Belajar copywriting ini penting ke?

Belajar ilmu penulisan copywriting mampu menjana pendapatan, sama ada anda adalah bisnes owner atau graduan universiti mahupun surirumah sepenuh masa.
Bagi mereka yang ada bisnes sendiri, belajar menulis copywriting sangat penting terutamanya dalam mempromosikan produk jualan anda. Di sini anda ada dua pilihan, samada menghasilkan sendiri copywriting untuk produk anda ataupun anda boleh hire agensi pengiklanan untuk uruskan tentang aspek promosi produk.
Bagi graduan lepasan universiti atau para belia di Malaysia yang sedang mencari kerja, anda boleh mendalami ilmu copywriting ini dan jadikan ia sebagai satu kepakaran yang anda boleh tawarkan kepada para pemilik bisnes ini.
Penulisan Copywriting
Biasanya, di dalam mana-mana kelas belajar copywriting anda akan di dedahkan dengan 3 perkara utama iaitu :
- Apa itu copywriting
- Bagaimana struktur dalam membuat copywriting
- Apakah elemen penting untuk membuat copywriting tu berkesan
Sebelum anda belajar lebih lanjut, saya nak kongsikan dulu mindset utama yang perlu anda ada sebelum membina sesebuah copywriting iaitu :
Pastikan mempunyai VALUE
Penulisan mesti seperti orang “bercakap”
Jangan HARDSELL, tapi timbulkan keinginan
Tiga mindset ni sangat penting ia ibarat kriteria yang perlu anda ada sebelum anda membina copywriting. Mindset ini penting kerana ianya merupakan salah satu teknik PROVEN yang selalu dipraktikkan oleh agensi-agensi pengiklanan besar di luar sana.
“Saya dah buat semua, tak jadi pun tuan. Macam mana?”
Okay, ada satu lagi elemen penting saya nak maklumkan..
Jika anda da ikuti elemen ini dan masih gagal..
Kuncinya adalah “copywriting itu mestilah mengenai MEREKA”, bukan diri anda. Anda kena tahu apa “PAIN” utama yang perlu di highlight kan supaya boleh triggered emosi mereka.
Apa Itu Copywriting?
Copywriting ini sebenarnya ayat MENJUAL jika kita bercerita di dalam skop pemasaran di sosial media. Ayat jualan ini sangat penting untuk memastikan iklan anda boleh menjana leads dan seterusnya bawa kepada JUALAN.
Untuk tulisan saya kali ini, saya nak kongsikan kepada anda nak buat copywriting yang paling mudah dengan 3 CHEAT CODE ini :
1) Google Extension – Turbo Ad Finder
Search je dekat google.com dan search Turbo Ad Finder. Then connect dengan browser anda.
Apa fungsi Extension ini?
Di adalah satu tools dimana dia akan susun WALL FB anda hanya keluar ADS sahaja. Selalu dia akan keluar feed banyak lepas tu baru keluar ads kan? Lepas ni anda bukak dia keluar semuanya ADS. Dia hanya filter wall anda hanya keluar ads.
So apa fungsinya? Fungsinya adalah anda boleh lihat bagaimana page-page bisnes di luar sana lakukan ads. Anda boleh simpan dan jadikan rujukan pada masa hadapan ataupun jadikan sebagai rujukan idea.
2) Ads Library
Ini yang paling best. Ads library adalah tools yang sangat powerful iaitu anda boleh lihat bagaimana competitor anda lakukan ads. Mudah je, anda tekan link ads library dibawah :
Selepas itu anda search sahaja competitor atau bisnes page yang anda ingin lihat bagaimana diaorang lakukan ads.
Anda cuba monitor ads library bisnes page tersebut tu dalam masa 3 atau 4 hari. Jika anda masih lihat ads diaorang masih aktif. Itu maksudnya ads mereka bagus dan anda boleh jadikan penanda aras sebagai idea anda membuat ads!
TIRUVASI. Itulah cara kita bekerja dengan mudah. Tiru dan Inovasi.
3) Headline Analyzer
Tools ini sangat penting dalam menyemak sama ada headline anda POWERFUL ataupun tidak. Sebab apa penting jaga headline ni? Headline merupakan STOPPER pertama orang melihat iklan anda selain dariapda gambar. Jika anda dapat HOOK headline, maka lebih mudah untuk anda pastikan audien membaca copywriting anda sehingga habis.
Klik link ini untuk semak headline anda :
Yang paling seronok headline ini memberikan juga indicator sama ada headline ini kearah emosi yang bagaimana. Penting untuk kita tahu ayat kita ini berat ke emosi yang mana kerana orang MEMBELI KERANA EMOSI.
Saya harap 3 cheatcode ini boleh bantu anda membina Copywriting dengan lebih baik. Ini cheatcode yang saya kongsi jika anda tidak ada basic copywriting pun anda boleh hasilkan copywriting!
Anda boleh belajar lebih lanjut mengenai ilmu Copywriting dalam classroom 1 Tams+. Di dalam kelas ini anda akan belajar bagaimana untuk menulis copywriting yang mampu menarik emosi pelanggan. Bagaimana untuk menulis copywriting yang memberi impak dan kesan kepada yang membaca.
Bunyi macam cliche kan? Tapi saya pasti anda akan belajar sesuatu yang luar biasa di dalam kelas ini. Dapatkan Kelas Tams+ ini sekarang!