Pengalaman dan 15 Tips Beli Iphone Secondhand

silver iphone on black textile
Photo by thiago japyassu on Pexels.com

Siapa yang sedang membaca post ini pasti sedang mencari iphone secondhand, bukan? Hari ini saya nak ceritakan pengalaman dan 15 tips beli iphone secondhand.

Di atas dasar bajet ‘entertainment’ yang terhad, saya memilih untuk membeli iphone terpakai untuk jimat sedikit supaya tidak terbabas dengan rancangan kewangan. Tujuan dibeli pun kerana mahukan camera yang terbaik kerana saya sukakan gambar natural colour yang cantik dan video yang menarik.

Ciri-ciri asal iphone yang dikehendaki:

  1. Iphone Pro 256G
  2. Asalnya nak warna Midnight Green hihi
  3. Masih dalam warranty Apple Store
  4. Myset
  5. Battery condition above 97%

Macam-macam tempat saya survey. Ini termasuk:

  1. Instagram
  2. Mudah.com
  3. Carousell
  4. Facebook Marketplace
  5. Pergi ke kedai

Hasil dari bacaan yang dilakukan di internet dan ilmu yang disampaikan dari seorang seller yang baik hati di kedai telefon, disini saya kongsikan  sedikit pengalaman yang telah saya lakukan.

SEBELUM MEMBELI

1. SURVEY

Setiap kali anda survey, pastikan iphone yang dijual itu dari trusted seller. Di luar sana banyak scammer, lagi-lagi di social media. Bila harga tak masuk akal, pasti ada benda yang tak kena. Contohnya, semasa artikel ini ditulis, harga bagi iphone Pro Max 256G secondhand adalah sekitar RM4300 – RM4650. Ada yang jual di bawah harga ini. Contohnya, saya ada jumpa iphone berharga RM3900 tetapi mute button telah rosak walaupun dikatakan masih dalam warranty. Jika terdapat iphone yang lagi murah dari ini, kemungkinan besar iphone tersebut adalah refurbished ataupun mempunyai masalah tersendiri. Pastikan anda tahu harga semasa. Buat sedikit homework sebelum melakukan pembelian. Saya mengambil masa lebih dari seminggu untuk meyakinkan diri sebelum melakukan apa-apa pembelian.

2. RESEARCH

Jika ada iphone yang berkenan di hati dan memenuhi ciri-ciri yang diperlukan, minta sedikit maklumat dari seller tersebut. Anda boleh melakukannya untuk mendapatkan kepastian mengenai iphone tersebut. Minta seller screenshot maklumat di Setting > General > About dan sertakan maklumat di belakang kotak iphone. Pastikan:

i) Nombor IMEI di iphone sama dengan nombor di kotak.

Apa yang anda boleh dapatkan dari maklumat ini? Buka website www.imei.info atau imei24.com untuk mendapatkan maklumat mengenai iphone tersebut.

Maklumat asas iphone. Pastikan model sama seperti yang diiklankan. Klik bahagian ‘Free Checks’ untuk mendapatkan maklumat mengenai iphone tersebut.
Boleh semak samada iphone original atau refurbished dan tarikh habis warranty.
Iphone ini tidak di blacklist.

Check Your Label

Perasan tak ada stiker MCMC di sesetangah produk elektronik atau gajet yang kita gunakan? Stiker tu satu bentuk tanda kelulusan bahawa produk yang kita guna tu telah melalui piawaian SIRIM, sah dan selamat digunakan. Ada satu apps dari SIRIM yang boleh digunakan untuk memastikan produk yang kita beli atau gunakan mendapat kelulusan SIRIM atau tidak. Aplikasi Check Your Label membantu anda membuat keputusan untuk meneruskan pembelian atau tidak.

Saya cuba masukkan semua nombor IMEI iphone yang saya survey. Hampir kesemua mendapat status ‘WARNING’ walaupun iphone tersebut original dan masih mempunyai warranty. Saya sendiri saksikan seller memasukkan nombor IMEI iphone yang diambil dari kedai sah Apple Store. Ternyata keputusan memang berbeza.

Perhatikan maklumat-maklumat di dalam kotak merah. Ini yang sepatutnya akan keluar jika phone anda sudah mendapat kelulusan SIRIM.

Bila dah dapat maklumat macam ini, sekurang-kurangnya ia meyakinkan saya produk yang diiklankan adalah original dan sah dari Apple Malaysia Sdn Bhd. Jika tak mahu download apps tersebut, boleh cek produk gajet anda terus di https://ecomm.sirim.my/SirimEnquiry/search_IMEI.aspx

b) Model Number

Dengan nombor model, kita boleh kenalpasti iphone yang dijual adalah myset atau import set.

Perhatikan iklan yang dikeluarkan oleh Harvey Norman. Nombor *****MY/* menunjukkan iphone ini adalah Myset.
Model *****CH/* menunjukkan ini adalah model telefon import dari China. Namun begitu, warranty masih di bawah Apple Store.

Untuk mengetahui lebih lanjut iphone yang dijual berasal dari (myset atau import set), boleh rujuk kepada artikel Apple User Group Malaysia.

c) Serial Number

Satu lagi cara untuk mengenal pasti samada iphone tersebut original atau tidak adalah dengan menyemak Serial Number iphone tersebut di checkcoverage.apple.com . Serial number tersebut boleh di dapati di Setting > General > About > Serial Number.

Ini adalah iphone original. Warranty tamat tempoh pada 26/12/2020. Selalunya Telephone Technical Support sudah tamat tempoh kerana ia aktif untuk tempoh 90 hari pertama pembelian sahaja.

d) Battery

Semua mahukan telefon yang mempunyai bateri yang masih bertahan lama, bukan? Di bawah ini adalah contoh iphone original yang masih dalam warranty dan mempunyai daya tahan bateri yang tinggi. Pergi ke Setting > Battery > Battery Health untuk mengetahuinya.

Maka anda pun puas hati dan bersedia untuk beli.

  1. Iphone Pro 256G – CHECKED! (tapi kita upgrade ke Pro Max)
  2. Asalnya nak warna Midnight Green hihi- CHECKED! (ada option Space Grey dengan harga berpatutan)
  3. Masih dalam warranty Apple Store – CHECKED!
  4. Myset – CHECKED! (import set murah sikit)
  5. Battery condition above 97% – CHECKED!

SEMASA MEMBELI

Maka misi seterusnya adalah berjumpa dengan owner/seller. Lebih baik lakukan pembelian secara bersemuka dari pos. Anda boleh membelek iphone tersebut dan melakukan pemeriksaan tersendiri. Untuk lebih selamat, lakukan pembayaran secara online banking dari membawa cash yang banyak di dalam poket. Pilih owner/seller yang anda yang yakin telus dan jujur. Bonus jika owner boleh bawa resit asal iphone yang telah dibeli.

Nak beli biarlah puas hati. Berikut langkah-langkah yang anda boleh lakukan semasa berjumpa dengan owner/seller:

  1. Dial *#06# di iphone tersebut dan dapatkan nombor IMEI.
  2. Pastikan no IMEI di telefon sama seperti di kotak.
  3. Periksa no IMEI di website www.imei.info. Periksa maklumat mengenai iphone tersebut seperti model iphone, tarikh warranty dan sebagainya.
  4. Jika owner/seller menyatakan bahawa iphone telah dibeli di authorised Apple Store seperti Machine atau Switch, periksa kesahihan iphone tersebut di apps Check Your Label atau https://ecomm.sirim.my/SirimEnquiry/search_IMEI.aspx. Hanya iphone yang telah dijual di authorised store sahaja akan keluar maklumat ini.
  5. Periksa Serial Number di checkcoverage.apple.com. Pastikan maklumat sama seperti di www.imei.info. Periksa semua maklumat jika owner ada extend Telephone Technical Support dan on Find My Device.
  6. Masukkan simkad anda. Pergi ke Setting > General > Network . Lihat samada network simkad anda boleh detect untuk mengelakkan telco set.
  7. Buat panggilan video call. Periksa kamera depan & belakang, speaker dan microphone semasa video call dilakukan. Tanya orang yang kita video call tu samada mereka boleh nampak dan dengar kita.
  8. Selesai video call, buka camera dan ambil beberapa gambar. Test semua zoom. Record video pendek sambil goncang phone untuk memastikan tiada benda longgar di dalam phone. Dengar video dan periksa hasil camera.
  9. On wifi, mobile data dan bluetooth. Periksa setiap connection.
  10. Periksa Battery Health di Setting > Battery > Battery Health
  11. Periksa mute button di kiri iphone.
  12. Assistive button touch – Buka Setting > Accessibility > Touch > Assistive Touch , gerakkan cursor di seluruh skrin untuk memastikan skrin berfungsi dengan baik
  13. Check FACE ID – minta owner unlock screen guna Face ID
  14. Charger – cuba charge di mana-mana electric point yang terdekat.
  15. Headphone – yang ni subjektif. Jika ada, periksa samada berfungsi atau tidak; tapi saya geli.

Akhir sekali, periksa luaran iphone tersebut. Cek body, kamera dan sebagainya. Ini boleh mempengaruhi harga iphone tersebut.

Anda puas hati dengan phone tersebut?

Buat sedikit interview. Tanya samada phone tersebut pernah jatuh atau tidak atau pernah dibaiki. Tanya baik-baik ok. Tanya di mana phone tersebut dibeli. Tanya mengapa owner mahu menjual iphone tersebut. Anda selidik sendiri. Lakukan tawar menawar jika perlu.

Rezeki saya bertemu dengan owner yang Insya Allah boleh dipercayai. Owner telah membawa kotak asal bersama plastik yang telah dibuka. Melihat plastik tersebut pun sebenarnya kita boleh kenal pasti samada ia dibeli dari authorised seller atau tidak.

Sumber: Ali Express. Beza original dan copied plastic.

Apa yang kami lakukan semasa pembelian:

  1. Owner reset iphone tersebut. Semua data dipadamkan di depan saya.
  2. Owner membenarkan saya untuk memasukkan setting baru termasuk FACE ID saya.
  3. Selesai setting, barulah saya membuat cash transfer secara online.
  4. Minta owner padam semua iklan.

SELEPAS MEMBELI

  1. Saya memeriksa kembali iklan yang telah dikeluarkan.
  2. Buka icloud.com dan periksa segala setting. Cuba gunakan Find My iPhone.

Pengalaman saya ini cumalah pengalaman peribadi. Mungkin anda boleh kongsikan lagi apa yang perlu dibuat.

Ketika perjumpaan ini dilakukan, saya sebenarnya ada beberapa pilihan lain dengan harga yang tidak jauh berbeza. Tapi mengapa saya akhirnya memilih iphone yang sekarang ini kerana pilihan lain semua tidak melepasi app Check Your Label. Owner sendiri ada menyatakan bahawa iphone tersebut di beli di Machine KL Sentral dan tujuan dijual kerana dia sendiri tidak biasa dengan ios. Tengok dia pun macam terkial-kial nak pakai.

Check Your Label warning.

Sebenarnya tidak melepasi Check Your Label bukan satu masalah yang besar kerana ada setengah phone masih lagi under warranty Apple Store. Kebetulan iphone tersebut rezeki saya, maka saya ambil sahaja walaupun ada harga dan warranty yang lebih lama.

Pilihan lain telah ditolak kerana:

  1. RM4615 – Myset – Expired 6/12/20 – Battery 97% – tidak melepasi check your label. Seller mengenakan bayaran untuk memeriksa samada telco set atau tidak.
  2. RM4399 – Myset – Expired 21/1/21 – Battery 98% – tidak melepasi check your label. Seller hanya memberi jaminan iphone tersebut bukan telco set tetapi tidak pasti bagaimana untuk diperiksa.
  3. RM4300 – China Set – Expired 22/8/21 – Owner tidak menceritakan di mana phone tersebut beli.

Kalau dilihat di dalam list, pilihan 3 itu yang paling menarik. Warranty lama lagi. Baru pakai sebulan (ketika artikel ini ditulis). Malah ketika artikel ini ditulis, rata-rata ramai yang menjual sekitar RM4500. Ada seorang lagi owner telefon baru myset dari authorised seller menggunakan iphonenya selama sebulan. Bila survey, owner tersebut siap buat extra cover untuk technical support. Harga bawah RM4500. Tetapi selalunya iklan macam ni cepat orang sambar. Maka tarikh iklan dikeluarkan mungkin menjadi salah satu faktor yang boleh anda ambil kira. Lagi terkini, lagi baik.

Anyway, jika anda ada bajet yang lebih, boleh terus beli yang baru. Memandangkan iphone 12 akan muncul tidak lama lagi, maka iphone haga iphone yang sedia ada pun sudah turun. Contoh, di Lazada, Iphone Pro Max 256G, dulu harganya RM5999. Kini, dengan diskaun sehingga RM700, boleh dah beli set baru. Info lanjut boleh terus rujuk di Lazada.

0 Shares

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai