Knowledge Sharing

Panduan Permohonan Darjah 1 Sekolah Agama Intergrasi (SRAI) Tahun 2020

PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU (1) SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) NEGERI SELANGOR 

Berikut adalah panduan yang saya telah ambil dari beberapa facebook SRAI yang telah dikumpulkan untuk dijadikan sebagai rujukan:

No photo description available.

MAKLUMAN PENDAFTARAN BAGI MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU (UKS) SRAI NEGERI SELANGOR BAGI SESI 2020.

* Calon, Ibu & Bapa mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.

* Anak lahir pada 02 JAN 2013 HINGGA 01 JAN 2014.

* Telah mendaftar di Sekolah Kebangsaan (SK). Jika belum, terus daftar di http://apps.moe.gov.my/esppsel atau http://public.moe.gov.my

* Sila bawa SIJIL KELAHIRAN ASAL CALON & BUKTI PENDAFTARAN SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) semasa hendak mengambil Borang Pendaftaran UKS.

LANGKAH 1 : PENGISIAN BORANG PENDAFTARAN SECARA MANUAL (BERTULIS)

– BORANG PENDAFTARAN UKS boleh didapati di pejabat sekolah sepanjang bulan APRIL ( Mulai 01 APRIL 2019 HINGGA 30 APRIL 2019 ) kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Am.

LANGKAH 2 : PENGISIAN PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE).

– Tuan/Puan DIWAJIBKAN untuk mengisi borang secara atas talian (ONLINE) SELEPAS menghantar Borang Pendaftaran (BERTULIS) yang lengkap ke pejabat sekolah.

– TARIKH AKHIR untuk hantar Borang Pendaftaran (BERTULIS) DAN pengisian permohonan secara atas talian (ONLINE) adalah pada 30 APRIL 2019.

** Tertakluk kepada sebarang pindaan.

P/S:

1. KEGAGALAN menghantar Borang Pendaftaran (BERTULIS) DAN pengisian permohonan secara atas talian (ONLINE) akan menyebabkan permohonan anda DITOLAK.

2. Bayaran RM10.00 – RM15.00 (bergantung kepada lokasi sekolah) akan dikenakan untuk proses pengurusan borang bagi UKS.

3. Buku Contoh-Contoh Soalan UKS boleh dibeli di pejabat sekolah dengan harga RM12.00

Baca: Koleksi Soalan Latihan SRAI

Image may contain: text


Image may contain: text
No photo description available.

Brosur ini disediakan oleh Seksyen SRAI, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.

No photo description available.
Image may contain: text

BORANG PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU (1) SRAI NEGERI SELANGOR (TAHUN 2020)

Borang permohonan pendaftaran boleh diperolehi di pejabat sekolah atau ‘download’ dari FB sekolah tertentu mulai 1 April 2019. Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke pejabat sekolah sebelum atau pada 30 April 2019.

No photo description available.

Download borang di http://bit.do/
borangpendaftarantahun1

Perlu diingatkan ibu bapa / penjaga WAJIB mendaftar di sekolah kebangsaan terlebih dahulu sebelum menghantar borang permohonan ke SRAI.

Kepada ibu/bapa/penjaga yang BUKAN anak kelahiran negeri Selangor TETAPI telah menetap lebih dari tujuh (7) tahun di negeri Selangor perlu mengisi boran pengesahan pemastautin seperti di bawah.

No photo description available.

Download borang pemastautin (jika berkenaan) http://bit.do/brgpemastautin

Bagi yang memohon SRAI 19, berikut adalan tindakan yang perlu dilakukan SELEPAS menghantar borang permohonan ke pejabat sekolah.

No photo description available.

atau isi terus nombor pendaftaran dan pengesahan ujian kemasukan murid tahun satu (1) SRAI 19 Tahun 2010 di http://bit.do/sraiuks2020

TARIKH-TARIKH PENTING PENDAFTARAN DARJAH 1 SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 2020

Tarikh Pendaftaran di buka : 01/03/2019
Tarikh tutup pendaftaran : 30/04/2019
Tarikh pendaftaran lewat buka : 01/05/2019
Tarikh pendaftaran lewat ditutup : 15/12/2019
Tarikh Rayuan Dibuka : 01/08/2019
Tarikh Rayuan Ditutup : 31/08/2019
Tarikh Mula Pengesahan Penempatan : 01/08/2019
Tarikh Tamat Pengesahan Penempatan : 30/09/2019
Tarikh Surat penempatan : 01/08/2019
Tarikh Surat Rayuan : 01/10/2019

Selepas selesai mengisi, pastikan ibu/bapa/penjaga mencetak borang dan bawa dokumen seperti yang dinyatakan di dalam sistem ke sekolah untuk membuat pengesahan dlm tempoh 14 hari.

Bagi ibu bapa/penjaga yang tidak mahir /tiada komputer/ buta huruf-boleh ke sekolah untuk dibantu

Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem.

Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan

Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, minta ibu bapa daftar secara manual di PPD selepas 15 Disember 2019 dengan mengisi borang ASBS

Bagi permohonan tahun 1/2020 untuk murid tanpa dokumen, mohon mendaftar di PPD melalui borang MWTD selepas 15 Disember 2019.

TARIKH PENTING PROSES PERMOHONAN DARJAH 1 SRAI TAHUN 2020

Image may contain: text

Bagi SRAI Salak Tinggi, berikut adalah makluman awal mengenai Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) yang bakal diadakan

Image may contain: text

Baca: Koleksi Latihan SRAI

Keputusan ujian kelayakan boleh diketahui dengan cara melayari laman web http://pendidikan.jais.gov.my . Jika lulus, jangan lupa cetak surat tawaran kemasukan murid tahun satu SRAI dan serahkan terus ke sekolah yang ditawarkan.

Menurut website SRAI Sungai Chinchin, berikut adalah maklumat mengenai proses rayuan jika anak tidak berjaya ujian UKS:

ADAKAH RAYUAN BOLEH DIBUAT SEKIRANYA ANAK TIDAK BERJAYA SEMASA UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU 2020?

Ya. Ibubapa/Penjaga boleh membuat rayuan tersebut dengan mendapatkan borang rayuan di sekolah SRAI bermula dari 18 Julai 2019 hingga 2 Ogos 2019 (Waktu bekerja sahaja). Borang rayuan yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar ke JAIS melalui sekolah SRAI yang terlibat.

Perlu diingatkan sekali lagi, di bawah adalah kriteria pemilihan murid:

Pemilihan kemasukan murid adalah berdasarkan kelayakan seperti berikut ;
a- Murid telah mendaftar di sebuah Sek. Ren. Agama Integrasi Negeri Selangor (SRAI).
b- Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI (UKS).
c- Lulus dengan baik UKS.
d- Memenuhi keperluan tempat yang ditawarkan di SRAI.

Tiada keutamaan diberikan kepada permohonan bagi kategori seperti berikut ;
1. Calon yang rumahnya berdekatan dengan sekolah.
2. Calon mempunyai adik beradik yang bersekolah di SRAI.
3. Calon memohon untuk bertukar ke sekolah SRAI yang lain setelah mendapat tawaran bersekolah di salah sebuah sekolah SRAI


Nota ;
Tahap kelulusan adalah berdasarkan keputusan terbaik dan jumlah kekosongan tempat yang ditawarkan di setiap sekolah.

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai