Knowledge Sharing

3 Cara Menjana Pendapatan Pasif Tanpa Menjual Produk

Saya sudah lama nak kongsikan sesuatu yang agak peribadi. Perkara ini sudah lama saya bincangkan bersama suami kerana saya rasa dialah orang yang terbaik untuk menerangkan cara menjana pendapatan pasif lebih-lebih lagi bagi mereka yang introvert macam kami.

Mungkin sudah tiba masanya kami terangkan serba sedikit 3 cara menjana pendapatan pasif di mana anda tak perlu buat hard selling jika anda lebih suka berada di belakang tabir sambil meneliti progress hasil kerja anda.

Nota: Kami bukan peniaga. Maka apa yang kami kongsikan adalah pengalaman bagaimana kami menjana pendapatan pasif atau sampingan sebagai savings atau extra duit belanja.

Jana Pendapatan Online melalui Affiliate

GUNAKAN PLATFORM SOSIAL MEDIA ANDA UNTUK MENJANA PENDAPATAN PASIF.


Anda ada akaun Facebook / Whatsapp / Twitter / Blog / Instagram?
Anda selalu melayari sosial media?

Jadikan platform sosial media anda sebagai salah satu medium menjana pendapatan pasif atau sampingan.

Apa yang anda perlu lakukan:

  • Anda hanya perlu konsisten melakukan perkongsian di sosial media. Semakin anda konsisten, semakin ramai akan build trust, semakin bertambah pendapatan sampingan anda.
  • Semua bahan perkongsian disediakan oleh Saiful Nang Academy.
  • Yang paling best, tiada yuran komitmen!

Siapakah Saiful Nang Academy?

Saiful Nang Academy Sdn Bhd telah bertapak sejak tahun 2007, sebagai unit latihan dibawah sebuah syarikat media kreatif yang berjaya iaitu Colours of Asia Sdn Bhd.
Akademi ini menawarkan latihan dan kursus pendek dalam bidang fotografi, videografi, perniagaan, pemasaran media sosial untuk pelbagai agensi swasta, persendirian dan juga badan kerajaan.

snap.my


Hanya daftar di https://www.troopers.snap.my/ dan mulakan perkongsian anda di media sosial mulai hari ini.

Nampak benar macam mengiklan kan?

3 Cara Menjana Pendapatan Pasif Tanpa Menjual Produk Dengan Saiful Nang Academy

Sekarang saya kongsikan macamana saya lakukannya.

Saya join kelas Smartphone Photography dan Smartphone Editing Photography yang dianjurkan oleh Saiful Nang Academy sekitar Oktober/November 2020. Ketika itu PKP/PKPB/PKPP (ntah saya pun tak ingat) dan saya fikir saya perlu tambahkan skill daripada mereput di rumah. Ketika orang lain sibuk dengan ‘masak apa tak jadi hari ini’, saya memilih untuk melakukan sesuatu biar sampai menjadi.

Masa tu belum lagi wujud sistem affiliate dari Saiful Nang Academy. Ini bermakna ketika saya belajar sesuatu dari kelas tersebut, skill itu saya guna pakai untuk membuat perkara lain. Ketika itu lebih kepada therapy diri dan update gambar di instagram.

Sehinggalah Saiful Nang Academy mewujudkan sistem affiliate di mana kami para pelajar boleh kongsikan pengalaman menyertai kelas tersebut untuk diwar-warkan kepada orang lain. Jika ada yang berminat untuk mendaftar, kami akan diberi komisen lebih kurang 10% dari hasil setiap pembelian dari orang awam.

Apakah sistem affiliate?

Alamak bab ini saya lemah sikit nak terangkan tapi saya cuba ya.

Sistem ini lebih kurang macam dropship tapi kita tak perlu simpan barang atau bayar yuran komitmen. Basically anda seperti orang tengah yang hanya perlukan kongsikan maklumat mengenai apa servis yang Saiful Nang Academy tawarkan. Anda tak perlu pening-pening berurusan dengan potential customer sebab semua mereka akan uruskan.

Dalam erti kata lain, anda hanya perlu mengiklan sahaja. Yang lain serahkan pada website Saiful Nang Academy itu sendiri. Semua ini dilakukan di internet. Ya, saya ulangi, INTERNET.

Saya tak suka guna perkataan iklan. Malah saya sendiri akan skrol laju-laju atau buat tak nampak sahaja sebarang post yang seakan-akan iklan. Sebab itu saya banyak menggunakan perkataan ‘kongsi manfaat’. Jika ia baik untuk saya, Insya Allah ia baik untuk anda. Malahan dapat memberi kebaikan kepada mereka yang lain.

Orang yang nak buat side income tapi tak suka expose diri sangat sesuai buat affiliate. Anda tidak perlu tonjolkan diri dan seperti bisnes-bisnes yang lain. Cukup sekadar kongsikan ayat-ayat santai sambil selitkan referral link anda.

Selebihnya mereka akan jejak rekod jualan, rekod komisen, rekod klik melalui ID unik anda yang telah didaftarkan.

Macamana nak dapatkan komisen tersebut?

Apabila anda mendaftar sebagai affiliater atau nama barunya SNAP TROOPERS untuk memulakan perkongsian, anda akan diberikan link khas yang didaftarkan untuk anda. Link ini dinamakan referral link.

Referral link ini anda gunakan untuk mempromosi yang Saiful Nang Academy anjurkan. Mungkin anda tidak perasan yang sebenarnya saya sedang menggunakan 2 jenis referral link saya dalam artikel ini.

KLIK Referral link PERTAMA – ini digunakan untuk mengajak anda bersama-sama menjana pendapatan sampingan atau pasif seperti saya.

KLIK Referral link KEDUA – ini digunakan untuk saya mempromosikan kelas tanpa hard selling

Kedua-dua link tersebut saya sorokkan untuk supaya tidak nampak sangat sedang promosi dan menjual. Saya suka ia kelihatan santai. Yang bestnya link tersebut akan tersimpan di dalam cookies dalam gadget pembaca dan boleh diguna pakai apabila seseorang bersedia untuk mendaftar dengan Saiful Nang Academy.

Jika ada di antara anda yang berminat dengan kelas-kelas yang dianjurkan oleh Saiful Nang Academy dan melakukan pendaftaran melalui link yang saya kongsikan, secara automatiknya saya akan dapat komisen sebanyak 10% dari setiap pembelian.

Best kan? Dalam sedar tak sedar tiba-tiba dapat notification di telefon ada komisen dah masuk.

So macamana saya kongsikan referral link?

Cara Menjana Pendapatan Pasif Tanpa Menjual Produk dengan Saiful Nang Academy: KAEDAH SATU

Saya tidak aktif di Facebook malah sudah lama deactivate facebook. Ntah kenapa saya kurang berminat untuk berada di platform tersebut. Tak kuasa nak bersihkan wall dan pilih friends yang banyak memberi manfaat. Terasa betul masa seperti di curi nak semak teliti satu demi satu. So saya tutup facebook terus walaupun ada yang sudah berpesan supaya jadikan media sosial sebagai medium kita berkongsi perkara-perkara yang baik atau menjana pendapatan.

Cuma suami ada tolong kongsikan artikel mengenai kelas tersebut di akaun facebooknya. Tak sangka ada juga yang berminat.

Cara Menjana Pendapatan Pasif Tanpa Menjual Produk dengan Saiful Nang Academy: KAEDAH DUA

So apa yang saya buat hanya dengan berkongsi maklumat mengenai kelas-kelas Saiful Nang Academy di whatsapp dan kemudiannya saya meletakkan referral link. Di Instagram pula, kawan-kawan saya limitkan untuk mereka yang rapat sahaja (nampak sangat introvertnya kan). So mencabar sikit nak kongsikan kepada orang ramai. Alhamdulillah ada juga yang berminat untuk mendaftar apabila melihat hasil gambar semakin cantik.

Di whatsapp pula, saya hanya kongsikan kepada jiran-jiran kerana kami mempunyai tiga group khusus iaitu (i) kepada residents untuk berborak atau berkongsi idea, (ii) group bazaar untuk jual-menjual dan (iii) group official untuk berkongsi maklumat berkaitan dengan kejiranan tetangga. Maka takde masalah kepada kami untuk berkongsi apa yang kami lakukan.

Cara Menjana Pendapatan Pasif Tanpa Menjual Produk dengan Saiful Nang Academy: KAEDAH KETIGA

Saya juga menggunakan platform website supplementmama.com untuk berkongsi mengenai kelas-kelas yang telah saya ikuti. Diam tak diam ada juga yag berminat dan telah pun mendaftar kelas-kelas yang dianjurkan oleh Saiful Nang Academy.

Maka hasil perkongsian saya di semua platform yang dinyatakan adalah seperti di bawah:

Lihat sendiri bahawa ‘sales’ saya kebanyakannya dari whatsapp, diikuti oleh website supplementmama.com dan selebihnya dari Instagram dan Facebook suami. Semua itu adalah pasif income di mana saya jarang sekali melakukan perkongsian tetapi lebih kepada cookies atau history referral link yang orang ramai telah klik dan membaca.

Apakah strategi yang saya gunakan?

Secara jujurnya saya jarang melakukan perkongsian. Nak elak daripada kelihatan seperti spam atau hard selling. Sekali sekali bila saya free dan rasa nak promote kelas-kelas terkini, saya akan kongsikan di dalam whatsapp.

Saya juga perhatikan keadaan musim.

Bila cuti sekolah, saya kongsikan mengenai Kelas Komik. Bila jiran-jiran rindukan lambaian kaabah, saya kongsikan mengenai Buku Travelog Haji. Bila jiran-jiran bercakap mengenai bisnes dari rumah, saya kongsikan mengenai Smartphone Food Photography atau apa-apa yang berkaitan dengan bisnes.

Komisen jual buku paling best sekali. Buku berharga RM30 tapi komisen RM8. Dapat komisen hampir 27%!

Majoriti saya kongsikan di whatsapp.

Selain itu seperti yang telah saya katakan, saya juga menggunakan platform website supplementmama.com untuk berkongsi sedikit pengalaman yang saya belajar dari kelas-kelas yang pernah saya sertai. Maka 32% hasil perkongsian dan komisen saya adalah dari website ini seperti dalam gambar di atas.

Lihat peratus hasil saya di Facebook dan juga Instagram, seperti saya katakan, saya kurang aktif di sosial media malah tidak mempunya ramai kawan kerana account saya adalah private; terhad kepada family & friends. Sebab itu hasil jualan 5% dari situ.

Saya yakin ramai yang aktif di sosial media. Gunakan platform yang anda ada untuk berkongsi kebaikan yang memberi manfaat kepada orang lain. Insya Allah, bila kita ikhlas berkongsi, adalah hasilnya tu nanti. Saya yakin anda mampu mendapat komisen yang berlipat kali ganda dari saya jika anda seorang yang konsisten dan suka kepada marketing.

Ok jom tengok hasil pendapatan dari perkongsian yang saya buat sekali sekala di whatsapp dan juga dari website ini

Nampak tak? Dari setiap perkongsian dan hasil jualan, saya akan dapat komisen sebanyak 10%. Sebab itu saya namakan sebagai pendapatan pasif.

Cuba anda bayangkan orang yang tak berapa rajin di sosial media macam saya pun boleh dapat hasil sebegini; inikan pula anda yang sukakan side income yang berlipat kali ganda. Masya Allah! Pastinya income anda akan berlipat kali ganda!

Saya sangat galakkan mereka yang memerlukan pendapatan sampingan untuk sama-sama berkongsi mengenai kelas-kelas yang diadakan oleh Saiful Nang Academy. Anda tak perlu bayang apa-apa pun. Malah anda boleh menyertai kelas mereka dengan 10% diskaun apabila telah mendaftar sebagai affiliate mereka.

Eh Tak Sabar Nak Join!

Saya sarankan anda daftar dahulu sebagai SNAP TROOPERS, kemudian join mana-mana kelas yang anda berminat supaya anda boleh melihat sendiri banyak perkara yang anda boleh pelajari dari Saiful Nang Academy.

Saya tak tahu bila kali terakhir saya lakukan perkongsian mengenai kelas-kelas mereka. Sedar-sedar ada komisen masuk. Alhamdulillah. Rasa macam dapat duit raya lebih-lebih lagi baru 3 Syawal 1442 ketika artikel ini ditulis.

Ini hanya yang saya lakukan sebagai pendapatan sampingan. Saya yakin jika anda kongsi secara konsisten, tidak mustahil hasilnya akan berlipat kali ganda.

Tunggu apa lagi? Lakukan 2 perkara berikut:

  1. Daftar sebagai SNAP TROOPERS secara di https://www.troopers.snap.my/
  2. Kemudian promosikan referral link kelas-kelas atau buku-buku yang terdapat di https://www.snap.my/

Cubalah sendiri. Anda pasti teruja!

Mudah kan nak menjual tanpa perlu menjual? Kongsi kan sahaja!

Insya Allah di artikel akan datang, nanti saya akan kongsikan bagaimana untuk melipat kali gandakan hasil pendapatan pasif anda dengan menjadi SNAP TROOPERS khas untuk mereka yang ingin lebih serius menjana pendapatan pasif dengan Saiful Nang Academy.

Jumpa lagi!

0 Shares

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai