
Pernah tak lalui pengalaman di mana kita fikirkan sesuatu, tiba-tiba benda tu terjadi? Pernah tak lalui pengalaman kita nakkan sesuatu, tiba-tiba benda tu muncul tanpa kita sedari? Pernah tak rasai pengalaman magic dan tertanya adakah ia suatu kebetulan?
Yang pasti, mesti kita jawab “Alhamdulillah, rezeki!”
Jom ikuti pengalaman peribadi saya.
Pada suatu malam, saya rasa nak makan tosei tisu. Saya seakan terbayang-bayang makan tosei tisu untuk breakfast. Dalam hati dan imaginasi, saya rasa seronok bila dapat makan tosei tisu. Boleh terbayang tosei tisu bersama kuah kari, dal dan chutny. Minda saya pun berkata “bestnya dapat makan tu!”.
Keesokan pagi, suami keluar beli sarapan. Tidak seperti hari lain, suami saya tak tanya apa nak breakfast hari tersebut. Dia sudah faham saya tak makan nasi lemak atau nasi goreng di pagi hari. Bila balik, dia belikan saya ROTI TISU! Wahh!
“You’ve read my mind!” kata saya kepada suami.
Walaupun bukan tosei tisu, dapat roti tisu pun cukup menggembirakan. Kedua-duanya nipis dan crunchy.
Pernah tak alami keadaan macam tu?
Pengalamana Magic: Doa, Kebetulan atau Suratan?
Saya suka menganggap apa yang berlaku sebagai magic. Walaupun sudah tertulis perkara itu akan berlaku di Luh Mahfuz, bagi kita yang melalui, ia seperti satu magic di mana perkara yang kita fikirkan seakan-akan terjadi.
Mari saya kongsikan pengalaman magic yang pernah saya lalui. Semua ini dengan keizinan Allah SWT dan tiada kaitan dengan perkara khurafat.
Pengalaman Magic 1: Cek
Sekitar tahun 2011-2013, ada seorang kawan saya bagi cek kosong. Bukan cek betul tapi cek yang digunakan untuk saya bayangkan berapa nilai yang saya mahu. Masa tu saya layankan sahaja kawan saya tu. Bagi saya hidupnya magic sebab apa sahaja yang dia impiankan hampir semua dia dapat.

Nilai yang saya tulis tu tak perlu saya sebut. Boleh dikatakan berangka-angka juga tapi logic. Saya tampal sahaja di dinding dan tak pernah fikirkan mengenainya. Hari-hari saya nampak cek tersebut dan sekali sekala terdetik “bestnya dapat nilai sebanyak itu”.
Setelah beberapa tahun berlalu, saya tak pernah fikirkan mengenai cek tersebut. Cuma secara tidak sedar, sebenarnya saya dah dapat nilai yang saya pernah tulis. Saya merimanya dalam keadaan tidak dijangka. Baru sekarang saya perasan. Magic!
Pengalaman Magic 2: Beli Emas
Saya pernah berniat untuk beli emas sebagai simpanan dan pelaburan masa depan. Belum mampu beli banyak, beli sikit-sikit. Cuma harga emas kebelakangan ini semakin naik dan jarang sekali turun. Dengan keadaan yang tidak menentu, saya rasa mustahil harga emas akan turun melainkan kerana ia dipengaruhi pasaran semasa.
Apa saya buat?
Saya lakukan sedekah subuh dan berdoa pada Allah dalam keadaan yang sangat malu (sebab minta benda duniawi) dan minta harga emas tersebut tu turun sebentar. Kemudian saya lupa apa yang saya doakan dan jalani hidup seperti biasa.
Tiba-tiba satu hari suami saya cakap harga emas turun. Agak banyak juga penurunan harganya. Terkejut saya dan terus sujud syukur. Saya terus lakukan pembelian pada hari tersebut . Semenjak hari itu, harga emas ada turun dan naiknya tetapi tidak pernah turun mencecah harga ketika saya beli. Magic apakah ini?
Pengalaman Magic 3: Aircond
Semua sedia maklum semenjak covid19 melanda dunia, kita susah nak berjemaah di masjid atau surau. Ketika saya menulis artikel ini pun kita sedang berada dalam keadaan lockdown.
Pada bulan Ramadhan yang lalu, kita dibenarkan untuk solat tarawikh berjemaah mengikut SOP. Di surau tempat saya tinggal, terdapat 2 bahagian untuk jemaah wanita solat. Satu bahagian ada aircond, dan satu lagi di ruang ada kipas.
Walaupun dipesan untuk hadir 10 minit awal, saya tak dapat hadir waktu yang dinyatakan. Kalau lambat, maknanya kena solat di ruang ada kipaslah , kan?
Ada sekali tu saya datang ketika azan. Dah tahu lambat tapi saya cuba bayangkan saya dapat solat di ruang ada aircond. Sambil tu terdetik untuk berkata “best juga dapat solat ruang aircond'”
Allah, ketika saya sampai, memang ada satu lagi ruang kosong di tempat sejuk ada aircond walaupun jemaah dah ramai hadir. Seronok sangat. Terus saya masuk dan solat di ruang kosong tersebut. Memang rezeki sangat-sangat. Magic, kan?
Pengalaman Magic 4: Sejadah
Beberapa tahun dahulu, di rumah saya cuma ada 3 sejadah sahaja. Saya banyak kali terbayang betapa seronoknya bila ada sejadah lebih. Bolehlah letak di semua bilik. Tak perlu dah angkut ke sana-sini bila nak solat di tempat tertentu. Lagipun kalau ada tetamu yang datang, tak perlulah kami berkongsi sejadah. Saya pula tak berapa selesa sesiapa sujud di bahagian kaki sejadah tempat kita pijak.
Kebetulan dalam waktu yang sama, ada kawan-kawan nak menunaikan umrah. Saya siap kirim pada seorang kawan minta tolong belikan sejadah dari Mekah atau Madinah.
Nak dijadikan cerita, bila kawan-kawan balik dari umrah, bukan 1 sejadah tapi 4 sejadah yang kawan-kawan hadiahkan. Masya Allah! Terkejut saya. Pada kawan yang saya kirim tu, dia terus hadiahkan dan tidak mahu saya bayar. Kebetulan dalam masa yang sama suami pun dapat sejadah dari rakan-rakannya. Memang banyak sejadah yang kami dapat.
Saya cuma bayangkan sejadah dalam setiap bilik dan Allah bagi lebih dari apa yang saya minta! Magic! Allahuakbar
Pengalaman Magic: Nasi Ambeng
Satu hari, ketika saya sedang membuat kerja, saya rasa occupied (sibuk) kerana nak fokus siapkan kerja. Masa tu rasa tak sempat nak masak. Kepala pula sedikit bingung sebab perlu mencari idea untuk menulis (walhal idea perlu dijemput; bukan dicari. Boleh rujuk Pengalaman Menyertai PMC Plus 6 Prof Muhaya)
Masa tengah buat kerja tu, saya terbayang ada makanan di hantar ke rumah. Hampir saja saya order dari food panda tapi terlupa. Kemudian saya cari coklat dalam peti sejuk untuk terapi sakit kepala membuat kerja tapi stok coklat pula habis.
Tiba-tiba……”Assalamulaikum!”. Saya dengar suara seorang perempuan memberi salam dari luar rumah.
“I bawa Nasi Ambeng ni. Ada orang kirim. Dia suruh bagi you.”
Ya Allah! Boleh gambarkan tak perasaan kami macamana? Suami saya kebetulan di dapur hampir nak masak (ye suami saya sweet [pandangan saya terhadap suami berubah setelah belajar bagaimana melihat sesuatu dari mata hati walapun dulu saya geram sangat dengan perangai dia dan kesilapannya berpunca dari bagaimana kita gagal melihat sesuatu perkara dari sudut lain] haaaa hambiik membebel kat diri sendiri haha). Terus suami kata “yeayy tak payah masak!” hahahaha
Magic! Allah kirimkan makanan melalui kawan. Siap dengan biskut coklat! Seronoknya Masya Allah tidak terkata.
Cukuplah dengan 5 cerita ini. Nampak tak nilai magic yang telah saya lalui? Rasa-rasanya seronok tak dapat lalui pengalaman magic macam ini?
Macam saya nyatakan awal, adakah pengalaman magic ini suatu kebetulan atau suratan?
Ini pandangan peribadi saya.
Sebenarnya magic itu adalah istilah yang saya gunakan secara suka-suka. Bagi mereka yang sukakan rasa kejutan dalam kehidupan, mereka akan gunakan perkataan magic. Perasaaanya magical feeling ni membuatkan kita rasa seronok dan sentiasa cukup dengan apa yang kita ada. Jika kita hayati betul-betul erti magic dalam konteks Islam, ia seperti satu doa yang dimakbulkan.
Pernah dengar tak hadis ini?
Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Pernah tak dengar orang kata berhati-hati dengan sangkaan? Mat saleh kata ‘watch your thoughts’. Ini kerana apa yang kita fikir dan sangka boleh jadi doa.
Ia ibarat seperti mendoakan sesuatu di dalam keadaan tidak sedar dan merasai seperti apa yang kita fikirkan tu terjadi.
Maksudnya begini. Dalam apa yang telah saya lalui, semua yang saya bayangkan belum saya dapat. Tetapi saya telah pun rasa seronok dengan apa yang saya dapat walaupun ianya cuma imaginasi dalam fikiran. Orang putih kata ABUNDANCE – merasa berlimpah-limpah dengan sesuatu. Sentiasa rasa lebih dari cukup dengan apa yang dirasa.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
SURAH IBRAHIM, 7
Nampak tak potongan ayat quran di dalam surah Ibrahim? Inilah maksud abundance. Ia satu perasaaan bilamana kita rasa syukur pada sesuatu nikmat walaupun ia sekadar imaginasi. Allah sendiri pun kata Dia akan tambah nikmat bila kita zahirkan rasa bersyukur.
Cuba kita tukar cerita di atas. Katakanlah saya memilih untuk rasa stress ketika membuat kerja. Nak siapkan kerja lagi. Nak masak lagi. Nak kemas rumah lagi. Tak ke stress namanya tu? Lepas tu saya merungut dalam hati, rasa serabut, rasa nak marah. Wah! Itu dah kufur nikmat namanya. Saya dah merungut!
Walhal apa yang kita boleh ubah cara kita melihat sesuatu adalah dengan merasa seronok dengan banyak benda yang kita perlu uruskan. Contohnya:
Alhamdulillah saya ada kerja.
Alhamdulillah saya ada rumah.
Alhamdulillah saya ada keluarga.
Nampak tak? Nampak tak?
Kemudian dengan merasai nikmat yang kita telah ada, kita tambahkan lagi rasa keseronokan yang melimpah-limpah dengan merasai apa yang kita belum ada lagi ketika itu. Dan dialog magic yang saya gunakan dalam minda ialah dengan merasai “seronoknya dapat…..” “bestnya dapat…..”. Contoh macam mula-mula saya kongsikan, “bestnya dapat makan tosei tisu!” Itulah doa yang kita tidak sedar. In fact, dalam quran banyak kali Allah dah ulang:
“Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka yang apa yang mereka nyatakan.”
surah al-qasas, 69. surah an-naml, 74
So berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan. Jangan terkejut bila ia menjadi realiti tanpa disangka-sangaka.
Maka fikirkan perkara yang baik-baik sahaja, Cepat-cepat delete apa-apa fikiran negatif yang terdetik di kepala. Delete. Delete. Delete.
Apa yang kita dapat bila overthinking? Rasa risau dan takut berpanjangan? Rasa stress tak menentu je kan. Dari takde hal jadi satu hal. Lepas tu rasa serba serbi tak kena. Ohoii rasa macam nak mengamuk je kan.
Begitulah keadaannya. Padahal kita ni ada pilihan sama ada untuk terus risau atau berasa tenang.
Senang la cakap. Sendiri tak kena!
Jangan tak tahu, saya pun pernah rasa diuji sampai satu tahap saya hampir berputus asa. Astaghfirullah!
Saya pernah melalui satu fasa ujian kehidupan di mana saya tertanya kenapa saya sering diuji. Masa tu otak ular lagi. Rasa seperti mangsa keadaan dalam semua benda. Serba serbi tak kena. Orang suruh be positif, saya label mereka sebagai toxic positive. Orang nasihat look on the bright side, saya tak nampak apa yang bright melainkan kegelapan. Orang beri nasihat, saya anggap mereka buat-buat baik. Adoi dahsyat betul perangai biawak saya dulu.
Why?
Sebab saya tidak kenali diri sebagai hamba. Saya tidak faham mengapa saya diciptakan. Saya tidak faham konsep Rukun Iman ke 6 : percaya kepada qada’ dan qadar. Senang kata, saya TAK SEDAR DIRI!
Fuhh letih bila mengenangkan kembali diri yang lama.
Astaghfirullah. Moga Allah mengampuni saya ni.
Maka dari pengalaman gelap la saya mula mengenali macam-macam perkara. Saya pun tak ingat susun atur saya belajar pasal kehidupan magic ni. Yang pasti, bila belajar mengenali siapa diri ini, barulah nampak satu demi satu magic yang berlaku dengan izin Allah.
Di dunia barat, mereka menggunakan istilah positive thinking. Bagi mereka, ia ada berkaitan dengan Law of Attraction di mana apa yang mereka fikir dan rasa akan menjadi menghasilkan sesuatu mengikut sangkaan mereka.
Fuhh complicatednya bunyi!
Contohnya macam ni. Jika sesorang nak berjaya dalam sesuatu keadaan seperti permainan atau perniagaan, mereka akan menggunakan teknik positive thinking di mana mereka akan akan reset minda team player supaya berimaginasi dan merasakan mereka sudah berjaya melakukan sesuatu walaupun masih lagi belum menerima apa yang mereka inginkan.
Pelik kan?
Jom kita kaitkan dengan cara Islam.
Macam kitalah. Kan bila sesuatu berlaku pada kita, orang selalu pesan ‘doa yang baik-baik’. Mana ada orang doa ‘eh mintak-mintaklah sesuatu yang buruk berlaku pada si polan’ (lainlah kalau orang tu memang minta supaya orang lain dijatuhkan). Teruk kan?
Lainlah kita seorang yang terlalu risau atau istilah yang selalu digunakan Anxiety di mana kita tak habis-habis fikir apa yang akan berlaku. Ini dinamakan over thinking. Asyik risaukan sesuatu sehingga memakan diri. Tak habis-habis sebut ‘kalau’ ‘tapi’ ‘takut’ ‘risau’ (cakap dari pengalaman)
Allah Mengikut Sangkaan HambaNya
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk”
(Surah al-Baqarah, 186)
Eh dah cuba. Tak jadi pun!
Yer saya pun pernah laluinya hihi. Bukan sekali tapi banyak kali. Padan muka sendiri! Haha. Nak tahu kenapa?
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3479, hasan)
Zasss! Terasa betul! Betul sangat. Dalam banyak-banyak keadaan, selalunya hati ni lalai. Padan muka sendiri. Mana boleh rasa kecewa pada Allah jika diri sendiri pun tak ingat setiap masa.
Terdapat juga sebab-sebab lain kenapa magic atau doa itu tidak dimakbulkan. Ini sebabnya:
“Tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah selama tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahmi (antara kerabat) melainkan Allah akan beri padanya tiga hal: (1) Allah akan segera mengabulkan doanya, (2) Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan (3) Allah akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.” Para sahabat lantas mengatakan.” Kalau begitu kami akan memperbanyak berdoa.” Rasulullah ? lantas berkata.” Allah nanti yang memperbanyak mengabulkan doa-doa kalian.”
Hadis Riwayat Ahmad 3 : 18, sanad jayyid
Nampak tak?
Ade sesetengah doa Allah makbulkan terus. Ada sesetengah doa Allah akan tangguhkan. Semua ini Allah yang tentukan. Kita terima sahaja dengan hati redha. Bila redha, hati rasa banyak tenang.
Stress la magic tak jadi!
Ehh….tak baik rasa macam tu! Cuba audit balik apa yang kita rasa tu. Stress? Adakah perasaan stress tu negatif dan positif?
Nahh kita tengok balik apa yang kita bayang dan rasakan itu. Ada tak kita bayangkan dalam keadaan terlampau nakkan sesuatu sampai rasa stress? Tahu tak rasa stress tu berlaku di mana kita terlalu bergantung pada makhluk dan bukannya pada Allah?
Makhluk tu boleh jadi seperti barang, keadaan, keluarga, harta, hubungan etc yang kita impikan. Semua tu makhluk. Jika terlalu nakkan sangat sampai letak pressure pada diri sendiri, maka apa yang kita dapat? Stress, bukan?
Orang yang tenang akan menang. Gitu la kekdahnya.
Dalam kita menghajatkan sesuatu, sebaiknya jangan terlalu fokus pada outcome. Laluinya dengan tenang. Biasa-biasakan diri berfikir dengan tenang dan letak semua keputusan di tangan Allah.
Apa yang saya belajar dengan magical thinking ni (ehh dari positive thinking dah jadi magical thinking), kita kena biasakan diri berfikiran positif, bersangka baik dan serah diri. Saya tak berapa pandai la nak terang ilmu ni. Maksudnya latihkan diri sentiasa fokus pada apa yang kita MAHU dan bukannya apa yang kita taknak.
Saya bagi contoh macam ni: Dulu masa zaman sebelum kawin tak sedar diri, ciri-ciri idaman bakal suami saya ialah: baik, tinggi dari saya dan tidak cerah.
Saya ulang ye: Baik, tinggi dari saya (macam la aku ni tinggi sangat hahaha) dan TIDAK cerah.
Hahhh….ambik. Allah makbulkan doa saya. Dapat suami yang baik (Alhamdulillah), tinggi dari saya (Alhamdulillah) dan AGAK CERAH! Hahahahaha!
Saya telah fokus kepada ‘tidak cerah’; ciri yang saya tidak mahu hihi
Saya ada bergurau cakap dekat suami, sepatutnya sebut mahu suami yang ‘baik, tall, dark and handsome‘ haha. Barulah betul. Hahaha. Takpelah. Saya sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT berikan. Sekurang-kurangnya dapat anak ‘baik, tall, dark and handsome‘ (dan kami tak pasti menurun dari siapa [gelak lagi]) hihihii Alhamdulillah!
Ini pun dikira magic sebab Allah yang izinkan! Sebab itu saya nyatakan, berhati-hati dengan apa yang terlintas di fikiran atau hati. Bilamana kita tak rasa seronok dengan sesuatu keadaan, kita belajar macamana nak tengok dengan mata hati kenapa ia terjadi. Kita boleh belajar dahulu siapakah diri kita di dunia ini.
Anyway, semua ini dengan izin Allah taala. Siapakah kita nak menidakkan rezeki, qada’ dan qadar yang Dia telah tetapkan di Luh Mahfuz. Apa yang kita buat ialah MENUNTUT ILMU bagaimana nak mengenali diri, memahami masalah kehidupan untuk mengejar ketengangan abadi.
When we feel good, Insya Allah things will be good. Bila diuji, ada kemungkinan Allah nak naikkan darjat kita bila kita mampu bersabar dan redha.
So kita fikir macam ni je lah bila ada sesuatu hajat yang kita sangat inginkan tapi belum ditunaikan lagi. Tengok apa Allah kata dalam quran:
Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya? Maka apakah orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (syurga) lalu dia memperolehinya, sama dengan orang yang Kami berikan kepadanya kenikmatan hidup duniawi; kemudian dia pada hari kiamat termasuk orang-orang yang diseret (ke dalam neraka)?
SURAH AL-QASAS, 60-61
See? Mana kita mahu? Nak nikmat dunia atau nikmat akhirat?
Insya Allah, saya sangat yakin, bila kita berjaya menguasai cara kita berfikir dan merasa, Insya Allah magic will happen. Apa yang kita lihat itu doa, apa yang kita sebut itu doa, dan apa yang kita rasa juga doa.
Maka berhati-hatilag dengan apa yang kita tengok dan baca. Pilihlah perkara-perkara yang baik untuk minda dan jauhilah segala berita, viral, memerhati kelebihan orang lain di mana ia boleh menyebabkan kita berasa negatif. Always choose to be good, feel good and say good things.
Feeling negative itu normal. Acknowledge that feeling. Kemudian pilih untuk respon dengan perasaan tersebut. Adakah mahu untuk berasa negatif dan sakit hati ataupun rasa positif dan menanganinya dengan baik.
Jom merasai magical thinking. Kalau tak pasti bagaimana nak mula, boleh ikuti kelas-kelas PMC Plus 6 Prof Muhaya, NLP dan motivator-motivator yang hebat.
Sebab itu ada orang kata life is magical. Kita boleh lalui dengan tenang bila kita mampu merasa magic itu sendiri dengan izin-Nya.
Wallahualam
Disclaimer: Insya Allah kelas PMC Plus 6 Prof Muhaya telah disemak dan diakui di bawah panel syariah oleh panel penasihat dan perunding syariah.
Jom hidup tenang dan lebih magical!