Knowledge Sharing

Elaun Kelahiran Yang Ramai Ibu Bapa Tidak Tahu

Baru mendapat cahayamata? Tahniah! Mesti seronok tengok si comel di depan mata. Saya doakan semoga anak anda di dalam pemeliharaan yang baik, sihat, cantik rupa dan akhlaknya. Amin!

Bercakap pasal cahayamata, ada beberapa perkara penting yang ramai tak tahu dan rasanya lebih baik kita kongsikan. Tahu tak di beberapa negeri di Malaysia ni ada pemberian elaun kepada baby baru lahir? Apa? Tak tahu? Antara negeri yang bagi elaun ini ialah negeri Selangor dan Perak. Untunglah!

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Untuk negeri Selangor, sebanyak RM1500 akan diberikan jika anak anda lahir selepas 1/1/2008 di negeri Selangor. CUMANYA, pastikan anda cepat-cepat mendaftar SEBELUM ANAK ANDA BERUMUR 3 TAHUN. Kalau tidak, pendaftaran tidak akan diterima langsung walaupun anda memberikan seribu satu alasan. Noktah. Anak saya pun tak dapat. Kami tahu mengenai TAWAS ni pun selepas anak berusia 3 tahun lebih. Takpelah, bukan rezeki kami.

Yang menarik pasal TAWAS ni, elaun akan diberikan bila anak kita berusia 18 tahun nanti. Syarat nak apply pun mudah. Cumanya isi borang dan bagi salinan I/C ibu bapa dan mykid anak. Senang je kan?

Panduan Permohonan Darjah 1 Sekolah Agama Intergrasi (SRAI) Tahun 2020

Tabung Pendidikan Aman Jaya

Bagi negeri Perak pula, sebanyak RM200 diberikan kepada baby yang lahir selepas 1/1/2010 di negeri Perak. Antaranya:

  • Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud sepertimana yang termaktub di dalam Akta Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.
  • Kelahiran Anak Negeri Perak bermula pada 1/1/2010 mulai selepas jam 12.00 tengah malam.
  • Anak kelahiran Negeri Perak mestilah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak dan mempunyai Sijil  Kelahiran yang sah.
  • Hendaklah mendaftar dengan Yayasan Perak untuk mendapat Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak ini melalui borang atau kaedah-kaedah yang akan difikirkan dari masa kesemasa.
  • Pendapatan (isirumah) di bawah RM3,000 sebulan.
  • Setiap kelahiran akan mendapat RM200.00 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
  • Ibu/Bapa/Penjaga digalakkan menabung dan menambah tabungan di dalam SSPN dari masa ke semasa.
  • Wang simpanan dalam tabungan SSPN ini boleh dikeluarkan selepas anak kelahiran Negeri Perak tersebut genap 18 tahun ke atas.
  • Sekiranya anak-anak kelahiran Perak yang mendaftar melalui Yayasan Perak dan menabung di dalam SSPN tersebut meninggal dunia sebelum 18 tahun maka wang  tersebut akan dikembalikan kepada waris yang mendaftar dengan Yayasan Perak.

Bagi rakyat Terengganu pula, pada tahun 2015, sebanyak RM100 diberikan kepada kanak-kanak dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). Cumanya saya tak tahu samada elaun tersebut diberikan lagi atau tidak. Menurut website INI, elaun ini diberikan sebab bajet 2015 di Terengganu. So untuk orang Terengganu, saya minta maaf banyak-banyak dehh. Kalau nak pastikan ada lagi ke tidak elaun ini, anda boleh la ke pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di setiap daerah atau Pusat Khidmat Masyarakat ADUN seluruh Terengganu dan bertanyakan di situ.

Related post


0 Shares

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai