Knowledge Sharing

Cara Merawat Apabila Anak Tidak Sihat

Ada beberapa perkara yang saya belajar apabila anak tidak sihat. Antara yang perlu dirawat ialah:
1- fizikal
2- emosi
3- spiritual
4- mental

Fizikal
——-
Saya memililh untuk merawat dengan memberi makanan tambahan (supplement) untuk mencegah agar sakitnya tidak melarat. Bagi saya produk semulajadi lebih baik dari dadah. Air juga sangat penting untuk membuang kuman dalam badan.

Emosi
——-
Orang sakit selalunya rasa lesu. Hal ini menyebabkan mereka rasa sedih. Kita kena cari jalan apakah yang menggembirakan hati mereka. Contohnya, saya izinkan umair bermain ipad seketika (kami kawal penggunaan ipad). Sekali sekala bermain tidak mengapa.

Spiritual
———-
Apabila sakit, pada Allah kita bergantung. Selain doa seorang mama, saya nasihatkan Umair untuk berdoa juga. Alhamdulillah, atas keinginan untuk sihat, Umair sendiri bersemangat untuk mengikut ayahnya solat Isyak berjemaah di surau untuk memohon sihat dari Allah SWT.

Mental
——-
Setiap kata-kata adalah doa. Begitu juga dengan setiap perkataan yang kita sebut depan anak. Pastikan apa yang kita sebut semuanya positif. Daripada menyebut “Umair sakit ke?”, lebih baik menyebut “Umair tak sihat ke?”. Walaupun mempunyai makna yang sama, ayat kedua lebih positif dan sedap didengar.

Macam tulah pendekatan saya bila anak sakit. Saya memilih untuk tidak bergantung pada ubat. Bagi saya, ubat adalah jalan terakhir. Insya Allah, selagi kita yakin merawat 4 elemen ini dan bersikap positif, penyakit-penyakit fizikal, emosi, spiritual dan mental juga akan jauh dari kita. Wallahualam. Sekadar pandangan saya.

Mama Umair 013-3887507

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai