Koleksi Soalan Latihan SRAI

Saya ada menerima email khasnya dari para-para ibu yang bertanyakan mengenai contoh latihan soalan UKS SRAI. Dukacita diamklumkan bahawa saya tidak menyimpan sebarang copy. Malah, saya tak berani nak scan dan upload di internet untuk menghormati hak cipta para penulis yang membuat soalan tu. Tapi apa yang saya boleh bantu ialah dengan merekemenkan buku-buku latihan yang saya rasa sesuai untuk anak-anak membuat latihan sebelum UKS nanti. Insya Allah, jika diberi kelapangan, saya sendiri akan menyediakan latihan untuk ibu bapa berikan kepada anak-anak.

buku panduan srai

Antara koleksi buku-buku yag saya sangat rekemen ialah:

Pakej Buku Prasekolah 6 Tahun (12 Item) (SOLD OUT)

Boleh juga dibeli secara berasingan:

Untuk pembelian, KLIK DI SINI.

Saya sangat yakin jika anak-anak membuat latihan ini, Insya Allah mereka mampu menjawab UKS tu nanti. Biasakan anak dengan membaca arahan supaya mereka faham apa yang mereka perlu lakukan.

Bagi Bahasa Arab, ibu bapa boleh memdedahkan anak kepada topik-topik berikut:
1. Nama anggota badan: mata hidung, mulut, telinga, tangan, kaki etc
2. Nama haiwan: kucing, kuda, anjing, ayam, itik, monyet etc
3. Barang perkakas sekolah: pensil, pemadam, buku, pembaris, pemadan, sharpener etc
4. Pakaian: baju, seluar, tali pinggang etc
5. Nombor
6. Barang bilik darjah: kerusi, meja, papan hitam etc
7. Warna

Soalannya tidaklah sesukar mana. Lebih kepada menguji tahap pemahaman kepada arahan yang diberikan. Saya percaya anak-anak boleh menjawab ujian UKS ni jika mereka dapat menguasi pemahaman arahan bertulis.

Untuk soalan-soalan lisan, ibu boleh bolehlah membuat latihan membaca dan menghafal surah-surah lazim. Pastikan anak-anak juga mampu membaca tulisan jawi.

P/s: Saya sedang menyediakan koleksi latihan yang seakan-akan dengan koleksi soalan latihan SRAI. Baru siap Bahasa Malaysia. Subjek seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris juga akan menyusul. Cuma Bahasa Arab dan Jawi je saya tak tahu nak buat macamana sebab kurang arif macamana nak dapatkan huruf-huruf jawi dan tak reti Bahasa Arab hihii (malu kejappp). Jika ada yang tahu menggunakan tulisan Bahasa Arab, saya senang hati untuk menerima pandangan anda. Jika berminat untuk mendapatkan koleksi latihan ini, boleh tinggalkan email anda di supplementmama@gmail.com dan saya akan kongsikan bila set soalan ini telah siap. Khas untuk pembaca supplementmama.com :)

UPDATE TERKINI!

Alhamdulillah sebahagian besar koleksi soalan latihan ini sudah tersedia. Ia merangkumi subjek

Bahasa Melayu
Matematik
Bahasa Inggeris
Sains

Nasihat saya, jangan bergantung sangat pada koleksi latihan ini. Dapatkan juga buku-buku latihan yang lain untuk anak menguasai kemahiran menjawab soalan.

Koleksi ini saya jual dengan harga yang sangat-sangat rendah. Bolehlah membantu duit belanja sekolah anak :) Jika ada yang berminat untuk mendapatkannya, bolehlah e-mail ke supplementmama@gmail.com. Saya masih dalam proses untuk mewujudkan latihan Bahasa Jawi dan Bahasa Arab. Dek kerana tiada pengalaman dengan font Jawi dan Bahasa Arab, menggagau juga bila nak taip tu.

Nota kaki:

Sebaik-baiknya hantar email kepada alamat email yang tertera di atas jika tuan/puan perlukan koleksi email secepat mungkin kerana bagi yang memohon melalui komen post ini mengambil masa yang lebih lama. Terima kasih!

Related post


2 Shares

Comments

  1. Azura says

    Assalamualaikum puan. Saya berminat untuk dapatkan koleksi soalan ini dan kalau puan tak keberatan boleh kongsi tak kat mana jual buku koleksi latihan itu. Terima kasih puan

  2. NORAZIMA BINTI ABDUL JALIL says

    As salam puan,
    mohon puan emailkan koleksi soalan latihan tersebut?

    Smoga Allah dpt membalas budi baik puan..

  3. keyroro says

    Assalamualaikum..Boleh x Puan emailkan koleksi latihan pd sy?
    Terima kasih Puan. semoga puan sentiasa dimurahkan rezeki.

  4. Azizul Fariha says

    Assalamualaikum wbt….
    puan, boleh emailkn sy koleksi soalan?
    Terima kasih banyak ye puan..hanya Allah yg dapat membalas jasa puan…

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai