Life

Tips ke Pulau Langkawi – Day 3

Ok…jom kita sambung tips percutian di Langkawi… Masuk hari ke 3 (Sabtu), kami pergi ISLAND HOPPING.

Tips #1: Sila survey dahulu harga pakej Island Hopping. Kat sana ada banyak agent. Ada yang menawarkan RM35 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak). Kalau you tak malu, you tawar. Tapi kalau you malu, I suggest korang pergilah gerai Mak Tam yang terletak kat simpang 3 antara Pantai Tengah dan Pantai Cenang. Kalau you makan kat situ, you boleh dapat pakej RM30 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak) untuk Island Hopping.  Harga pakej ni termasuk van yang akan jemput you dari tempat penginapan (kalau resort dekat) dan mereka akan hantar you pulang lepas habis aktiviti. Sebenarnya boleh je pergi sendiri tapi takut susah nak parking nanti kat jeti Tanjung Malai.

Tips #2: Island Hopping ada 2 session. Pagi 9pg-1tghari atau petang 2-6ptg. Nasihatku, pergilah pagi. Petang rasanya panas. Sila bawa baju mandi yang menutup aurat dan tuala kalau you rasa nak mandi kat pulau. Untuk yang takut matahari, bawalah sunblock. Tapi hitam kan menawann hehehee..

So, ada 3 aktiviti sepanjang Island Hopping. Let’s check it  out!

Pulau Dayang Bunting: Semua dah sedia maklum kat situ ada tasik sedalam 14 meter kan? Kalau rasa nak mandi, mandilah. Kalau rasa nak rendam kaki ala-ala spa sambil biarkan ikan-ikan kecik dan ikan keli gigit sel-sel mati pun silakan. Korang akan diberi masa sejam untuk berada kat pulau tu. I rasa kan, daripada mandi-manda tunggu sejam habis, baiklah korang explore pulau tu. Pergilah walk tracking sampai pertemuan antara air masin and air tawar kat pulau tu. I tak sempat nak buat coz anak sibuk nak mandi. Tapi kalau pergi lagi sekali, teringin nak pergi tempat tu.

Tips #1: Jangan bawa makanan dalam plastik. Letaklah dalam beg. Kalau tak, nanti cik nyett akan datang dan sambar makanan you. I takut monyet!

Tips #2: Kalau ada parents yang dah uzur atau sakit lutut, I tak rekemen you bawa mereka ke tasik dayang bunting. Ada tracking bertangga yang you kena naik dan agak memenatkan. Kecian sangat tengok makcik yang termengah-mengah. Kalau lelah pun I tak rekemen.

island hopping langkawi

Eagle Feeding: Selesai di Pulau Dayang Bunting, korang aakan dibawa melihat burung-burung helang. Nama je Eagle Feeding. Tapi hanya agent tu yang akan bagi helang-helang tu makan kulit ayam. Seronok jugak tengok burung helang sambar makanan kat permukaan laut. Nampak gahh je sekor-sekor.

Pulau Beras Basah: Dekat pulau ni korang akan diberi lagi masa sejam untuk jalan-jalan. Kat sini ramai yang akan bermandi-mandi sebab airnya yang agak jernih. Cuma yang kurang best bila banyak bot parking dekat dengan tempat orang mandi manda. Rasanya pihak pelancongan Pulau Lankawi kena ambil tindakan awal-awal sebab tak cantik mata memandang dan kena pentingkan aspek keselamatan. Bayangkan ada bot bergerak sebelah kita yang tengah mandi. Tak ke bahaya?

Tips: Kat Pulau Beras Basah takde toilet. So, kalau perut rasa memulas atau nak membuang, silalah ‘membuang’ di pulau dayang bunting awal-awal yea.

Kami balik sekitar pukul 1.30 tengahari. Walaupun dah tengahari, tak terasa kepenatan tu. Maybe sebab mood bercuti. Balik tengahari tu, kami terus mandi, solat dan keluar balik. Kali ni kami ke Pantai Cenang untuk makan tengahari di Restoran Selera Kampung (kalau tak silap). Makan nasi berlauk untuk 3 orang sekali dengan air, baru RM16.80. Kira oklah. Seterusnya kami ke destinasi berikut:

Beras Terbakar, Padang Matsirat: Masuk FREE.

Apa yang menarik di sini cuma gerai-gerai jualan di luar kawasan beras terbakar. Dekat kawasan beras terbakar tu takde apa-apa sangat melainkan rumah tinggalan milik pewaris kawasan beras terbakar, sebuah pinggan yang berisis beras terbakar yang pernah dikutip suatu kekita dahulu dan kawasan berpagar yang dipercayai tempat beras tu dibakar. Itu je. Kami singgah sana sekejap je.

Tanjung Rhu: Kalau korang ada masa, pergilah tengok Tanjung Rhu. Kawasan agak jauh sedikit dari orang ramai dan ada privacy. Pantai pun cantik. Kami nampak ada pengatin buat photoshoot kat situ.

Laksa Power: Kami patah balik ke belakang airport Langkawi. Dengar ceritanya ada laksa yang best kat situ. Wallahualam. Bagi kami, kira ok lahh. Tak sepower seperti yang digambarkan. Apa beza laksa power ni ialah kuah laksa tu sendiri. Kuah tu pekat dan ada isi macam daun sayur. Kami order 1 laksa dan 2 cendol mangkuk kecil. Jumlah RM15. Bagi kami agak mahal. Mungkin sebab hujung minggu. Kat situ Encik Suami order charkueyteow. Sepinggan yang isinya sedikit dah RM5. Termenung kejap sebelum makan. Bukan apa. Kecewa tak seperti yang digambarkan dalam blog orang lain. Mungkin harga barang dah naik. Portion pun makin sikit. Wallahualam.

Malam tu kami pulangkan Grand Livina milik kawan Encik Suami memandangkan esoknya beliau bekerja. Bila pulang kereta tu, barulah terasa sedih yang percutian kami di Pulau Langkawi teah sampai ke penghujungnya. Terima kasih Encik Najid kerana telah sudi meminjamkan Grand Livina kepada kami. Kami sangat terharu!

For your information, Encik Najid ni seorang cikgu (sama seperti suamiku). Pagi-pagi dia park kereta di jeti. Lepas tu, pergi kerja naik bot. Dia mengajar kat Pulau Tuba. Murid pun agak sedikit. Cool kan?!

Ok lah. Sekian sahaja report kami di hari ke 3. Moga sedikit sebanyak dapat membantu ul ols semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *