Pentingnya Mengenali Diri

First of all, before you read  this entry, it’s going to be very formal and written in Bahasa Melayu. Well, my language is not that perfect, but I’ll try my best to express my concern. So, here it goes………..

Saya baru sahaja menghadiri satu sesi Ibu Bapa Pelajar dan Pensyarah di fakulti tempat saya bekerja. Tujuan program seperti diadakan untuk mendedahkan ibu bapa dengan senario yang anak mereka telah lalui dan bakal hadapi. Saya kurang pasti samada fakulti ata university lain juga program sebegini tetatpi program ini terpaksa diwujudkan memandangkan ramai generasi muda masa kini (khususnya anak murid kami) kurang jelas dengan masa depan mereka.

Apa yang membimbangkan kami ialah personaliti dan minat mereka tidak padan dengan program yang mereka sedang jalankan sekarang. Saya tidak mahu huraikan apa yang saya sedang ajar namun begitu apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai minat mereka. Bila saya ajukan soalan “mengapa kamu memilih program ini?”, antara jawapan yang kerap saya terima ialah:

“Ibu bapa saya mahu saya mengambil program ini.”

“Saya dipaksa memilih program ini.”

“Saya tak tahu apa minat saya.”

“Saya cuma layak program ini.”

Bila saya tanya berapa ramai yang betul-betul meminati program yang sedang mereka lalui, saya anggarkan hanya 20% yang akan angkat tangan. Ini sangat merisaukan saya. Persoalannya, adakah mereka sedar tentang masa depan mereka? Adakah mereka sudah memasang cita-cita atau target masa depan mereka? Ini membimbangkan saya kerana selepas ini pelajar-pelajar saya perlu mengisi borang UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Walhal, jika diamati kembali, mereka yang berada di program ini adalah pelajar lepasan SPM dan saya yakin mereka juga telah didedahkan dengan ekspo kerjaya dan sebagainya semasa berada di sekolah.

 Saya ingin bertanya kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang meningkat remaja, adakah anda menyedari minat anak anda? Adakah anda seorang ibu bapa yang authoritarian, authoritative, permissive atau uninvolved?

Jenis-jenis ibu bapa. Anda yang mana satu?

Jenis-jenis ibu bapa. Anda yang mana satu?

Sikap ibu bapa sendiri cenderung menentukan sikap dan pilihan anak anda mengenai masa depan mereka. Dari pemerhatian saya, pelajar-pelajar saya masa yang terkini mudah stress dan murung. Walhal, apa yang kami dedahkan dan ajar adalah sama seperti silibus-silibus sebelum ini. Tiada penambahan malahan banyak kerja kursus telah dikurangkan.

Tapi apa yang saya dapat simpulkan ialah, keadaan anak-anak masa kini semakin membimbangkan. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan mereka adalah pemimpin dan penentu masa depan. Jika tidak diselesaikan sekarang, kita akan melahirkan generasi yang stress dan mudah murung. Seharusnya kita perlu tanya diri kita “Siapakah aku?” kerana sikap kita sendiri akan digambarkan oleh anak-anak yang meningkat remaja. Wallahuam.

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai