Mesti Cuba: Warung Ikan Baung Tempoyak Ajil, Terengganu

Dah lama tahu pasal kedai makan ikan baung tempoyak yang menjadi buah mulut orang tempatan mahupun pengunjung luar ni.

Tapi itulah, bila balik Terengganu jer tak ada masa pulak nak jalan-jalan cari makang. Adik dan kakak pulak sokmo masak sedap time kita balik, jadi takda la rasa nak cari makan kat luar kan hihi

Ada beberapa kedai makan ikan baung tempoyak yang popular di Terengganu ni. Salah satunya di pekan Kuala Berang, betul-betul tepi Sungai Terengganu, kalau tak silap saya lah, sebab tak pernah pergi.

Kedai yang saya pergi ni dekat Ajil. Tak jauh dari Kuala Berang jugak. Kalau dari Kuala Terengganu menghala Kuala Berang, kita akan jumpa dulu pekan Ajil.

Simpang 3 pekan AJil tu belok ke kiri, menghala ke Jerangau/Jabor.

Kedai makan Amilin ni sebelah kiri, korang google jer mesti jumpa.

Kalau nak datang makan kat sini, pastikan sampai dalam pukul 12 -1230 tghari. Kalau lepas waktu tu, atau waktu peak hour/lunch time memang sesak dengan customer.

Kalau dah ramai, nak cari tempat duduk pun susah, sebab kedainya takde lah besar sangat.

Saya first time makan kat sini adik ipar yang bawak, itu pun sebab ada urusan di Ajil.

Patin tempoyak pun ada, tapi dah selalu makan. So dah alang-alang sampai, kita pekena baung la pulak kan.

Besar-besar bohh baung dia. Boleh pilih nak bahagian kepala, ekor atau isi/badan.

Masa kitorang sampai tu dah kul 1 lebih, memang ramai bangat orang. Mujur ada meja dan kerusi kosong ngam-ngam 3 orang.

Ikan pulak tinggal bahagian kepala jer, dan tokey kedai tak bagi nak beli bungkus, dine in sahaja. Yer lah kalo semua yang makan kat situ nak tapau bawa balik kesian la customer yang datang jauh-jauh nak dine in, kan..

Kami amik 3 ketul kepala, besar plus nasi 3 pinggan, ulam-ulaman dan air. Semua sekali RM40 hingget. Murah ke mahal? Ok sangat la tu kan, baung tu, bukan patin.

Jadi, kalau korang berpeluang bercuti ke Terengganu, saya sangat-sangat recommend singgah ke Warung Amilin Selera Kampung, di Ajil ni. Confirm puah ati Insya Allah.

0 Shares

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai