kat lembah kelang.. rasenya belum jumpe lagi mana-mana kedai makan kat area shah alam yang ada menu ni, ke ada?

Umair paling seronok kalo balik kampung ganu.. kalo jumpe pantai memang lupa dunia la main dengan pasir.. mane nak jumpe pasir pantai ni kat shah alam hahaha .. kami nak balik Terengganu pagi so 22 Disember in sya Allah.. moga Allah permudahkan perjalanan kami, musim tengkujuh sekarang ni, dengar khabar macam dah surut banjir kat sana Alhamdulillah.. well Terengganu, mu tunggu aku datang Big Smile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *