Personal

Yuran Tadika di Shah Alam

NOTE: THIS ENTRY WAS WRITTEN IN BAHASA MELAYU WITH A CODE-MIX OF ENGLISH. IF YOU WANT TO READ THIS ENTRY, PLEASE CHANGE YOUR GOOGLE SETTING TO BAHASA MELAYU. OTHERWISE, YOU MAY HAVE PROBLEMS IN COMPREHENDING THE WHOLE IDEA OF THIS ENTRY.

HAPPY READING!

I’m sure ramai mommies yang sedang survey tadika yang bersesuaian untuk anakanda kan? Punyalah banyak consideration nak ambik kira sampaikan boleh jadi cerewet dibuatnya. Faktor lokasi, yuran, waktu persekolahan, silibus dan macam-macam kita ambik kira. Ada juga yang prefer full day – tadika separuh hari dan day care separuh hari especially bagi mommies yang bekerjaya. Senang kalau belajar dan day care satu tempat. Hantar pagi dan ambik petang di tempat yang sama.

Kat Shah Alam ni memang banyak tadika. Satu seksyen sajer ada lebih kurang 2 tadika. Ambik contoh seksyen 9, ada Tadika Dzul Iman, Tadika Tinta Emas dan tadika dalam kawasan Sri Mahligai (tak ingat pulak nama tadika tu. Tu belum masuk lagi SmartReader dan macam-macam lagi yang maybe I tak tahu.

 

Anyway, if you ask me which kindie is the best, I find it hard to answer that. Prasekolah dan tadika KEMAS pun tak kurang hebatnya. Lain orang lain preferences. Dan selalunya pemilihan tadika juga bergantung pada naluri dan kehendak parents tu sendiri. Contohnyalah; macam I ni,  spesifikasi nombor 1 mestilah tadika tu pentingkan agama Islam. Kalau boleh nak fokus pada pembentukan akhlak dan akidah gitu. Nombor 2, I prefer tadika yang guna English as medium of communication. I think the best way to improve the language is to provide the environment. Not that I don’t speak English (in fact I am teaching English), tapi kami suami isteri memang berkomunikasi dalam bahasa Melayu dari dulu lagi. Tupun cik husband masih lagi berbelit lidah nak cakap bahasa melayu ‘bandar’ sebab dah biasa dengan slang Terengganu dia tu..kihkihkihh… Nombor 3, kalau noleh nak yang ikut montessori. Yelah, umur 4-6 tahun ni sangat sesuai didedahkan dengan pendidikan montessori. Apa tu montessori? Boleh baca kat SINI.

Bila dah macam-macam spesifikasi ni, mestilah yuran pun macam-macam gaya. Tepuk dada, tanya selera. Apa end-product yang kita mahu? Anyway anak kita bukanlah product but sedikit sebanyak environment dia sangat mempengaruhi perkembangan anak kita. To be frank, anak I sudah lama di alam tadika. Tambah tolak darab bahagi, adalah dalam 4 tahun dia bertadika. 4 tahun?? Hahhh panjang cerita, bukan sengaja nak hantar anak masuk tadika semenjak umur 2 tahun tapi panjanggg ceritanya. Hanya Tuhan je yang tahu apa yang dah berlaku.

Sepanjang 4 tahun anak bertadika, sudah 3 tempat dia tuntut ilmu. Alhamdulillah I puas hati dengan hasil tadika-tadika tersebut walaupun ada sikit-sikit yang kita kecewa. Tapi ini I taknak cerita yea. My intention is just to share hasil survey masa nak masukkan anak ke tadika yang ke 3. We would like to share yuran tadika di Shah Alam hasil dan sedikit info hasil dari survey di tadika-tadika dan sharing di internet.

Sebelum I list down, I nak share juga faktor-faktor pemilihan tadika yang kami dah survey ni supaya you lebih clear:

1. Vision and mission tadika tu mestilah jelas. For me, biarlah anak-anak kita di bentuk menjadi seorang khalifah.

2. Tempat dan lokasi kalau boleh biarlah bersih, selamat dan dekat.

3. Islamic environment: Penekanan kepada al-quran dan sunnah.

4. Silibus: Apa yang mereka ajar. Apa method yang mereka guna. Montessori atau tidak.

5. Pengalaman tenaga pengajar. Kalau tenaga pengajar tu dah lama kat sit€u, Insya Allah they are happy. But if asyik bertukar, there something wrong somewhere.

6. Seimbang antara aspek agama dan akademik.

7. Telus dengan parents. Provide some space for open communication.

8. Ni optional: If you the kids to be exposed to English Language environment, ni bonus. Insya Allah it helps the kids to communicate in English.

 

Alrite, now kita tengok yuran tadika yang kami pernah survey di Shah Alam.

1. Tadika Restu Kids

Yuran Restu Kids

Lokasi Restu Kids ni di Taman Kesenian Islam, Seksyen 10. Tadika ni betul-betul dalam bangunan Taman Kesenian Islam tu sendiri. Tadika ni beroperasi kalau tidak silap dari 8-12 tengahari. The reason kitorg datang sini sebab gurubesar SRAI Seksyen 7 sendiri yang cakap tentang tadika ni. Katanya majoriti yang berjaya masuk SRAI ni datang dari Restu Kids dan Little Chalips. (For your information, nak masuk SRAI ni tak senang. Ada ujian bertulis dan interview). Kami tanya Ketua Jabatan Restu Kids tu sendiri (depa tak guna gelaran gurubesar/principal etc) tentang silibus, boleh kata semua elemen agama termasuk bahasa arab, hafazan dan jawi diajar. Best kan? No wonder ramai dapat masuk SRAI. Restu Kids juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. So, pada parents yang tak kisah sangat mengenai bahasa penghantar, I rasa tadika ok sangat. Yuran pun affordable bagi penduduk di Shah Alam. Pengangkutan pun ada disediakan oleh pihak tadika dengan rate yang tertentu.

 

2. Safinatun Najah Montessori Kindergarten

Yuran Safinatun Najah

Safinatun Najah Montessori Kindergarten (SNMK) adalah sebuah sekolah intergrasi swasta di Seksyen 7, Shah Alam. Mungkin ramai yang tak tahu yang SN ni mempunyai tadika, sekolah rendah dan menengah di sebuah bangunan yang sama. Lokasi sekolah ni sangat strategik, betul2  di pertengahan kawasan seksyen 7 baru; berdekatan dengan SK Seksyen 7 dan SRAI. Cumanya sekolah ini berkongsi bangunan dengan Baseerah International School di mana majoritinya pelajar di situ adalah berbangsa Arab….hmmm. Anyway, sekolah ni mengaplikasikan kaedah montessori dan dengar katanya menggunakan English as a medium of instruction. Untuk  parents yang bekerja, sesi pagi akan digunakan untuk pembelajaran dan petang focus lebih pada day care. Cumanya ada sesetengah subjects utama seperti bahasa arab, jawi dan bahasa melayu di ajar pada sessi petang dan ini sedikit disadvantage untuk mereka yang bertadika separuh hari.

 

3.  An-Najah Educare Centre

Yuran An-Najah

I would say this is the most affordable private kindie I have known so far. Located at Seksyen 11, Shah Alam, the school hours is from 8.30am-12.30pm and it only cost about RM200 for the monthly fees. Cikgu-cikgunya kebanyakan sudah lama mengajar sendiri. When I interviewed some of the teachers, diorg ngaku diorg happy dapat mengajar di An-Najah. Kebajikan mereka dijaga. An-Najah juga ada provide daycare. Just add another RM150. Pada mulanya kami nak hantar anak ke sini. But our aim is to enhance our son’s English language. Dia tak mahu cakap omputeh dengan kami eventhough I sometimes communicate in English with him. “I don’t to speak in English. English is susah!”. Cesss….

 

Yuran An-Najah

I was also attracted to the school extra activities. Ada kelas Pra Tahfiz,Iqra’, Mental Arithmetik, Taekwando dan Swimming. An-Najah masih mengajar bahasa arab, jawi dan hafazan di waktu pagi cumanya yang pra tahfiz and iqra tu advance sikit untuk parents yang nakkan anaknya jadi haifz/hafizah. Best kan? Yuran kelas mental arithmetik, taekwando dan renang pun affordable dan dilakukan sejam seminggu di hari berlainan. An-Najah juga ada menawarkan transport and I would say kadar pengangkutan An-Najah pun sangat-sangat affordable. Senang cerita, An-Najah ni memang affordable lah!

 

4. Genius Aulad

Yuran Genius Aulad

To tell you the truth, Genius Aulad was the last school we surveyed hehe. Maybe because of the location yang terletak di lot-lot kedai dan dekat sangat dengan Bella Ammara yang boleh menggugat poketku menyebabkan I survey last minute. Anyways, I memang dah lama buat research pasal GA. So far ramai parents yang puas hati with the outcome especially on the kids English communication. When I went there, I terkejut budak-budak ni dah didedahkan dengan grammar exercises. Sebagai mak budak yang mengajar Bahasa Inggeris tapi duk code-switch sepanjang masa dengan tatabahasa yang tonggang terbalik, I was so impressed with the teaching and learning materials. Rasa macam “whoaa…biar betul budak-budak ni belajar grammar!”.  Cool kan? Fees pun kira ok lah. But I assume, lain branch maybe lain juga fees nya. Drawback nya (for parents) cuma waktu persekolahan. GA ni ada dua sessi. Pagi 8.30-11.30pagi dan petang 1.30-4.30petang; which means waktu pembelajaran termasuk waktu rehat dan sebagainya cuma 3 jam sahaja.  Mula-mula rasa ralat bab ni. Tapi logically, the teachers need some rest time sebab mengajar 2 sessi. Waktu rehat mereka cuma dari pukul 12-1 pm jer sebab waktu lain nak melayan kanak-kanak ribena pergi dan balik sekolah. Bukan senang nak mengajar 22 kanak-kanak riang dalam satu masa oiii. So, they deserve to rest to give the best to our kids.

 

 

Sebenarnya banyak lagi kindie yang kami survey. Tapi I dah buat pamplet-pamplet tu sebab kurang menepati spesifikasi yang kami aim. Antara faktor seperti jawuhhh dari rumah dan masih lagi baru yang menyebabkan kami reject awal-awal. So need  to mention the kindies. Anyway, I nak juga mention antara kindies yang kami aim tapi tidak berkesempatan nak ke tadika faktor sebab faktor masa. Contohnya:

1. Brainy Bunch International Montessori

If I were filthy rich, I would send my son to BBIM. Why? One: Because it is a Montessori school. Two: It uses English as a medium of instruction. Three: It is an Islamic school. Owhhh semua I suka lah! Nyamm nyamm. But looking at our financial status at this moment, I tak sanggup nak membebankan Encik Suami dengan monthly fees yang tak masuk other fees iteww. Maka seharusnya saya perlu bekerja keras untuk menambah income Shaklee saya. Hoyeahh!! But if you mampu, I rekemen you hantarlah anak ke sini. In fact they have 3 sessions: Regular, Star and Full day session. Pasal yuran BBIM, cuba you find out kat SINI. And if you want to know more about the school, silalah tanya pihak sekolah berkenaan yea coz I tak dapat komisen pun hehehe..

2. The Little Chalips

I pernah rasa nak hantar anak kat sini. In fact pengasas TLC tu yang baik dan friendly tu kawan my mom sendiri yang dah berkurun lamanya. Dibuatnya anak-anak TLC pun ramai yang berjaya masuk SRAI pernah menyebabkan I nak find out about this school. Cumanya I macam tak berapa nak faham kenapa I bertemu dengan ramai parents yang pernah hantar kat TLC dan cari tadika baru. Dan paling tak paham bila tertemu (repeat TERtemu yea) ex-cikgu TLC sendiri bertukar tadika. Aikkk…macam tu pulak. Lain parents lain pengalaman kot. I tak tahu apa yang tak kena but tengok website TLC macam menarik je. Cuma takde fees structure kat website tu…sob sob… But you can read about the fees kat SINI.

3. Dzul-Iman

Salah satu tadika yang dekat dengan rumah kami. Tapi tak berkesempatan nak find out. Cuma pernah tengok the little kids baca surah yasin beramai-ramai kat ekspo di SACC suatu hari dulu. So rasa tertarik menariklah jugak. I tak sempat nak find out lebih pasal tempat ni. But when i googled about the DzulIman, I suka silibus sekolah tu sebab all aspects termasuk hafazan, iqra, bahasa arab masuk sekali (memang I aim nak polish bab ni dulu). And if you want to have some ideas about the fees, boleh la cek kat SINI. If tak silap, sekolah ni jugak ada provide day care. Wallahualam.

4. Tadika Tinta Emas

Tadika ni dekat juga dekat jugak dengan rumah kami. Kami dapat reviews from parents yang kami kenal yang mereka tersangatlah berpuas hati dengan sistem Tadika Tinta Emas. They said that the principal is very nice and they are using Singapore punya syllabus. In fact ramai parents bersyukur sangat sebab anak mereka yang tak pandai baca (kes-kes kritikal sebelum masuk darjah 1) boleh membaca after 2 months. Unfortunately for us, masa first time datang nak survey, kami terjumpa guru baru yang ‘malas’ nak layan kami. Since then I tak pernah nak find out lagi. But I still dapat positive remarks from parents about the school. Haishhh….kalau ikut dekat dengan rumah, memang hantar sini je senang.

Alass….banyakkan tadika yang I review. Please don’t get me wrong. Ada reason I survey tadika-tadika tu. Tapi I tak mahulah cerita kat sini. Nanti jadi mengumpat. Berdosa tau! So sebagai parents, kita nak lah yang terbaik walaupun tak semua tadika tu perfect. In fact kita pun tak perfect aper. Just hoping pisang tak berbuah dua kali…cewahhh. Anyway, if you think tadika-tadika yang I mention kat atas tu costly, I would say Prasekolah dan Tadika Kemas would be my next choice. Seriously! Jangan terkejut I pernah hantar anak I kat prasekolah and I puas hati sangat-sangat. Prasekolah punya education is FREE. Cuma kena bayar uniform dan buku sahaja. Anak I yang tak pandai baca boleh baca simple words after few months masuk situ. Cuma prasekolah tak cakap omputeh dan kurang penekanan on Islamic aspects jer lah. Nak buat macamana, kementerian yang tetapkan macam tu…huhuu….

 

All in all, dalam apa-apa pun pemilihan tadika terutamanya tadika swasta, nasihat I cuma pastikan you betul-betul faham polisi sekolah tu. Antara benda yang you kena find out dan jarang sekali disebut:

1. Waktu persekolahan dan charge overtime jika terambil lewat. Ada yang charge RM6-RM10 per jam.

2. Yuran persekolahan: Januari sehingga November atau Disember. Ada sekolah yang charge untuk Disember walaupun ketika itu cuti sekolah ye.

3. Silibus yang diajar: Ada perbezaan jika anak dihantar half day atau full day.

4. Other fees: Ada yuran yang include segala program termasuk trip, hari sukan, hari persembahan etc. Ada yuran yang buat seperate fees dan jadikan other programs tu sebagai optional.

5. Silalah cuba interview 1-2 cikgu yang mengajar di situ. Dari situ you boleh tahu samada ada keharmonian atau tidak di tadika tersebut.

 

Okeh, I hope this information helps. Tepuk dada, tanya iman. Pilihlah tadika mengikut instinct anda dan bukan sebab orang lain termasuk I hehe. Lepas ni I nak survey untuk pemilihan sekolah rendah pula. Kena bersedia untuk darjah 1! Hehe peace!

 

Nota kaki: Harga yuran mungkin berbeza dari segi lokasi dan tahun.

9 thoughts on “Yuran Tadika di Shah Alam

  1. Assalamualaikum dear, so whch kindy u applied your kid to? Im looking for another kindy bcoz the one my kid attending the teacher is rude to the kid even the school states ‘islamic’. What a disappointment! Kasar bhs dgn bdk, marah bdk xtaw nama, how can a kindy teacher behaves like that? It’s not cheap either! So now im looking for a better kindy.

    1. hilda, which kindy are u referring to? maybe u can email me personally (maybe we have the same problem in the same kindy)

  2. Akum.. nk tanya kah first time nk survey sek utk anak.. klau kita interview cikgu2 kat sekolah 2 nak tnya ape yer… dan mcm nak tahu layanan cikgu 2 kat anak2 kita mesra ke tak..

    1. Wslm. Ada beberapa cara boleh digunakan:

      1. Interview management sekolah mengenai sistem persekolahan tersebut. Tanya juga apakah perkara lain yang ibu bapa perlu alert jika mahu hantar ke sekolah tersebut.
      2. Borak-borak dengan cikgu di sekolah tersebut. Soalan saya simple je lepas borak-borak tu: “Cikgu happy tak kat sini?”. Dari situ boleh agak macamana layanan management sekolah terhadap cikgu-cikgu dan pengalaman mereka mengajar di sekolah tersebut.
      3. Tanya parents yang pernah hantar anak ke sekolah tersebut. Kalau boleh biar 2-3 parents supaya dapat gambaran yang jelas mengenai pengalaman mereka menghantar anak ke sekolah tersebut.

      Ini cuma cadangan saya. Ada masanya naluri kita boleh bagitahu samada anak kita akan selesa atau tidak dengan sekolah yang kita survey tu. Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *