Sebelum kita mula mengira, apa kata kita nyanyi sikit. Kena nyanyi ala-ala lagu tadika sikit barulah syiokk hehehee
Yi er san si wu liu qi (1 2 3 4 5 6)
Wo de pengyou zai nali? (Saya punya kawan di mana?)
Zai zheli? Zai zheli? (Di sini. Di sini.)
Wo de pengyou zai zheli. (Saya punya kawan di sini)
Hari ni kita belajar mengenai nombor asas 0-10. Bila dah pandai nombor asas, baru kita pergi ke nombor advance sikit. Bila dah advance, boleh kita gunakan semasa membeli-belah dan tawar-menawar hehehe.
0 ling
1 yi
2 er
3 san
4 si
5 wu
6 liu
7 qi
8 ba
9 jiu
10 shi
Okeh…jom kita tengok macam nak guna dalam perbualan seharian. Sebelum tu, mari kita fahamkan dulu makna perkataan-perkataan berikut:
duoshao = berapa (digunakan untuk bilangan)
you = ada
ge = penjodoh bilangan ‘orang’ (contoh: 5 orang lelaki)
ren = orang
ji = berapa (digunakan untuk sebutan)
dianhua = telefon
hao = nombor
ne = pula
Contoh 1
A: Zheli you duoshao ge ren?
(Sini ada berapa ‘orang’ orang?) *Perhatikan penggunaan penjodoh bilangan orang*
B: Shi ge ren.
(Sepuluh ‘orang’ orang)
Contoh 2
A: Ni you duoshao ge nan pengyou?
(Awak ada berapa orang boyfriend?
B: Wo you si ge nan pengyou.
(Saya ada 4 orang boyfriend)
Aiyooo!!!
Contoh 3:
A: Ta de dianhua ji hao?
(Dia punya telefon berapa nombor?
Atau dalam bahasa yang lebih indah: Berapa (apakah) nombor telefon dia?
B: Wu wu san qi yi er san si. Ni ne?
(5537 1234. Awak pula?)
A: Wo de dianhua shi jiu jiu jiu….hehehee
(Saya punya nombor telefon ialah 999….hehehe)
Let’s practice!!
1. Cuba sebutkan apakah nombor telefon berikut: qi ling wu san qi si liu yi
2. Ni de dianhua ji hao? Apakah no telefon anda? Sebutkan dalam bahasa mandarin di dalam komen jika sudi :p
Kak boleh x tolong ajar sy secare detail bahase cine . Kalu boleh nk mintak no.
Dear, I’m also learning :) I’m just sharing what I have learned. Kalau nak belajar basic tu, Insya Allah I can guide. E-mail me at ruqayya.khalid@gmail.com and let’s see how can I guide you.