Knowledge Sharing

5 Kemahiran “High Demand” Yang Boleh Anda Belajar Secara Online

Harini saya nak kongsikan 5 kemahiran yang HIGH DEMAND yang anda boleh belajar secara online dan boleh jana pendapatan ribuan ringgit!

yellow sticky note on macbook air
Photo by Darlene Alderson on Pexels.com

Tapi jangan anggap ini satu jaminan, berapa jumlah pendapatan yang anda boleh jana sangat bergantung pada usaha anda juga.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar harini, saya pasti ramai yang terkesan. Contohnya diberhentikan kerja, dicutikan tanpa gaji dan sebagainya.

Tapi apa yang perlu kita buat? Kita kena upgrade skill-set masing-masing untuk pastikan kita juga mampu untuk survive pada perubahan dunia sekarang ni.

Golongan usahawan juga sangat terkesan dengan keadaan sekarang, kedai fizikal tak boleh buka. Kalau boleh buka pun tak ramai pelanggan yang datang.

Sebab itulah kalau anda perasan di mana kebanyakan pemilik perniagaan sudah mula memasarkan produk jualan mereka secara atas talian. Betul?

Jadi, apa kaitannya dengan 5 kemahiran yang saya nak kongsikan ini? Ok, setiap permasalahan yang timbul kita perlu lihat apakah peluang dan ruang untuk kita selesaikan permasalahan golongan usahawan sekarang. Dalam konteks perniagaan secara atas talian ini, kita boleh tawarkan servis-servis tertentu yang sangat diperlukan oleh para peniaga online.

Apa yang akan saya kongsikan ini adalah senarai servis yang mendapat permintaan tinggi ketika ini, anda cuma perlu laungkan masa sehari/dua untuk belajar ilmu kemahiran ini sebelum menawarkan servis anda pada golongan sasaran yang saya nyatakan tadi.

Di mana nak belajar? Nanti saya kongsikan juga di akhir artikel.

Jom kita lihat senarai 5 kemahiran HIGH DEMAND yang kita boleh belajar secara ONLINE:

1. Menulis Copywriting Di Facebook

Tahukah anda, menulis copywriting di Facebook ni perlukan kemahiran yang tersendiri. Kita selalu tengok banyak ads yang muncul dekat wall Facebook kita kan? Itu semua kategori copywriting. Yang bestnya, kita semua boleh belajar ilmu copywriting ini secara online je! Susah ke? Tak susah.

Untuk pengetahuan anda semua, harga pasaran ketika ini untuk 1 penulisan copywriting bernilai RM150/copywriting. Sekiranya anda dah mahir dengan ilmu copywriting ini, langkah kedua adalah dengan approach bisnes owner, founder dan para usahawan atas talian di Malaysia ni.

Jika dalam masa sebulan anda dapat yakinkan 20 usahawan online untuk buat copywriting produk mereka, maka 20 x RM100 = RM2,000 sebulan. Ini adalah contoh yer.

Pada peringkat awal mungkin kita akan struggle sikit untuk dapatkan job copywriting ni, tapi tidak mengapa. Cuba dapatkan 1 atau 2 klient dulu untuk permulaan, fokus dan buat yang terbaik.

Bila dah cukup pengalaman dan ayat copywriting kita dah power dan ada testimoni yang positif dari klient kita, then kita boleh cas RM150-RM200 per copywriting.

2. Servis Content Writing

Jadi apa beza copywriting dan content writing? Copywriting lebih kepada penulisan menjual. Content ni lebih kepada posting-posting yang anda nampak di media sosial tu. Orang share tips lah, buat content lawak, games, fun facts dan sebagainya. Itu semua dibawah kategori content writing.

Harga pasaran untuk 1x content ni dalam RM15 – RM20 / content. Selalunya anda boleh offer kepada founder untuk produce content ini untuk brand mereka.

Untuk permulaan, cuba approach satu produk/usahawan online , buat tawaran 30 content untuk dengan harga RM10/content . Bila dah berjaya dengan klient yang pertama, boleh teruskan dengan yang kedua dan seterusnya. Perlahan-lahan bina portfolio anda sendiri mengikut kemampuan anda.

Susah ke nak buat content ni? Tak susah! Serius. Semua orang boleh buat walau anda seorang akauntan sekalipun. Kalau anda ada latarbelakang akaunting, boleh approach konsultan yang berkait dengan akaunting. Beritahu mereka yang anda boleh hasilkan content untuk jenama mereka di media sosial, jual RM10/content.

Kalau anda minat pasal motosikal? Boleh buat content tentang motosikal dan jual pada bisnes bengkel-bengkel motor yang ada di Malaysia ni. Macam mana nak cari? Buat carian di Facebook, ada banyak! Kena rajin sikit jer.

3. Penghasilan Gambar Produk Menggunakan SmartPhone

Anak-anak muda sekarang semua pakai iphone kan? Tahu tak, anda boleh buat duit menggunakan smartphone tu je. Sebagai contoh, anda kenal seorang founder produk jual kurma, ataupun anda boleh buat carian di Facebook tentang apa-apa produk.

Langkah seterusnya, ambil beberapa keping gambar kurma atau apa-apa produk yang cantik gunakan smartphone tu dan jual pada founder tersebut.

Mana nak dapat idea gambar yang cantik? Pinterest adalah salah satu platform perkongsian yang sangat berguna untuk kita dapatkan idea. TIRU SAHAJA (untuk permulaan ni). Lama-lama bila dah ada kepakaran dalam ambil gambar, cubalah buat idea-idea menarik sendiri dan charge dengan harga yang lebih tinggi.

4. Rekaan Grafik

Rekaan grafik juga antara yang mendapat permintaan tinggi dalam industri pemasaran atas talian. Saya andaikan anda dah pakar dalam buat content, jadi sekarang anda boleh offer client anda dengan servis buat rekaa grafik sekali. Susah ke buat grafik ni?

Tak susah, cuma kena ada kreativiti sikit. Dalam hal ini, canva.com boleh membantu anda dalam membuat rekaan grafik yang nampak profesional. Apa yang istimewanya canva.com ni, di dalam website itu telah tersedia bermacam-macam template yang kita boleh pilih. Apa yang anda perlu buat hanya tukar wording dan gambar yang bersesuaian sahaja.

Sepertia biasa lah, template dan gambar dalam canva.com ni ada yang berbayar dan percuma. Tapi bagi saya yang percuma pun sudah sangat mencukupi.

5) Facebook & IG Ads

Ini skillset yang paling mahal hari ini. Belum ada universiti yang ajar buat FB ads dan IG ads, setahu saya lah. Tapi kemahiran ini anda boleh belajar dalam sehari dua sahaja secara online. Kalau anda boleh mahirkan diri dalam FB dan Insta Ads ini, anda boleh jadikan ianya sebagai sumber menjana pendapatan secara part time mahupun sepenuh masa.

Harga pasaran untuk servis FB dan Insta Ads ini adalah antara RM1000 ke RM1500 sebulan, mungkin juga lebih mahal. Harga ini adalah untuk 1 brand sahaja, jika anda dapat dua atau tiga klient maka lebih la pendapatan anda. Susah ke nak belajar FB dan Insta Ads ini? Senang juga. Ramai cikgu-cikgu FB ads yang boleh ajar semua ilmu FB Ads ini secara online.

Kebanyakan kelas online yang ajar kemahiran-kemahiran pemasaran online ini adalah berbayar. Saya percaya ada kelas percuma, iaitu di Youtube. Tetapi saya yakin, apabila kita bayar untuk dapatkan sesuatu ilmu, nescaya kita akan lebih fokus dan bersungguh-sungguh untuk belajar, sebab kita dah bayar.

Nak Belajar Semua Skill-Set Ni?

Anda boleh belajar semua kemahiran ini daripada sebuah digital kreatif agensi iaitu Tams+ atau juga dari Saiful Nang Academy. Kedua-dua kelas online ini ada kelebihan masing-masing dan kedua-duanya telah saya sertai secara personal.

Bagi Newbie, saya sarankan untuk sertai kelas Tams+ kerana harganya yang sangat mampu milik. Tams+ menawarkan kelas yang merangkumi 5 skill-set ni dengan harga RM67 sahaja!. Ada 5 Modul di dalamnya iaitu:

  1. Modul Penulisan Copywriting
  2. Modul Pencarian Idea Konten
  3. Modul Rekaan Grafik Mobile
  4. Modul Penghasilan Gambar Iklan
  5. Modul Pelaksanaan Social Media Ads

Anda boleh tonton semua modul video kelas pengajaran ini berulang kali di website Tams+ setelah menjadi ahli.

Ini lah masa terbaik untuk rebut peluang untuk jana pendapatan melalui perubahan dunia online pada harini. Saya percaya apabila anda telah mahir salah satu daripada 5 jenis kemahiran di atas ni, anda dah boleh jana duit sendiri!

Saya sangat menggalakkan anak-anak muda terutamanya lepasan universiti supaya dapat belajar skillset ni. Tak kira lah apa sekalipun latarbelakang akademik anda, tambahan ilmu dibawah boleh buat korang jual skills ni sehingga ribuan ringgit!

Ini adalah skill yang mendapat permintaan tinggi ketika ini dan Insya Allah selepas pasca-Covid19 nanti.

Kongsikan artikel ini pada rakan-rakan anda yang mungkin sedang memikirkan cara nak jana pendapatan sampingan ketika ini.

0 Shares

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai