Kesihatan badan

Cara claim Insurans Bencana Alam dengan PBT

Boleh ke kalau kita nak claim insurans akibat bencana alam? Jawapannya boleh dan tak boleh.

Boleh kalau insurans kereta kita memang ada tambahan untuk bencana alam. Tak boleh kalau kita tak masukkan sekali insurans untuk bencana alam tu.

Contohnya macam kita add windscreen la, jadi kena tambah dalam RM70. Tambahan insurans bencana alam ni lebih kurang RM1++ juga kot.

Tetapi.. kita sebagai owner boleh Claim dengan pihak PBT untuk segala kerosakan harta awam akibat dari bencana alam.

Rasanya ramai yang tak tahu tentang benda ni. Saya pun tak tahu sebenarnya, bila dah kena kat batang hidung sendiri baru lah find out semua ni.

Macam kes saya, kereta kena hempap dahan pokok somewhere di Shah Alam Mac 2019. Masa tu tengah drive dan berhenti dekat traffic light. Memang ribut dan hujan lebat yang amat Masya Allah.

Masa berhenti lampu merah tu, tiba-tiba bunyi BAMMM!!! atas bumbung. Tengok cermin belakang ada pokok tumbang, melintang separuh jalan. Hujan lebat kat luar dengan kilat, petir, guruh complete set.

Ya Allah ujian sungguh…

Terus call bomba sebab dahan pokok tu block bahagian depan jugak.

Bomba tak datang berlumba-lumba.. mungkin sebab banyak sangat kes pokok tumbang masa tu, tunggu sampai hujan dah reda sikit masih bomba tak sampai.

Cermin kereta belakang dah mula crack kena hempap dahan tu.

Long story short.. dengan bantuan passersby, saya decide terus ke balai polis terdekat untuk buat report.

TIPS : Sila ambil gambar barang sekeping dua, bukti di tempat kejadian. Gambar yang menunjukkan kereta kita kena hempap pokok, dan gambar lokasi kejadian untuk tujuan claim dengan pihak PBT.

Masa buat report dekat balai, kena bagitau polis yang ambil report tu yang kita nak buat claim. Masa saya buat report tu abang polis yang baik hati tu cakap biasanya insurans kereta tak cover untuk bencana alam.

Ahh sudahhh…

TIPS: Pastikan dalam report tu ada menyatakan yang tujuan report polis ini adalah untuk urusan claim insurans.

Dah selesai buat report kat kaunter, kena masuk bilik sarjan untuk sesi siasatan lebih detail dan terus ke kereta untuk tengok keadaan kereta. Masa ni ada photographer balai yang akan snap gambar segala kerosakan kereta.

TIPS: Masa kat balai sila ambik gambar guna phone sendiri untuk rekod kita, kebetulan masa tu bateri phone habis jadi tak boleh snap gambar. Balai akan charge sekeping gambar RM2 masa kita nak print out report.

Kerosakan : Cermin belakang pecah, lampu belakang kiri kanan pecah, bumbung kemek beberapa tempat dan calar balar.

Abang sarjan tu call ‘kawan’ dia yang ada bengkel kereta nak konfirmkan boleh claim ke tidak dengan insurans kalau kes bencana alam.

Kawan dia cakap tak pasti. Owner kereta kena cek balik cover note insurans, ada ke tak ada tambahan untuk bencana alam.

Abang sarjan bagi no. tel ‘kawan’ dia untuk saya deal sendiri.

Bila balik rumah cek cover note insurans memang sah tak cover bencana alam huhu

Alhamdulillah ada wife yang bijaksana.. she said that we can claim dengan pihak PBT, in my case dengan Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA.

Sebab apa… sebab majoriti pokok-pokok tepi jalan yang di bawah selenggaraan pihak PBT ada PERLINDUNGAN INSURANS.

Jadi, kita boleh claim dengan PBT atas insurans pokok yang tumbang tu. Dengan syarat pokok itu confirm adalah pokok MBSA.

So, dah confirm dapat claim dengan PBT next step adalah buat report pada pihak PBT. After made a few phone calls, saya terus ke Jabatan Landskap MBSA.

Sampai kaunter kena maklum yang kita nak buat report dan claim kerosakan akibat bencana alam. Staff kat kaunter akan bagi borang dan assist kita cara-cara nak isi borang claim dan segala dokumen yang perlu ada.

Antara dokumen yang diperlukan:

  • Report polis original
  • Surat rasmi permohonan claim – Beserta beberapa keping gambar kerosakan kereta di LOKASI
  • Salinan penyata Bank untuk tujuan bayaran claim

Ada beberapa cara untuk claim

1.Repair dulu baru Claim

Kita guna duit sendiri untuk repair dulu segala kerosakan dan kemudian baru isi borang claim beserta segala resit kos repair dari bengkel.

Cara ni tak direkemen sangat oleh staff MBSA tu, sebab ada kes owner kereta dapat amaun tak sama sepertimana yang dituntut. Maknanya dapat kurang la.

2. Dapatkan Quotation dari bengkel

Nasihat saya, berhati-hati dalam mencari bengkel untuk dapatkan quotation. Elakkan dari mendapatkan servis bengkel yang menggunakan ejen yang sedia menunggu di luar balai.

Lebih baik rujuk bengkel yang kita kenal dan dah biasa hantar kereta untuk repair. Bila dah jumpa bengkel yang sesuai, kita kena assign adjuster. Yang ni kena bayar tapi boleh masukkan kos adjuster tu dalam claim nanti.

Cara ini yang staff MBSA tu rekemenkan. Adjuster akan cek kerosakan lebih detail dan reliable. So, syarikat insurans susah nak tolak claim kalau quotation datang dari adjuster yang bertauliah.

Quotation ni amik masa juga mungkin dalam seminggu dua. Jadi dalam tempoh ni kereta memang kena peram la dekat bengkel. Sebab tu kena cari bengkel yang boleh dipercayai.

Sila google atau tanya kawan-kawan yang biasa repair kereta.

Bila dah dapat quotation, hantar ke PBT dan diorang akan proses claim kita. Makan masa juga ni, mungkin sebulan 2. Bila claim dah clear dan duit dah masuk akaun kita baru lah bengkel akan proceed untuk repair kereta.

Cara ni memang makan masa , dan kereta akan tersadai kat bengkel. Tetapi ini adalah cara yang lebih selamat bagi owner macam kita.

Kalau kita ada duit, boleh proceed dulu repair kereta sementara tunggu claim settle. Kalau kita dah biasa dengan owner bengkel tu senang sikit nak deal.

to be continued….

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai