Knowledge Sharing

Pengalaman Menyertai PMC Plus 6 Prof Muhaya

Assalamualaikum!

Betul ke orang semakin positif atau terlalu bersetuju dengan apa yang Bonda Prof Muhaya kongsikan setiap hari? Nak tahu saya punya pengalaman menyertai PMC Plus 6 Prof Muhaya Batch 3? Jom baca apa yang saya ingin kongsikan.

I was a negative thinker. 
How did I discover that? 
When someone told me to think positively.

Hehe pelik tak?

Saya ingat saya dah makin positif. Macam-macam saya buat. Dengar mengenai Neurolinguistic Programme (NLP), tengok video motivasi, dengar ceramah motivasi dan sekali sekala mengikuti Page Bonda Prof Muhaya.

And what did I feel?

SKEPTIKAL.

itulah saya suatu ketika dahulu

Ya. Itulah saya suatu ketika dahulu. Sangat-sangat negatif. Orang sekarang kata ‘bajet bagus’.

Ketika itu, hati saya berkata “mana ada manusia yang begitu positif”. Mereka ni acah-acah positif nak nampak baik. Mesti join mana-mana program paksa diri nampak baik supaya dapat pikat orang lebih-lebih lagi untuk marketing.

Hihi dahsyat kan saya?

Itu saya dulu. Insya Allah saya rasa saya semakin SEDAR. Semoga Allah lorongkan saya supaya bertambah semakin baik. Bak kata bonda “semua orang nak jadi baik tapi tak tahu macamana nak jadi baik dan setiap kelakuan yang mereka buat tu semua dengan niat yang terbaik”.

Allah….

Sebelum saya meneruskan coretan, ingin saya nyatakan saya masih dalam proses belajar untuk jadi baik atau lebih baik. Saya bukannya baik huhu.

Seperti manusia yang lain, ada masanya iman naik, ada masanya turun. Ada masa saya positif, dan ada masanya saya negatif.

Itulah emosi. Bila tak sedar diri, emosi ini banyak terkesan dengan suasana. Bila sedar diri, mata hati terus berubah melihat kebaikan setiap perkara.

Dulu saya sering rasa saya adalah mangsa keadaan. Contohnya, saya rasa orang lain menyebabkan saya sebegini. Saya menyalahkan ibubapa, suami, institusi atau orang sekeliling yang menyebabkan saya menjadi negatif.

Hihi rasa nak gelakkan diri sendiri. Rupa-rupanya bukan sebab orang sekeliling. Tapi sebab saya sendiri! Hahaha gelakkan diri lagi!

Saya yang mengizinkan diri saya untuk rasa pahitnya masalah. Saya sendiri yang mengizinkan diri untuk berasa sakit pada sesuatu ujian. Dan saya sendiri untuk pilih untuk berasa sedih, stress dan marah secara berterusan!

Allah…Allah….

Apa yang menyebabkan saya rasa nak join PMC Plus 6

Seperti yang lain, mula-mula saya perhati (observe) sahaja komen-komen di video live 7amclub. Saya hairan, kenapa ramai sangat komen positif. Mereka ni buat-buat ke atau mengampu sebab terlalu mengkagumi bonda? Astaghfirullah. Begitu buruk sangkaan saya ketika itu. Susah terkeluar komen yang negatif di video live bonda.

Saya begitu skeptikal. Susah betul nak tengok keadaan dari perspektif berbeza. Sehingga saya sendiri melihat perkongsian dari peserta tertentu yang berjaya mencapai spektrum yang berbeza; iatu dari bawah ke atas.

  • Ada yang pernah mengalami masalah hubungan dengan anak.
  • Ada yang pernah mengalami masalah dengan keluarga.
  • Ada yang pernah mengalami masalah dengan pasangan.
  • Ada yang pernah mengalami masalah kewangan ketika PKP.
  • Ada yang pernah mengalami masalah dengan diri sendiri.

Tapi apa yang berlaku selepas mereka menyertai PMC Plus 6?

Mereka bertambah tenang, bahagia dan gembira dengan bibit-bibit kehidupan! Semua makin tersenyum. Ramai yang menangis kegembiraan!

Allah…apa magic yang bonda telah curahkan? Lagi saya tertanya-tanya.

3 sebab utama yang menyebabkan saya rasa nak join PMC Plus 6.

  1. Saya mengalami atypical migraine. Migraine ni pelik tak seperti orang lain. Sakitnya berpanjangan tapi saya masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa. Kalau sakit sangat, saya akan cuba berjalan-jalan, kunyah sesuatu ataupun baring dan tidur.
  2. Saya ada keinginan untuk sambung belajar. Saya mengambil keputusan untuk melaburkan sedikit wang untuk menyertai PMC Plus 6 selama 3 bulan dan memerhati bagaimana keadan atypical migraine saya ketika menuntut ilmu secara serius.
  3. Saya ingin tahu kenapa saya sentiasa rasa marah dan negatif. Sudah 10 tahun saya alami atypical migraine ini dan ini menjejaskan mood saya terutamanya dengan ahli keluarga sendiri.

PMC Plus 6 Mahal

Kata saya suatu ketika dahulu

Yea..itulah yang saya katakan. Nak keluarkan RM500 untuk menyertai PMC Plus 6 bukannya mudah bagi saya. Banyak kali saya fikir.

Masa tu fikir macam ni.

  • Duit RM500 boleh beli groceries.
  • Duit RM500 boleh bayar bil macam-macam.
  • Duit RM500 boleh beli 2gram emas.
  • Duit RM500 boleh isi minyak petrol melebihi sebulan.
  • Duit RM500 boleh bayar duit tuisyen anak
  • Duit RM500 boleh makan special sikit.
  • Macam-macamlah boleh beli.

Ada kalanya saya pujuk diri sendiri dengan hanya menonton 7amclub dan kutip ilmu dari situ. Dari situ pun macam-macam boleh belajar. Cuma saya perasan saya sesat (lost) sebab tak faham apa yang cuba diperkatakan.

Macam-macam tips free yang boleh belajar dari 7amclub.

  • Macamana nak bahagia
  • Macamana nak maafkan orang
  • Macamana nak kawal stress
  • Macamana nak hadapi masalah
  • Macamana nak lupakan kisah silam
  • Macamana nak urus rumah tangga
  • Macamana nak cari jodoh
  • Macamana nak uruskan anak
  • Macamana nak urus emosi
  • Dan macam-macam lagi

Banyak. Memang banyak!

So apa yang menyebabkan PMC Plus 6 berbeza dengan 7amclub?

Jawapannya:

PMC Plus 6 ada modul lebih tersusun.

Ia merungkai segala asas kehidupan yang kita perlu betulkan.

Ia merungkai siapakah diri kita dan bagaimana menjalani kehidupan.

Ia membimbing kita bagaimana melihat sesuatu perkara dari perspektif berbeza.

Ia membuka mata hati kita melihat sesuatu perkara dari menggunakan mata fizikal.

Ia mengajar kebergantungan kita kepada Allah dan bukannya pada makhluk.

Ianya magic. Memang magic!

Allah….tak sangka saya pun akan tulis macam ni. Ya Rahman, Ya Rahim. Memang Dia Maha Penyayang. Memang Dia Maha Pengasihani. Dia sahajalah yang mengetahui apa yang saya rasa.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk MELABUR RM500 untuk diri sendiri. Ya, melabur. Kalau semua bayar, rasanya seronok cuma jangka masa pendek. Kalau labur, manfaatnya untuk jangkamasa panjang. Saya nak menimba ILMU untuk mempelajari bagaimana nak jadi tenang, bahagia dan membahagiakan seperti orang lain!

Masya Allah! Allahuakbar!

Pengalaman Menyertai PMC Plus 6 selama 3 bulan

Saya mengambil keputusan menyertai PMC Plus 6 Batch 3 seminggu sebelum mereka bermula. Bukan sehari dua saya berfikir tapi berminggu-minggu. Saya perhati je bagaimana Batch 1 dan Batch 2 punya feedback.

Percayalah. Setiap hari saya bertanya pada suami “Should I join this PMC Plus 6? It’s too expensive.”

Bilamana suami sendiri pun katakan “if you think it’s good for you, then go ahead”.

Apa yang menyebabkan saya berfikir panjang ialah harga kos PMC Plus 6 itu sendiri. Ketika itu saya rasa sangat mahal. Sehingga suami pun kata dia sanggup taja separuh jika betul-betul mahu berubah dan bukannya hangat-hangat tahi ayam hihihi

Saya lagi tertarik bilamana ada yang berkongsi pengalaman bilamana Allah permudahkan perjalanannya menyertai PMC Plus 6. Mula-mula kumpul duit sikit-sikit, tup-tup ada yang taja terus beberapa hari sebelum PMC Plus 6 bermula.

Apa magic pertama yang kita boleh belajar dari sini?

NIAT.

betulkan niat semula memulakan sesuatu

Yang penting niat kena betul. Jika sekadar nak join just saja-saja nak intai apa yang berlaku, maka kita tidak akan merasai the magical feeling yang Allah beri melalui PMC Plus 6.

Sebelum mengambil keputusan untuk join, betulkan niat. Bagitahu Allah kenapa rasa nak join program ini. Istikharah jika perlu. Yang penting, kena cakap direct pada Allah seperti sedang berbual dengan-Nya.

Bilamana rasa kewangan tak mencukupi, bagitau Allah. Minta sahaja pada Allah yang kita nak join untuk berubah menjadi lebih baik. Yakinlah, Allah pasti akan tolong. Allah pasti akan lorong. Perasaan mesti kuat. Ya, ia mesti datang dengan perasaan yang kuat ketika berdialog dengan Allah. Jika ragu-ragu, ragu-ragu jugalah yang kita dapat.

Allah…saya tak tahu bagaimana lagi saya boleh describe magical feeling ini.

Anyway…..kembali kepada pengalaman menyertai PMC Plus 6 selama 3 bulan

Ketika artikel ini ditulis, hari ini adalah hari terakhir batch 3 menjalani kelas. Ketika ini ada yang masih bertungkus-lumus untuk mengikuti kelas dan ada juga yang telah selesai.

Saya?

Sebelum saya beri jawapan, saya kena highlight siapakah diri saya sebelum mengikuti PMC Plus 6.

Jika mengikut spektrum kehidupan yang bonda ajari, saya bermula dengan spektrum yang agak rendah. Ada 8 spektrum negatif dan 8 spektrum positif. Saya bermula dengan spektrum negatif 4 iaitu marah. Saya sentiasa rasa nak marah takde sebab. Saya sering berfikir apa yang menyebabkan saya marah. Tapi takdelah saya marah-marah memanjang hahaha. Intonasi saya bercakap sentiasa macam nak marah. Saya hold perasaan itu. Cumanya bila kepala terlampau sakit, saya akan jadi begitu moody dan tidak boleh mengawal intonasi. Rasa macam nak jadi singa pun ada! Hehehe (Astaghfirullah!)

Untuk sampai ke spektrum positif bukanlah mudah bagi saya. Ada masanya naik, ada masanya turun. Saya macam kat border line. Bila emosi tengah ok, macam-macam posting/story saya share. Bila tak ok, saya senyap tupah (bak kata orang gannu). Memang agak mencabar.

Mengapa jadi macam ni?

  1. Saya tak kenal siapa diri saya
  2. Saya tak tahu begaimana untuk berkasih sayang

Ini 2 punca utama.

Ketahuilah, untuk sesiapa yang pemikiran negatif, emosi kita akan menggigil melalui modul pertama PMC Plus 6. Kalau ikut pengalaman saya, saya terhenti di kelas 3. Saya mengantuk. Banyak kali saya tengok video tersebut dan banyak kali saya tertidur ketika mengikuti kelas tersebut.

Bayangkan tengah duduk, menulis sambil mengikuti kelas tersebut pun saya boleh tertidur. Seakan-akan ada halangan di situ.

Saya pause sekejap sehari dan cuba mengikuti kembali. Again, saya rasa letih. Kenapa? Sebab jiwa saya berkeladak. Nak tuntut ilmu kenal diri pun saya struggle. Allahh. Boleh bayang tak betapa struggle saya mengikuti kelas mengenal diri.

Saya tak kenal diri sendiri rupanya.

Saya ingat saya seorang sahaja rasa macam tu. Rupa-rupanya ramai seperti saya. Ramai stuck di kelas 3. Dah la ada lebih 40 kelas nak dihabiskan dalam masa 3 bulan. Masa tu lah macam-macam perasaan datang. Dan buat mereka yang berada di spektrum negatif macam saya, masalah itulah rasa negatif seperti stress pun dan datang. Semua benda rasa tak puas hati (tapi nak berubah!)

Buat mereka yang sudah lama berada di spektrum negatif, anda akan mungkin mengalami apa yang saya lalui. Semuanya bergantung dengan cara anda melihat sesuatu perkara. Perjalanan kita sangat berbeza.

Di dalam group telegram, anda akan dapati ada yang tersangat-sangat positif, ada yang struggle, ada yang saling ingat-mengingati, ada yang lost dan bermacam-macam lagi.

Cuma ada berberapa persamaan antara adik-beradik (ahli-ahli) PMC Plus 6

  • Semua bersikap terbuka (no judgment)
  • Penuh dengan kasih-sayang
  • Sentiasa ada moral support

Kami boleh bercakap tanpa segan silu. Rasa lebih terbuka. Rasa lega bila dapat berkongsi.

Hairan bin ajaib.

Jika sebelum ini kita takut dan malu untuk mengatakan sesuatu, di dalam group tersebut semua bersikap terbuka. Jika ada masalah, ada yang datang memberi kata-kata motivasi dan saling mendoakan. Tidak perlu takut mengatakan sesuatu kerana awal-awal lagi bonda pesan untuk membuang perkataan takut, malu, kalau, nanti dan sebagainya. Semua kata-kata beracun tersebut perlu dibuang.

So apa yang berlaku selepas kelas 3?

Saya pause sebentar. Mula-mula saya bagitau diri saya “maybe I just have to accept myself”.

Saya mengambil masa untuk berehat.

Kemudian saya paksa diri lalui kelas 3 dan terus ke kelas 4. Rupa-rupanya bila saya sambung kelas 4, di dalam kelas tersebut ada SESI HEALING!

Allahh.

Padanlah rasa berat je nak lalui kelas 3. Terasa betul beratnya. Struggle tu hanya Allah sahaja yang tahu.

Saya seolah-olah bercakap dengan diri saya yang dahulu. Saya macam jumpa diri saya kembali. Terkejut saya. Jadi excited pun ada.

Ketika kanak-kanak, saya suka berangan. Saya suka bercakap dengan diri sendiri. Best berkawan dengan diri sendiri! Rasa seronok. Namun begitu aktiviti itu terberhenti ketika ada ahli keluarga yang discover and the rest is history.

Suka saya nyatakan, jika sesi healing tu kita tonton sahaja, kita takkan rasa siapa diri kita. Kita takkan RASA. Emosi itu tidak ada. Ia berkaitan dengan RASA. Saya tak pasti bagaimana nak digambarkan. Tapi memang magical.

Tak lama lepas itu Ramadhan pun muncul. Saya sudah awal-awal lagi nekad fokus untuk Ramadhan kerana masa agak terhad lebih-lebih di waktu malam. Saya mengambil keputusan berehat dari PMC Plus 6 kerana kekangan masa.

Maka saya tinggalkan kelas PMC Plus 6 sebentar dan fokus kepada ibadah yang cuba rebutkan terutamanya khas di bulan Ramadhan. Saya nak kejar segala peluang rebut pahala. Memang saya tak jenguk langsung kelas PMC Plus 6.Ada masanya saya cuba pujuk diri saya. Bukankah dengar kelas PMC Plus 6 ini juga salah satu ibadah? Terlalu banyak benda nak buat masa tu. Jadi saya berikan keutamaan pada apa yang telah saya susun.

Alhamdulillah saya rasa dapat melalui Ramadhan kali ini dengan lebih baik berbanding tahun-tahun lepas walaupun PKP kembali bermula pertengahan Ramadhan. Seronok walaupun belakang kepala tu minta sangat dapat fokus balik kepala tu teringat kelas-kelas PMC Plus 6. Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua.

Masuk sahaja bulan syawal, saya rasa seperti kehilangan sesuatu. Walaupun ibadah ramadhan cuba diteruskan, saya dah mula rasa lost. Nikmat khusyuk solat semakin hilang. Nikmat doa semakin hilang. Saya rasa semakin lost. Apa ntah yang tak kena.

Saya tanya diri saya kenapa saya rasa seperti hampir kepada keadaan asal. Saya mula rasa nak marah. Saya rasa seperti ada suatu energy yang hilang. Terasa berat betul untuk kembali bangun sebelum subuh. Kalau solat tajahud pun tak diiringi dengan doa. Allahu… ada je yang tak kena.

Lama-lama tu saya sedar saya dah lama tak dikelilingi dengan circle yang betul. Maksudnya dah lama tak bersillaturahim dengan mereka yang mempunyai energy yang positif. Saya surirumah. Maka circle saya cuma suami dan anak. Sosial media pun dah lama saya tinggalkan. Jika dibuka, hanya nampak update dari kawan-kawan mengenai kehidupan harian, bisnes dijalankan atau kata-kata semangat dari kawan yang tertentu.

Bila buka telegram kembali, beribu-beribu mesej sudah saya ketinggalan. Saya dah lama tinggalkan PMC Plus 6 rupa-rupanya. 7amclub pun dah lama tak tengok memandangkan jadual kehidupan sedikit lari di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain.

Saya perlukan energy itu kembali! Saya perlu kembali ke circle yang betul. Tapi saya hairan kenapa saya rasa back to square one. Rupa-rupanya saya dah lama tak buat healing. Saya sudah lama tidak acknowledge diri sendiri. Saya kembali lupa mengapa saya dijadikan. Senang cerita, saya kembali lupa siapakah saya dan apa tujuan saya dijadikan di dunia seperti bonda ajarkan. No wonder rasa lost!

Saya mula mengikuti kembali kelas-kelas PMC Plus 6 Prof Muhaya dari awal. Kali ini perspektif saya sedikit berbeza. Kelas 3 yang saya mengalami masalah awal-awal hari tu dapat saya lepasi. Pelik, tapi itulah yang saya lalui.

Itu bukan bermakna saya sudah capai spektrum yang tinggi. Saya bermula dari bawah. Makanya saya masih lagi merangkak naik tangga ke spektrum lebih baik.

Spektrum? Apa tu spektrum?

Itu yang bonda Prof Muhaya akan bimbing. Ia mengenai keadaan jiwa kita di muka bumi ni. Ada yang nampak tenang tapi diam-diam gunung berapi. Ada yang nampak stress tapi berjaya dengan macam-macam bidang yang diceburi. PMC Plus 6 ini banyak mengajar konsep-konsep seperti:

Ada, Beri, Dapat

Peristiwa + Respon = Hasil Kehidupan

Cinta Tanpa Syarat

PMC plus 6

Ilmu yang diajarkan terlalu banyak. Strategi yang diajar juga Insya Allah berkesan jika kita istiqomah untuk berdisiplin. Anda tidak akan rasa anda seorang sahaja yang struggle sebelum ini. Kita semua sama. Kita semua diuji. Cuma ujiannya berbeza dan perlukan kesedaran yang tinggi.

So macamana dengan saya? Sebelum ini saya bermula dengan spektrum marah. Kini Insya Allah saya sedang menuju ke kenali diri. Perjalanan saya masih lagi jauh. Terlaluuu jauh. Iman kejap naik, kejap turun. Emosi kejap positif, kejap negatif. Itulah hakikatnya menjadi manusia. Kita berubah-ubah setiap hari.

PMC Plus 6 sesuai untuk sesiapa?

Ini pendapat peribadi saya. Mungkin yang lain ada pendapat yang berbeza.

Saya berpendapat PMC Plus 6 ini sangat sesuai untuk sesiapa yang cuba memahami erti kehidupan; lagi-lagi yang telah melalui banyak fasa kehidupan dan memilih untuk berasa tenang dan membahagiakan.

Jika anda pernah diuji seteruk mana pun dan masih lagi mampu mengawal diri, PMC Plus 6 sangat sesuai dengan anda. Perspektif anda terhadap ujian dan erti kehidupan akan menjadi berbeza. Sesuailah denga tema lagu bertajuk Mata Hati PMC Plus 6, memang sudut pandangan akan menjadi sangat beza.

Namun jika anda berada di spektrum paling bawah iaitu putus asa, mungkin ada perlukan sedikit keyakinan untuk menyertai PMC Plus 6.

Insya Allah, melalui PMC Plus 6, jawapan-jawapan kepada permasalah berikut akan terungkai mengikut tahap keladak jiwa yang kita ingin lepaskan. Antaranya:

  • Anda akan lebih tenang menghadapi ujian keluarga
  • Anda akan lebih tenang menghadapi ujian perkahwinan
  • Anda akan lebih tenang mengawal karenah anak-anak
  • Anda akan lebih tenang menghadapi ujian perhubungan dengan orang sekeliling
  • Anda akan lebih tenang menghadapi ujian anxiety
  • Anda akan lebih tenang menghadapi ujian sambung belajar
  • Anda akan lebih tenang mengubah menjadi seorang yang lebih berkeyakinan
  • Anda akan lebih tenang dalam menjemput rezeki

In fact, semua permasalahan tersebut akan menjadi magic yang tidak disangka-sangka. Boleh baca pengalaman magic saya.

PMC Plus 6 ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi (macam ala KBAT – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) atau bagi sesiapa yang sudah bersedia untuk melepaskan belenggu yang sudah ada dalam diri. Rata-rata ramai yang berusia 30an ke atas lebih terkesan. Yang masih belajar termasuk pelajar phD pun mula nampak jalan. Individu yang mengalami masalah risau berlebihan pula semakin tenang.

Dari pemerhatian saya, mungkin ada yang sukar menerima approach bonda Prof Muhaya jika anda berada di spektrum paling bawah dan masih belum memecahkan tembok believe in yourself.

Yupp..saya akui saya perasan apa yang berlaku. Dengan bermacam-macam viral lagi-lagi yang berkenaan dengan hak wanita terhadap suami atau mencari jodoh.

Macam inilah. Macam saya nyatakan, saya pernah berada di spektrum negatif. Malah saya sendiri pernah tidak bersetuju dengan Bonda Prof Muhaya. Kan saya pernah rasa pelik macamana orang boleh positif sangat ni? Hehehe

Jika saya berada di tempat mereka, mungkin saya akan rasa perkara yang sama. Rasa macam mengarut dan macam tak boleh terima. Secara jujur, saya pernah rasa nak marah. Geram betul masa tu (ampunkan saya bonda!).

Saya pun taktahu macamana perspektif tu berubah. Mungkin sebab selalu menonton 7amclub. Hari-hari duk tengok sampai slowly nampak apa yang bonda cuba sampaikan.

Saya tak nafikan, ada sesetengah perkara saya masih lagi susah nak terima. Contoh macam kita diuji disebabkan dosa kita sendiri. Saya rasa ramai fikir macam tu. Tapi bila fikir-fikir balik, ada kebenarannya. Bak kata mat tak berapa salleh “we are what we think”. Kita ada pilihan untuk melihat ujian tu macamana. Adakah kita mahu terus menjadi mangsa atau memberi impak positif kepada masalah tersebut? Wallahualam. Macam saya kata, nak memahami sesuatu perspektif ni memerlukan kesedaran yang tinggi.

Sebab itu kelas PMC Plus 6 ni lama sampai mengambil masa lebih dari 3 bulan. Kena tengok video tu berkali-kali. Kali pertama rasa tak setuju. Kali kedua rasa macam eh betul juga tu TAPI…. . Kali ketiga tengok rasa ye saya nak jadi Pecinta Tanpa Syarat (PTS). Insya Allah banyak masalah boleh diselesaikan bila dapat memahami PTS.

Secara jujurnya saya masih tak reti nak huraikan satu-satu apa yang saya pelajari sebab saya masih lagi dalam proses memahami. Yang pasti saya dapat rasakan bila saya ada KESEDARAN DIRI. Keywordnya memang SEDAR. Sedar dengan apa yang sedang berlaku.

Saya cuma berdoa agar saya dapat terus istiqomah sentiasa melihat dari perspektif berbeza lebih-lebih lagi dari mata hati. Ini bukanlah terlalu positif atau istilah baru yang orang selalu pakai ‘toxic positivity’. It’s beyond that.

Harapan saya, saya berharap apa yang saya pelajari ini dapat menyenangkan orang sekeliling saya. Saya sangat-sangat berharap sesiapa yang pernah rasa terlalu negatif dan putus asa dapat menyelami erti kehidupan. Saya doakan agar mereka berasa tenang dan bahagia tak kiralah apa yang berlaku.

Sebab akhirnya kita akan sedar, bukan dunia yang kita mahu tetapi rahmat Allah dan syurga kekal abadi.

Jom sama-sama berusaha masuk syurga tanpa hisab!

p/s: Wahhh tak sangka saya mampu tulis macam ni!

Info tambahan mengenai PMC Plus 6

Ada few things saya perlu highlight jika berminat nak join PMC Plus 6

  • PMC Plus 6 berjalan mengikut batch. Batch saya baru sahaja tamat. Insya Allah batch seterusnya iaitu PMC Plus 6 Batch 4 ULTRA. Tarikh pendaftaran next batch ialah 25 Jun – 2 Julai 2021 (1 minggu sahaja).
  • PMC Plus 6 Batch 4 ULTRA bermula 2 Julai 2021 dan mempunyai modul tambahan berbanding batch lain.
  • Kelas selama 120 hari mengikut tarikh yang mereka akan tetapkan. Jangan risau, kita masih boleh tonton video kelas mengikut kesesuaian masa kita. Yang penting uruskan fokus kehidupan kita.

Pelik tak pelik, dulu rasa harga pakej PMC Plus 6 agak mahal. Sekarang rasa macam nak sambung batch seterusnya sebab tak puas! Siapa nak join, saya boleh masukkan dalam Waiting List memandangkan penyertaan belum buka lagi. Boleh hubungi saya di komen untuk saya memberi update terkini untuk kelas seterusnya.

Sebenarnya pelaburan RM547 untuk mempelajari ilmu ketenangan jiwa selama 120 hari tidak mahal. Umpama membayar RM4.56 sehari untuk ilmu yang mahal ini. Terasa betul seakan-akan melihat dan mendengar seorang bonda sedang bercakap dengan kita. Seakan-akan jiwa anak kecil yang telah lama meronta kasih sayang dipulihkan kembali walaupun usia sudah mencecah 3, 4, 5, 6 siri. Tak mampu saya terangkan lagi. Laluinya sendiri seperti apa saya rasa.

Saya doakan anda juga merasakan seperti apa yang saya rasa. Rasai sendiri perubahan jiwa yang saya alami. Sekurang-kurangnya dapat merasai sendiri perubahan perspektif kita terhadap sesuatu peristiwa kehidupan. Fikiran lebih tenang. Kata-kata lebih baik. Tindakan pula semakin berhati-hati. Insya Allah kita pasti berhenti sejenak untuk memilih hasil kehidupan yang kita inginkan.

0 Shares

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai