Life

Tips ke Pulau Langkawi – Day 2


Day 2 – Hari Jumaat

Pada mulanya kami rancang untuk pergi Island Hopping. Tapi tak jadi bila mengenangkan Encik Suami perlu pergi solat Jumaat. Takut tak sempat. So, apa kami buat?

Mestilah SHOPPING!! Sebelum shopping, kami jalan-jalan cari makan dulu. Tapi tak ingat nama gerai tu memandangkan yang ambil order tu muka takde perasaan. So tak perlu review yea?

 

Makam Mahsuri: Dewasa (RM7), Kanak-kanak (RM5).

Dalam ni ada muzium mengenai latar belakang Mahsuri dan keluarga. Mula-mula kami rasa Mahsuri ni cuma lagenda. Tapi keturunan Mahsuri masih wujud sampai sekarang di Siam. Kalau nak tahu selebihnya, silah ke Makam Mahsuri yea.

Kompleks HIG (Haji Ismail Group): Masuk FREE!

Masuk memang la free hehehe. Tapi bagi sesiapa yang gilakan coklat, pinggan mangkuk, luggage, boleh pokai dibuatnya! Kami beli coklat je. Ramai order Daim. Selain mall HIG, ada juga kiosk-kiosk lain yang u boleh singgal memandangkan Kompleks HIG ni dah jadi macam mall. Salute betul pada managment HIG sebab sepanjang kami shopping, ayat-ayat al-Quran tak pernah putus. Lepas tu mall ni ditutup pada waktu solat Jumaat! Respect! Dan jangan terkejut kalau u pergi Kompleks HIG tu, ada orang ramai tengah dengar ceramah agama. Memang selalunya pada hari Jumaat, mereka buat kuliah dhuha. Kagum kan?

Idaman Suri: Pinggan mangkuk bebas cukai.

Sejujurnya I dah serik ke sana. Serik-seseriknya. Ramainya umat sampai rasa macam nak pengsan. Basically barang-barang kat situ sama macam kat kedai bebas cukai lain. Yang membezakan Idaman Suri dengan kedai-kedai lain ialah, mereka ada produk mereka sendiri. Maksudnya ada pinggan mangkuk, kuali, set cawan CAP IDAMAN SURI. Honestly, harga jauh laaaaagi murah. Bayangkan set mangkuk corningware dari US harganya RM299. Tapi set mangkuk glassware Idaman Suri cuma RM39. Beza banyak kan? Kalau u memang peminat pinggan mangkuk, silalah ke sana dan harungi lautan manusia yang main langgar u kerana taksub dengan pinggan mangkuk disekeliling mereka. Hehehehe…

RAM: Terletak di Kompleks Pekan Rabu.

RAM pun ada jual pinggan mangkuk. Selain itu, ada jugak coklat, kain, cadar dan sebagainya. Bezanya, RAM takde pinggan mangkuk cap sendiri (rasanyalah!). Tapii, kalau u dah lama mengintai penggan mangkuk, kuali, cooker brand Visions, CorningWare, Corelle, Tefal (barang-barang imported ni), silalah ke RAM sebab kat situ ada banyak corak yang available berbanding di Idaman Suri. Harga sama je. Kiranya dekat RAM, ada banyak pilihan dan stok masih ada.

Masjid Al-Hana: Bolehlah berhenti solat Jumaat di sini. Tak jauh dari Dataran Helang, Kuah.

Dataran Helang:  Antara salah satu tempat ‘wajib’ kena pergi. Kenapa? Sebab Helang adalah simbol negeri Langkawi. Walaupun secara perbadinya  tak beberapa gumar dengan patung Helang ni. Jenuh nak jawab akhirat karang siapa yang buat patung Helang tu. Huhuhuu….

Untuk dinner, kami makan je di food court kat jetty ferry. Owhh di Jetty Ferry ni jugaklah pelancong-pelancong boleh masuk ke Langkawi yea.

tips holiday ke langkawi

Itu sajalah aktiviti kami di hari kedua. Kerjanya shopping dan jalan-jalan.

Sedikit tips: Rancang aktiviti shopping anda! Kalau boleh aktiviti membeli coklat tu lasssttt sekali. Nanti cair pula coklat tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *