Knowledge Sharing

Jual Gambar Online Jana Pendapatan USD

Smartphone dah canggih. Gambar dah banyak. Ada masanya sayang nak delete gambar kenangan. Tapi tak sangka boleh jual gambar online mana yang ada tersimpan dalam smartphone tu.

Siapa pernah buat macam ni?

  • Sebelum makan, ambil gambar makanan
  • Pergi beli buah, ambil gambar buah
  • Nampak pemandangan cantik, ambil gambar cantik
  • Nampak benda pelik, ambil gambar benda tu
  • Nampak kucing comel, ambik gambar kucing tu

Dalam gallery phone saya ada lebih 4 ribu keping gambar, you guys punya berapa ribu? Ada tak yang sampai berpuluh ribu?

Tahu tak sebenarnya kita boleh jual online gambar-gambar kita ni di stock photo? Dari memberatkan phone, baiklah jual online dapat juga duit USD. Honestly, sebelum ini saya pun tidak tahu. Alang-alang tau, baik share terus.

Tengok gambar yg dah berjaya dijual di bawah ini:

Gambar sarung tangan biasa tapi dijual pada harga US$1.95

Gambar lauk ikan berlado yang berharga US$1.23

Lihat gambar buahan-buahan biasa yang bernilai US$12.37

Walaupun nilai gambar tu kelihatan sedikit, namun jika unik dan dibeli berkali-kali, pulangannya besar. Lagi banyak gambar menarik yang kita upload, lagi besar potential kita untuk menjual gambar dalam nilai USD.

Apakah jenis kamera gambar yang diperlukan?

Dengan zaman sekarang, saya percaya kita semua kini memiliki smartphone yang canggih-canggih. Mana yang ada iphone 6 ke atas tu walaupun secondhand, gunakanlah kelebihan smartphone untuk menjual gambar yang tersimpan. Rugi bila spec dah tinggi tapi tak dipakai sepenuhnya.

Android user jangan sedih. Gambar di dalam smartphone anda juga boleh dijual. Bukan kamera penentu gambar cantik tapi skill mengambil gambar tu yang penting.

Kalau pakai smartphone mahal tapi gambar masih ke laut, pergilah join kelas fotografi untuk memahami perspektif dan teknik mengambil gambar guna smartphone.

Cara mudah nak jual gambar online.

Sebenarnya ada bermacam-macam platform free yang kita boleh jual gambar. Salah satu yang paling popular ialah Shutterstock.

Hanya perlu membuka akaun, upload gambar yang menarik, tunggu mereka review samada gambar tersebut lulus untuk di terima atau tidak.

Proses upload gambar tersebut mudah sahaja. Yang penting kita perlu belajar tips dan trick gambar yang boleh dijual. Ada beberapa elemen yang perlu kita fahami supaya gambar yang diupload laku sepanjang masa.

Sebelum saya belajar, saya pun main upload sahaja. Memang ada yang lulus dan ada yang direjek. Cumanya bila melakukan sesuatu tanpa rujukan guru, gambar tersebut tidak dimonetize.

Yang ini perkongsian dari rakan-rakan yang telah pun berguru:

Baru join kelas. Gambar pertama yang terjual.

Sekeping berharga US$0.52. Cuba tukar kepada nilai RM. Lebih kurang RM2 sekeping.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Ini bukan skim cepat kaya. Anggaplah sebagai tabung simpanan.

Antara pelajar baru yang berjaya membuahkan hasil.

Gambar simple sahaja tapi terjual.

Yang menariknya, gambar kita tu pula boleh dijual berkali-kali dan semua orang dalam dunia boleh beli gambar kita. Best kan! Tengok gambar KLCC di bawah ini. Dah 527 kali terjual!

Gambar KLCC ini masih lagi digunapakai sehingga kini.

Siapa nak belajar macamana nak jual foto yang tersimpan dalam smartphone, carilah guru yang berpengalaman.

Ada seorang mak anak 3 tu ambil gambar BTS meal yang pernah viral di Malaysia. Gambar dia sampai terjual ke Vancouver, Canada. Memang rezeki betul.

Gambar BTS meal biasa, hasil luar biasa.

Gembira tak tiba-tiba jumpa gambar kita di dalam iklan syarikat ternama, atau ada portal online antarabangsa yang beli dan guna gambar kita macam cikgu saya kongsikan. Bila jumpa tu memang dia rasa excited sungguh!

Tengok di bawah ini

Macam saya sebutkan, ini bukan skim cepat kaya. Gambar yang diupload bergantung pada keadaan semasa. Tengok sahaja gambar roti canai yang di upload semenjak 2014, sudah 58 kali terjual. Adaah tu yang nak pakai buat artikel atau pengiklanan.

Gambar KLCC seperti di atas telah terjual sebanyak 527 kali semenjak 2010. Harga yang terpampang bernilai USD. Kalau darab dengan nilai matawang Malaysia, barangkali harga sudah menjadi RM1288 sekeping. Best kan?

So apa lagi. Pergi cek smartphone masing-masing. Mesti ada gambar yang bernilai tersimpan dalam smartphone kita. Dari tersimpan menjadi pekasam, baiklah upload dan jadikan ia nilai yang boleh dijual. Yang penting kena sabar dan konsisten. Jual gambar online ini tidak sesuai untuk mereka yang upload gambar sekeping dua tapi mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Orang lain dah lama mula. Baik kita mulakan sekarang! Jom belajar tips dan tricks gambar yang boleh dijual sekarang!

0 Shares

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai