
If you’re here, we are in the same boat, mencari lirik lagu Mata Hati PMC Plus 6 yang sangat positive :)
Puas saya cari lirik lagu Mata Hati melalui google dan facebook. Bak kata Bonda, be part of the solution. Akhirnya saya dengar sendiri lagu tu sambil salin lirik.
Teringat masa zaman 90an. Masa tu takde internet. Kita dengar lagu melalui radio. So kita dengar lagu, pause sekejap sambil salin lirik. Buatlah berulang-ulang sampai semua lirik berjaya di salin.
Those were the days hihi.
Siapa di sini circle PMC Plus 6 atau 7am Club?
Angkat tangan!
Saya percaya mission kita sama; nak jadi lebih baik bahagia membahagiakan.
Saya pun baru sahaja join Batch 3 PMC Plus 6. Tak sabar nak lakukan transformi. Yang pasti nak jadi lebih baik. Terasa betul diri ini penuh dengan dosa yang bertimbun.
Saya dapat tahu mengenai PMC pun semasa awal-awal PKP. Rasanya melalui facebook. Tengok kawan-kawan up status ‘terlalu positif’.
Masa tu hati belum terbuka. Skeptikal I would say. Rasa macam fake sangat tengok respond masing-masing hihi. Honestly masa tu saya rasa orang buat macam tu untuk marketkan bisnes so that orang akan suka kita.
Tak lama lepas tu saya deactivate facebook ketika PKP tahun 2020. Sedikit rimas bila baca status yang berbaur negatif. Saya hairan. Ada manusia yang terlalu positif. Ada pula yang asyik complaint 24 jam.
Contoh: bila wujudnya group ‘Masak Apa *** Jadi Hari Ni’, mula-mula seronok tengok update masing-masing. Lama-lama group itu menjadi medan orang berburuk sangka. Saya tak tahan keadaan macam tu.
Fast forward
Masuk tahun 2021, saya rasa jiwa saya sedikit kosong bila tak menimba ilmu. Niat di hati nak sambung belajar. Saya rasa dah tiba masanya saya invest untuk diri sendiri; antaranya seperti skill smartphone photography. Kali ini invest pada pembinaan diri.
Ntah macamana boleh muncul 7am Club. Saya tak pasti. Rasanya melalui youtube. Mungkin keyword yang saya gunakan adalah ‘bebas stress’ (nampak nau stress masa tu hahaha).
Mula-mula saya tengok 7am Club di youtube sahaja. Lama-lama rasa tergoda nak masuk PMC Plus 6 bila tengok perubahan positif lagi-lagi mereka yang sebut dulu rasa tak sabar dan cepat marah (sayalah tu!).
Yang herannya, pada keluarga sendiri je saya buat macam tu. Pada orang lain suara ok pulak. Sampai saya observe diri sendiri kenapalah buat perangai lagu tu.
Ok ok dah. Panjang pula mukaddimah.
Jom kita hayati lirik lagu Mata Hati PMC Plus 6 yang sangat positive dimana dihasilkan dari Bonda Prof Muhaya sendiri, nyanyian Aizat Amdan.
Lirik Lagu Mata Hati
Lirik: Bonda Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Penyanyi: Aizat Amdan
Buka matamu
Lihat dirimu
Resetkan mindamu
Lapangkan dadamu
Kadang hidup ini
Sukar untuk difahami
Tapi aku tahu
Cintaku hanya untukmu
Mata hati yang membahagiakan
Mata nafsu yang mengecewakan
Lihatlah kebesaran Allah
Maafkan kesilapan orang
Inginku berikan
Segala yang terbaik
Dari jiwa yang suci
Bahagia membahagiakan
Sayangi semua
Tanpa ada syarat
Langkahmu didunia
Destinasi di akhirat
Mata hati yang membahagiakan
Mata nafsu yang mengecewakan
Lihatlah kebesaran Allah
Maafkan kesilapan orang
I am love
I am kind
I am good
I am smart
I am confident and beautiful
You are love
You are kind
You are good
You are smart
You are confident and beautiful
I am love
I am kind
I am good
I am smart
I am confident and beautiful
You are love
You are kind
You are good
You are smart
You are confident and beautiful
Mata hati yang membahagiakan
Mata nafsu yang mengecewakan
Lihatlah kebesaran Allah
Maafkan kesilapan orang
Maafkan kesilapan orang
Tidurlah sayang
……………………………………………..
Best kan lagu ni? Rasa tenang je.
Saya kalau dengar lagu ni, mesti teringat cerita The Help. Cerita mengenai seorang nanny berbangsa American-African yang selalu membuat affirmation pada anak majikannya. Apa affirmation yang selalu digunakan ialah:
“You is Kind, You is Smart, You is Important”
Aibilieen clack – the help
Ok, selamat menghayati lirik!
Semoga kita semua menjadi bahagia membahagiakan dan memberi cinta tanpa syarat!
7am club!
Why I can’t find your 15 tips before but iphone secondhand anymore ? Its such a good tips but when I want to reach it again, I cant see it anymore
Hi, Azlin. You can view the post here https://supplementmama.com/pengalaman-dan-15-tips-beli-iphone-secondhand/ Happy reading! :)