Cara Memohon Sekolah Menengah SMK, MRSM, SBP, SAM, SAMT dan SMKA

Tahun ini merupakan tahun ke 5 anak berada di SRAI. Tahun ini juga Insya Allah anak akan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Banyak perkara yang kami baru pelajari dan banyak juga yang kami belum faham hihi. Almaklumlah dilema anak sulung. Mama ayah pun baru sama-sama nak find out.

Bila anak dah masuk tahap 2, rupa-rupanya penting bagi ibubapa untuk memikirkan pemilihan ke sekolah menengah. Jika kita tidak kisah anak ke sekolah mana-mana yang berdekatan, ia mungkin tidak menjadi masalah.

Bagi anak-anak yang berada di sekolah swasta atau sekolah bantuan kerajaan negeri, ada beberapa perkara yang kita perlu fikirkan jika mahu meneruskan pengajian menengah ke MRSM, sekolah berasmara penuh (SPB), sekolah agama menengah (SAM), sekolah agama menengah tinggi (SAMT) atau sekolah menengah kebangsaan agama (SAMK).

Berikut adalah hasil perkongsian dari Khalida Abdullah yang admin jumpa di FB.

Edited: October 2019

Alhamdulillah posting ni dah ramai org share & harapnya masih berguna utk dibuat panduan ringkas.


Today I want to share on how to apply for secondary school for those who sent their kids to private primary school (especially in Selangor & Kuala Lumpur).

Sebelum tu mari jawab beberapa soalan penting.

  1. Kenapa hantar anak pg sekolah rendah swasta?
  2. Cukup tak bajet kalau nak hantar anak sekolah swasta sampai habis sekolah menengah?
  3. Apa rancangan utk pendidikan menengah anak. Nak sekolah sains? Nak tahfiz/ulul-albab? Sekolah dekat rumah? Aliran Khas?……terlalu banyak option.
  4. Asrama vs harian??

As for me, ni jawapan saya

  1. Nak anak sekolah integrasi Islam (with all the Islamic values, etc..etc), masa persekolahan yg fit my schedule dan kurang permasalahan logistic.
  2. Tak brapa nak cukup….boleh lar korek2 tp kena ikat perut on other expenses. Prefer kalau dapat public school/government funded school.
  3. Sebolehnya nak sekolah integrasi sains-islamic. The best is ulul-albab.
  4. Asrama – disebabkan jawapan No.3 dan beberapa alasan lain.

Now, perkara utama yang perlu tahu.

  1. Students from private primary school TIDAK boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Kawalan atau Kelas Aliran Khas / Agama melalui sistem ONLINE.
  2. Pelajar di Negeri Selangor yang tidak menduduki PSRA TIDAK akan dipertimbangkan untuk mohon ke Sekolah Agama Menengah bantuan kerajaan (sekolah di bawah JAIS).
  3. Pelajar sekolah rendah swasta BOLEH memohon kemasukan ke MRSM melalui sistem ONLINE.
  4. SMKAKL ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar luar Kuala Lumpur untuk memohon secara OFFLINE.
  5. Beberapa Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan negeri2 lain juga ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar negeri lain untuk memohon secara OFFLINE.

Sekarang, kita ulas perkara di atas satu persatu.

  1. Students from private primary school TIDAK boleh memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Kawalan atau Kelas Aliran Khas / Agama melalui sistem ONLINE.

Sekiranya anak2 layak memohon SBP/Sekolah Kawalan/Kelas Aliran Khas / Agama, parents boleh pergi ke Pejabat Pendidikan (Pelajaran) Daerah untuk mengisi borang ASBS (Permohonan Kemasukan Murid dari Sekolah Agama/ Swasta/ Persendirian/ dan Belajar Semula ke Sekolah Menengah Kerajaan/ Bantuan Kerajaan Kementerian Pelajaran Malaysia)

Setelah diterima masuk ke sekolah menengah kerajaan, bolehlah membuat rayuan untuk kemasukan ke SBP/Sekolah Kawalan/Kelas Aliran Khas / Kelas Aliran Agama – 2nd intake ke atas. Melalui maklumat yang saya dapat dari pegawai di PPD dan dari kawan2 yang dah melalui proses ni, parents perlu juga berjumpa dengan Pengetua sekolah yang dikehendaki dan membuat pertanyaan & permohonan di situ.

Kalau nak tukar masuk sekolah menengah kerajaan aliran biasa pun kena isi borang ASBS tu yer.

  1. Pelajar di Negeri Selangor yang tidak menduduki PSRA TIDAK akan dipertimbangkan untuk mohon ke Sekolah Agama Menengah bantuan kerajaan (sekolah di bawah JAIS).

Pada 2015, my 1st son ada isi borang permohonan untuk sekolah agama menengah bantuan kerajaan – sekolah di bawah JAIS secara online. Permohonan ditolak dan tidak boleh buat rayuan kerana tiada sijil PSRA. Pada tahun 2016, saya pastikan my 2nd son ambil PSRA secara ‘calon tumpang’….malangnya result tak cantik maka permohonan juga ditolak. Ada classmates my son yang diterima kerana result yang cemerlang (Mumtaz).

So, utk pelajar sekolah swasta yang tdk ambil PSRA bolehlah cuba jadi calon tumpang dimana2 sekolah agama/KAFA dalam Selangor yang sudi terima tapi kena pastikan dapat MUMTAZ…besar punya!!! Rayuan boleh dibuat berulang kali. Biasanya selepas keputusan MRSM akan ada murid yang keluar jadi peluang masih ada.

  1. Pelajar sekolah rendah swasta BOLEH memohon kemasukan ke MRSM melalui sistem ONLINE.
    Somehow, MRSM is the easiest option bagi pelajar2 sekolah swasta yang layak untuk ke ‘asrama penuh’. Just alert bila MARA keluarkan advertisement. Bagi pelajar sekolah swasta integrasi, MRSM Ulul Albab adalah pilihan utama. Semua MRSM kena mohon dan kena jalani interview. Kalau nak anak ke Ulul Albab, latih mereka menghafaz dari awal lagi.

Lagi satu, pastikan juga anda dah bayar hutang dengan MARA kalau ada atau pastikan orang2 yang anda jamin pinjaman mereka dgn MARA bayar hutang sebab silap gaya permohonan anak anda akan ditolak. Kalau dah ditolak dan kemudian pg settle hutang tu InsyaAllah boleh buat rayuan for 2nd, 3rd, 4th intake….heheheh….

  1. SMKAKL ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar luar Kuala Lumpur untuk memohon secara OFFLINE. (Edit: Sila alert bila iklan keluar. Borang boleh diambil di Jabatan Pendidikan Wilatah Persekutuan Kuala Lumpur)

SMKAKL adalah sekolah dibawah KPM yang menjalankan sistem Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Permohonan memang ada dibuka untuk pelajar dari sekolah swasta, kena alert dengan iklan atau boleh call JPWKL untuk pertanyaan. Pada 2015, kena pg JPWKL utk isi borang di sana, 2016 borang boleh download dan kemudian submit sahaja. Temuduga bagi calon2 swasta akan dibuat kemudian dari calon2 SRK dalam Kuala Lumpur. Surat tawaran pun akan keluar kemudian. This year kami cuma ada masa 3 hari untuk prepare barang2 selepas dapat surat tawaran.

Bagi calon yang mohon dan tak berjaya, boleh cuba rayu dan rayu sebab bila tawaran MRSM keluar pasti ada pelajar yang berhenti utk masuk MRSM. Rayuan kena buat di JPWKL. Err…yang tak mohon pun boleh juga cuba mohon….last year katanya ada 3rd interview session.

  1. Beberapa Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan negeri2 lain juga ADA membuka peluang untuk pelajar sekolah swasta/pelajar negeri lain untuk memohon secara ONLINE/OFFLINE.

Yang ni saya takde pengalaman sendiri. Base on cerita yang dikongsi oleh parents lain. Ada yang mohon dan diterima ke Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan, Pahang dan Perak. Boleh hubungi sekolah2 berkenaan untuk maklumat dan membuat permohonan.

Apa lagi pilihan yang ada kalau nak anak masuk tahfiz integrasi???

  1. Bagi ibu/bapa/anak yang lahir di negeri Pahang boleh memohon masuk ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Setahun akan ambil 50 pelajar sahaja jadi competition sangat sengit. My 1st son sangkut kat interview pertama, 2nd son dpt sampai ujian simulasi. Bukan rezeki mereka. Ada yuran pengajian bagi ibubapa melebihi had gaji (bayaran dalam RM300/month).
  2. Sekolah di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ada membuka permohonan secara online kepada pelajar2 dari sekolah rendah swasta tapi Nampak gayanya peluang tidak berapa cerah. Mungkin faktor kawasan sekolah (luar KL), atau mungkin faktor pendapatan ibu bapa (melebihi kelayakan).
  3. Bagi ibu/bapa/anak yang lahir di negeri Terengganu boleh mohon Imtiaz Yayasan Terengganu. Orang luar pun blh mohon tapi quota cuma 5% sahaja. Ada interview dan ada juga yuran pengajian bagi ibubapa melebihi had gaji (bayaran dalam RM270+/month).
  4. Ada banyak lagi sebenarnya tapi mostly are fully private school atau sekolah yang dibiaya oleh lembaga zakat jadi ibu bapa yang middle income ni sama ada tak ‘mampu’ bayar atau tak diterima sebab tak masuk dalam kategori layak terima duit bantuan zakat.

Anyway, pilihan ditangan kita….tapi kena merancang dari awal. Good luck parents!!!

**NOTA TAMBAHAN: Penglibatan dalam ko-kurikulum SANGAT2 penting. Pastikan anak2 anda kumpul sebanyak mungkin aktiviti. Tak dapat aktiviti dalam sekolah, hantarlah pg buat aktiviti luar sekolah.

Oh, please share your experiences….

Posting dari Kharmila Abdullah

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai