Knowledge Sharing, Personal

Tips Memilih Pakaian Renang Muslimah (Swimming Wear)

.
Siapa kat sini suka berenang sila angkat tangan!

Kami sekeluarga tinggal di kawasan yang ada swimming pool. Alang-alang  dah bayar lebih kurang RM150 maintenance fees setiap bulan, kami kena pastikan yang kami guna semua fasiliti yang sedia ada kat sini.

Antara fasiliti yang boleh diguna ialah dewan main bandminton, gym dan swimming pool. Futsal court je kami tak penah guna lagi.

Walaupun tak reti berenang, kami terjun jugak masuk pool. Berenangnya tak reti. Tenggelam timbul dibuatnya. Bila nak cuba berenang, cik suben tegor montot je yang timbul. Sabar jer lah. Lepas tu nekad nak belajar berenang juga walaupun umur ni dah 3 series.

Biarlah orang nak kata apa. Yang penting orang kata swimming ni boleh bakar banyak kalori. Tapi kalau setakat montot jer yang terapung, tak tahu apa yang terbakarnya. Terbakar hati adalah….haahahaha

Kebetulan ada kawan masa belajar kat UiTM ajak masuk kelas berenang. Mula-mula tu segan la sebab tak sanggup pakai baju renang walaupun muslimah swimwear depan orang awam. Lagi-lagi kalau pool tu terbuka untuk lelaki dan perempuan.

Sekali member tu kata kelas tu buat kat pool UiTM. Ada waktu memang all women je berenang dalam tu. Lelaki yillek. Akhirnya terjebak juga join kelas berenang.

Bila nak belajar berenang ni, ada few items yang kita mesti ada bila nak masuk pool. Masa tu naif. Selain tanya swimming wear apa kena pakai, nak pakai bra apa pun siap tanya sekali. Manalah tahu kot-kot sponge bra tu buat kita tenggelam sekali hahahaha

 

Antara items yang perlu kita ada ialah swimming attire dan goggle (bukan google ye!). Swimming cap dan swimming board adalah optional.

Masa tu nekad nak cari swimming wear yang syariah compliance. Atara ciri-ciri yang dititikberatkan ialah:
1. Baju dan seluar mesti longgar.
2. Tudung swimming boleh tutup dada kalau rasa nak pakai kat public.
3. Harga mesti berpatutan.

Kami pun pergi survey kat Aeon Shah Alam. Tak sangka swimming attire ni mahal. Lagi-lagi kalau muslimah swimming attire. Harga mau lebih RM200. Rupa-rupanya mahal jugak baju swimming ni. Ada macam-macam brand pulak tu.

Mula-mula try brand Ogival. Rasa macam tak berapa selesa dengan cutting ikut badan. Lepas tu pergi cuba jenis Speedo pula. Rasa selesa sikit. Longgar. Cumanya, harga terlampau mahal. RM280 kalau tak silap. Tu baru swimming attire.

Belum masuk lagi accessories dan yuran belajar swimming. Gulp. Serba salah dibuatnya.

Masa tu brand Speedo tu rasa macam best. Walapun tudung swimming  dia tak menepati syarat dikendaki, masa tu niat nak cari mana-mana tudung hitam spandex untuk dipakai bersama swimming wear. Apakan daya, budget lari.

Masa tu rasa macam nak call je kawan and nak bagitahu macam tak jadi nak join kelas swimming. Yuran sahaja dah beratus. Pakaian swimming jer dah beratus-ratus. Oh my.

 

Then member tu rekemen suruh beli di sebuah kedai kat Meru. Tanpa berlengah masa, kami pun ke kedai tu untuk beli je baju yang sedia ada sebab member sendiri dah beli kat situ. Bila sampai situ, orang kedai tu tanya nak 1 piece ke 2 pieces.

Menonong kita kejap. Apa pula piece-piece ni. PEACE kita tahulah ahakss

Rupa-rupanya ada swimming wear ni yang boleh pakai baju sekali dengan seluar (bercantum) dan baju yang asing dari seluar. Faham ke tidak ni? Hehe

Memandangkan kita blur tak tahu nak pilih yang mana satu, orang kedai tu kasi cuba. And bila dah try banyak muslimah swimming wear ni, rasa macam perlu share dengan readers terutamanya mereka yang ambik berat pasal ‘appearance’ bila  kita berenang nanti.

Benda pertama yang datang kepala masa beli swimming wear hari tu ialah “I need to buy something that I can wear both in private and public area”. Yelah..manalah tahu kalau pergi bercuti kat mana-mana pulau, nanti boleh pakai je baju tu. Leceh bila pakai t-shirt dan seluar track. Rasa berat je bila keluar dari air.

So dalam nak memilih mana satu swimming wear yang sesuai, these are the considerations that I took:

Seluar

Selalunya seluar akan jual sekali dengan baju. Cumanya kebanyakan seluar swimming wear ni SLIM FIT. Meaning bila pakai je, dah nampak bentuk kaki kita. Walaupun top/baju, kaki terutamanya bahagian betis masih boleh nampak bentuk.

Unless if you are a very skinny person, then seluar tu nampak besar. For me, kalau nak pakai dalam pool tertutup untuk ladies je, kira ok dah. But then, I wanted to wear something yang boleh pakai kat public.

Then terjumpa seluar yang straight cut. Yesss. This is what I wanted. Memang longgar dan nampak decent. Misi tercapai.

 

Baju

Remember I told you that ada jenis 1 piece and 2 pieces? Well, bagi yang dah pilih jenis seluar yang dia nak, nak tak nak kena la terima jenis baju yang dah sedia ada. Selalunya dengan baju ni takde masalah.

Cuma maybe ada yang cutting ikut badan dan ada yang labuh. So orang kedai tu tanya, “awak ni jenis selalu pergi ke tandas ke tidak?”. My answer mestilah ‘selalu ke tandas’. Sejuk kot duduk dalam air lama-lama.

And I’m not a person yang sanggup lepas je dalam pool hahahhaa. Geli kot walaupun sendiri punya. Barlah orang lain nak buat but I respect people who are swimming in the same pool. Unless kalau tempat tu mengalir macam air sungai dan laut, I think I don’t mind doing that. Hahahahaha! Luckily kita ni jarang mandi kat tempat-tempat macam tu.

Since kita ni selalu jadi tetamu kepada tandas, orang kedai tu rekemen baju 2 pieces. Katanya senang nak buka seluar kalau tak tahan sangat. Kalau pakai 1 piece, kita kena buka dari atas (baju) dan tarik baju tu ke bawah bila nak lepaskan segala ‘hajat’.

So leceh la sikit. Cuma yang bagus bila pakai 1 piece ni, bila seluar dan baju dah bercantum, badan kita tak nampak bila dah masuk dalam air. So tak nampak la perut kita yang muncit bila baju tu terangkat.

Untuk 2 pieces ni, baju dan seluar asing. Tapi untuk certain swimming wear, ada 2 tali kat bahagian pinggang baju tu. Tali tu gunanya untuk ikat kat loop bahagian tepi seluar. Maksudnya,bila tali baju tu terikat kat seluar, takdelah baju kita terangkat sangat bila masuk kolam.

But possibility untuk nampak badan tu ada dan ini tak sesuai kalau nak berenang kat public pool. Takut kita tak sedar tali tu dah tercabut dalam air. Boleh nampak body nanti.

 

Tudung

Untuk sesiapa yang rambut panjang, seelok-eloknya pakailah swimming cap suapaya rambut tu tak mengerbang dalam air. Kebanyakan tudung ni dah sekali jahit dengan baju. So tudung tu tak cover dada. Ada sesetengah tudung ni asing dari baju.

Ada yang senteng dan ada yang labuh sikit tutup dada. So boleh lah nak tukar-tukar pakai swimming cap atau tudung masa swimming. I took the one yang labuh sikit dengan niat nak pakai swimming kat public. CUMANYA, tudung tu sekali dalam pakej.

Bentuk dia kelakar sikit. Jahitan dia macam swimming cap + tudung. So nampak pelik sikit. But tujuan ada bentuk swimming cap ni supaya rambut tak terkeluar. So ok la nak pakai bila swimming cuma ada masanya rasa macam kelakar (alah bila dah masuk air tu lupa langsung kita pakai apa, janji berenang.

Ada juga tudung yang diasing dengan swimming cap. So pilihlah mana korang selesa. Janji aurat terjaga.

 

Or kalau rasa dah berkenan kat baju dan seluar tapi ada masalah dengan tudung, cover je dada dengan neck cover macam gambar kat bawah ni

 

Ok nak cerita balik pasal swimming wear yang dibeli tadi. Semua dah ok. So hari yang ditunggu pun tiba. Apa lagi, pakai muslimah swimming wear, bilas sikit diri kat shower dan splasshhh masuk air. Wahh memang best (dan sejuk!). Tapi dari sini dah nampak ‘masalah’ yang timbul.

 

Ingat tak seluar straight cut tu?

Bila masuk air, seluar tu terangkat. Disebabkan cutting seluar tu yang longgar, terus jadi tak selesa bila nak berenang. Sikit-sikit tarik seluar ke bawah. Lama-lama bila memikirkan ada perempuan je dalam pool tu, try la ignore seluar tu bila terangat.

But still rasa tak selesa lagi-lagi bila bulu kaki tengah lebat hahahah So bila swim tu, memang rasa sedikit anxious takut orang diving nampak kaki kita. Kalau seluar slim fit tu Insya Allah ok melekap kat kaki tu.

Again, rasa kurang sikit kalau nak pakai kat public.

Kalau korang rasa rajin, boleh la cari kain lycra dan jahit hujung seluar tu. Iskk tak reti pulak nak terangkan kat sini. Cuma carilah cara macamana supaya supaya seluar loose tu tak terangkat bila masuk pool.

Cara lain yang boleh dielakkan dari benda ni berlaku ialah beli seluar yang dah ada grip atau cengkaman kat bawah. Takdelah seluar tu nak terselak bila masuk air nanti. Lagi senang.

Baru-baru ni masa tengah tengok design baju renang muslimah terkini, tiba-tiba ternampak la baju yang agak cute. Pernah tengok BAkini by Bella Ammara? Somehow baju tu nampak decent: longgar, ada cengkaman di lengan dan di kaki.

Cumanya kurang berkenang dengan tudung sebab nampak agak kecik. Apa yang BA buat ialah diorang design baju tu supaya ada cape kat dada seolah-olah macam dada ni tertutup supaya tak nampak sangat terbonjol.

Somehow untuk orang dada kecik ok cumanya kalau cup dah size B, C, D, E dan sebagainya rasa macam tak tahu tercover ke tidak. Hanya si pemakai je boleh nilai hihihi.

 

Anywayyy…..dalam memilih swimming wear tu ada lagi benda yang kita kena consider iaitu FABRIC. Cuba pastikan samada swimming wear tu dibuat dari lycra, spandex atau polyester. Dari mata kasar semua nampak sama.

Cumanya kain jenis spandex atau polyester kurang serap air bila keluar pool. Untuk lycra tak berapa pasti pula sebab kain lycra ni walaupun kering still nampak macam melekap kat badan kita. Kan?

Bila kita keluar dari air, sebaik-sebaiknya duduk dulu tepi kolam untuk biarkan tu mengalir dari baju untuk kasi kurang lenjun. Kalau dalam pool tertutup untuk wanita ok lagi nak terus keluar. Tapi kalau kat public pool, sebaik-baiknya duduk dulu & pastikan korang sediakan abaya yang boleh latch kat bahu atau yang boleh ikat kat depan.

So bila keluar pool tu cepat-cepat pakai abaya. Kalau tidak, nanti nampak bentuk badan kita especially yang bahagian atas depan dan belakang bawah. Karang ada pula yang memerhati. Seksi u!

So sediakan abaya tepi pool supaya kita boleh sarung terus lepas keluar pool tu nanti ye

 

Kolam Renang Tertutup untuk Wanita

Untuk yang tertanya-tanya kat mana kita boleh swim, sebenarnya kat mana-mana boleh hihi Bagi yang duduk di kawasan Shah Alam dan teringin mandi di pool khas untuk wanita sahaja, bolehlah singgah di kolam renang UiTM.

Waktu berenang ada dalam gambar di bawah ni.

 

Pastikan korang pakai swimming wear dan juga goggle sebab itu syarat utama nak berenang di situ. Nak masuk sini ada bayaran. Untuk orang luar, sekali masuk RM4 sahaja. Cumanya, nanti diorang galakkan korang beli kupon untuk 5 sesi (RM20) terus untuk mudahkan kerja setiap kali datang.

Untuk pelajar dan staf UiTM, harga dia lain tapi tak ingat la pulak. Kat situ jugak ada kelas berenang untuk kanak-kanak dan dewasa. Info detail boleh cek kat facebook page Kolam Renang UiTM Shah Alam.

4 thoughts on “Tips Memilih Pakaian Renang Muslimah (Swimming Wear)

  1. nice sharing sis…btw i pun 3series & baru nak blaja swimming haha…baru je dpt baju renang dr lazada…tapi nak tanya sis la, kalau pakai baju renang tu kena pakai sports bra ke ye? haha mcm sis tulis awal tu kan, nak tau jugak bra mcmana yg boleh dipakai… hope sis share experience selepas join swimming class tu hehe…

    1. Hi Anoy!

      Nak tergelak bila teringatkan pengalaman swimming pakai bra yang salah hahaha. Ya! Pastikan pakai sports bra yang tidak bertali untuk keselesaan sendiri. Tak perlu beli mahal-mahal. Cukup kalau dapatkan seperti sports bra yang boleh didapati di http://ho.lazada.com.my/SHWMhN .

      Anyway, swimming ni satu skill yang kita perlu berlatih dengan kerap. Kalau boleh pastikan buat latihan swimming paling kurang seminggu sekali supaya skill tersebut tidak hilang. Saya mengaku saya agak menggagau bila nak amalkan balik skill breast stroke bila lama sangat tidak swim. Dengan kekerapan latihan, Insya Allah kita akan makin selesa swim dengan teknik yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *