Life

Tips ke Pulau Langkawi – Day 1

Hai! Kami baru saja pulang dari Langkawi. Ada beberapa tips ke Pulau Langkawi yang kami mahu kongsikan. Lain orang lain pengalaman. So, mana tips yang boleh pakai tu, korang ambik lah buat panduan yea.

Percutian kami 4 hari, 3 malam (Khamis-Ahad). Sengaja pergi lama sikit sebab kami jarang bercuti. Alang-alang dah jarang, biarlah bercuti sepuas-puasnya kan!

So, apa tips-tips tu? Check it out!

1. Flight penerbangan

Sebaik-baiknya rancang percutian anda SETENGAH TAHUN lebih awal. Kenapa? Sebab selalunya promosi tiket flight penerbangan yang murah atau mampu milik ni keluar setengah tahun lebih awal dari flight penerbangan yang kita rancang. Lebih baik periksa dan tanda kalender bila anda free dan ada masa bersama keluarga. Kalau tidak silap saya, kami tempah tiket ni sekitar bulan Oktober 2013. Masa tu promosi MAS Airlines untuk kakitangan kerajaan. Tiket flight serendah RM75 (pergi balik). Cumanya masa tu kami decide lambat sikit. So dapatlah tiket RM225 (pergi balik, termasuk tax etc).  Flight kami pagi. So tengahari kami check in do resort dan mulakan ekspedisi berjalan-jalan tengari itu jugak.

2. Tempat penginapan. 

Bagi kakitangan kerajaan, ada penginapan rumah penginapan persekutuan kerajaan kat Pantai Tengah, Pulau Langkawi. Actually tempat tu resort Federal Villa yang dikelolai oleh Holiday Villa.  Federal Villa ni terletak bersebelahan Holiday Villa. Not bad tau tempat ni! Untuk satu bilik berhawa dingin ala resort untuk kami bertiga (2 dewasa, 1 kanak-kanak), kami cuma perlu bayar RM55 satu malam. Cumanya breakfast tidak dimasukkan dalam pakej tu. Tapi kalau rasa nak breakfast kat situ, boleh je tambah RM8 sekepala. Kira murah la dari Holiday Villa. RM52 sekepala untuk breakfast! Owhh tidakkk!

3. Kereta sewa

Dekat airport tu ada banyak agent kereta sewa. Masa kami pergi tu peak time. Bila kami survey, harga Viva RM 100/sehari. Non-peak cuma RM60. Alhamdulillah rezeki menyebelahi kami. Kawan encik suami kebetulan menetap di Langkawi. Beliau yang baik hati telah meminjamkan kereta Grand Livina yang sangat bersih itu kepada kami. Terima kasih encik Najid! Moga rezeki anda melimpah ruah.

4. Tempat-tempat menarik

Day 1:

Cable Car: Dewasa (RM15 kalau bawa IC), Kanak-kanak (RM10 kalau bawa mykid).

Iyerr, pastikan korang bawa IC dan mykid kalau nak naik cable car dengan harga paling rendah. Kalau tak bawa, silalah naik cable car tu dengan harga pelancong antarabangsa (RM50-dewasa, RM30 kanak-kanak). Masa kami pergi tu takdelah peak hour. Kami tunggu sekitar 15minit untuk menunggu giliran naik cable car tu.

Perasaan saya masa naik cable car tu? GAYATTTT!! Tahap kecuraman cable car naik tu 42 degree (kalau korang pandai maths). Hadoi nak pengsan rasanya. Tapi Umair relax jer.

Sedikit tips: Nanti ada 2 perhentian. Kalau boleh jangan la stop kat perhentian pertama. Jenuh korang nak beratur balik masuk cable car untuk perhentian kedua nanti. Kecian tengok orang bertaur panjang kat perhentian pertama tu. Teruskan naik cable car sehingga perhentian kedua dan enjoylah pemandangan di puncak tu sepuas-puasnya.

Owhh…masa ni jambatan tergantung kat atas tu tengah tutup untuk setahun bagi maintenance. Kata sorang guide tour kat situ (sebenarnya kami tumpang dengar), mereka nak tukar jambatan tergantung tu dengan kaca! Hishh.. kalau kaca, tak teringin I nak naik!

Geopark Village: Dalam tempat ni ada macam-macam tempat menarik. Tapi kami tak pusing satu kawasan. Kat situ ada elephant riding. Cuma RM100/sekepala. Tapi kami tak naiklah. Apa yang kami buat, kami pergi bagi ikan makan! Cuma RM1 je untuk sepeket makan ikan. Banyak betul ikan kat situ. Sihat-sihat! Rasa nak tangkap dan goreng jer! Hahahaha!

Tempat makan: On the way balik dari cable car ke dataran Datai, silalah singgah ke Pantai Kok. Kat situ ada lori Hafiz Rojak. Tapi mata kami lebih tertarik dengan Laksa dan Pasembur . Kalau diingatkan kembali meleleh air liur ni. Memang sedap dan murah!

Makan malam: Kami makan di Pantai Cenang. Tak ingat nama restoran tu. Mengadap Underwater World. Kami makan ikan bakar dan sup sayur. Our rate for the food: 2 star.

Sekian sahaja untuk hari pertama. Nantikan kemunculan tips untuk hari kedua di Langkawi!

P/s: Gunakan hanya sebahagian duit bonus Shaklee anda untuk bercuti. Yang lain simpan untuk duit pusingan, simpanan dan sebagainya.

Todaloo!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *