Baca doa naik kenderaan

Tiap-tiap hari Umair pergi sekolah dengan ayah sekitar pukul 7.15 pagi. Tapi kalau ayah sibuk, mama kenalah hantar Umair. Cuma lewat sikit. Dalam pukul 8 pagi sebab nak uruskan rumah dahulu.

Hari ini ayah kena bertugas untuk MSSD. Nampak gayanya mama kenalah hantar Umair pergi sekolah lagi. Macam biasa, lepas sarapan, Umair akan terus masuk kereta dan duduk di seat belakang. Sebelum mama masuk gear drive, kami akan sama-sama baca doa naik kenderaan dan selawat. Tapi hari ini kami terlupa….

Sudah jadi habit mama untuk berfikir apa nak buat hari ini sambil memandu. Banyak test paper yang belum ditanda. Kena uruskan amanat dekan. Research paper pun tak siap lagi. Kelas perlu digantikan sebab emergency leave. Fuhh banyaknya kerja. Kena rancang semua ini. Nanti dah sampai ofis, bolehlah fakus siapkan satu persatu. Nanti balik kerja, nak uruskan Umair pula. Basuh kain. Makan malam. Layan Umair dan ayah.

Sedang mama memandu, tiba-tiba ada suara

“Mama nak pergi mana ni?”

Ya Allah!!! Mama terlupa nak hantar Umair ke sekolah! Mama lupa Umair ada kat belakang! Masa tu mama terus istighfar. Astaghfirullah…!! Macam inilah agaknya ibu bapa yang sibuk memikir masa tengah memandu sampai lupa pasal anak. Memang tak ingat langsung! Rasa berderau bila teringatkan kes anak tertinggal dalam kereta dan mati kesesakan. Masa ini mama yakin yang mereka betul-betul tidak sengaja….Allah…Allah… Siapa tak sayang anak. Kerana komitmen keluarga dan kerjaya inilah menyebabkan otak kita ligat berfikir sampai ada masanya terlupa.

Namun, mama rasa bersyukur sangat. Mujur Umair tak tidur. Mujur Umair bersuara. Berkali-kali mama minta maaf dengan Umair masa tengah memandu. Ya Allah, Umair, mama betul-betul tak sengaja. Sampai pegang tangan dia sebab rasa terlalu bersalah. Sampai satu tahap Umair pun sebut

“It’s ok mama. Mama tak sengaja.”

Sejuk hati mama bila Umair cakap macam tu. Y,a Umair. Masa sampai tertanya diri mama, adakah aku leka? Adakah ibu bapa yang kehilangan anak pun cuai? Mama pasti, mereka pun tak nak benda ni berlaku. Mama doakan ibu bapa yang lain pun fikir-fikirkan hal ni. Mungkin kita boleh tukarkan rutin harian berfikir sambil memandu dengan zikir sambil memandu. Insya Allah, kita akan dilindungi.

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, & bersyukurlah kepada-Ku, & janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (al-Baqarah, 152)

Hari ini kami terlupa berdoa naik kenderaan. Tapi Allah telah mengingatkan kami… Subhanallah…Alhamdulilah….

DOA NAIK KENDERAAN

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai