Knowledge Sharing

Resepi Kek Batik Indulgence Sedap Tak Boleh Bawa Bincang

Sudah cuba buat kek batik melting viral? Sekali sekala terasa nak upgrade sikit untuk kek batik jenis lain, kan? Antara yang menjadi pilihan orang ramai ialah kek batik indulgence.

Di sini admin kongsikan resepi dari baker-baker tegar di Malaysia. Yang pertama dari Limau Nipis. Jom cuba!

RESEPI KEK BATIK INDULGENCE (By Limau Nipis)

*Resepi ini menggunakan acuan bulat saiz 8 inci
*Kek batik ini lebih sedap dimakan setelah disejukkan semalaman di dalam peti

Resepi :

Kek batik :

– 300g biskut marie (patah dua setiap keping)
– 1/2 tin (200g) susu pekat manis
– 3/4 cawan susu cair
– 1/2 cawan serbuk koko
– 3/4 cawan milo
– 1 biji telur gred A
– 250 g mentega (cair)

Lapisan cream cheese:

– 250g cream cheese
– 1 sudu kecil esen vanilla
– 50g gula kastor
– 120g whipping cream
– 12g gelatin
– 50ml air panas mendidih

Lapisan coklat ganache:

– 3/4 cawan UHT Whipping cream (dipanaskan)
– 200g coklat masakan gelap (dark chocolate)
– 1 sb mentega

Follow Limau Nipis for more recipes.

Ok resipi kedua pula dari Azlina Ina Fans yang admin jumpa di facebook. Nota, semua gambar adalah milik Azlina Ina Fans. Admin cuma tolong susun elok-elok supaya mudah kita rujuk bila nak buat Kek Batik Indugence tu nanti.

Image may contain: dessert and food

ganace indulgence
step 1 ko buat ganace die dulu hawal2 eh
200ml whipping dairy
250g dark compound cikgu prefere dark sbb kek batik tu dah manis kalau pakai milk takut ko cepat mati kene kencing manis??
2 sb butter
ok masuk dalam pengukus ke atau oven kejap
keluakan dan whisk bg die pekat

Image may contain: food

2 peket biskut merry xkisah korg nak gune perise asli atau coffee atau coklat.cikgu setakat ni suke gune jenama tu sebab xlembek masa digaul coklat.
1 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
1 ketul butter cup
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan milo

Image may contain: food

langkah 1
slow kan api eh masukkan butter cup td dalam kuali bia larut matikan api jap
dah masukkan milo plus serbuk koko kedalam. Kacau.

Image may contain: food

tuang susu pekat n susu cair bukak api slow dan masak smpai agak pekat

Image may contain: food

biskut merry tu patah2 kan xkisah la pakai lutut ko ke lutut laki memasing.kot2 tgh begaduh dgn jiran boleh buat kek batik ni mmg cantik patah die???

Image may contain: food and indoor

ok sementara tu ni gambar gelatin kat bakery belambak jgn plak tanya aku beli kat mana.sbb ko tanya smbil duduk atas katil menyampah aku??
ambik 3sb gelatin larut kan dalam 1/2 cawan air panas dulu ketepikan kejap

Image may contain: food

ha sambung balik.saje bg ko pening padan muke???
ok dah pekat kuah coklat td bukan kuah roti canai? masukkan biskut yg ko patah2 kan td gaul sebati.senang bye lahai sape xtau jugak buat ko pindah pluto sane

Image may contain: dessert and food

ok boleh la ko masukkan dalam beks yg ko suke.better kalau ko xbijak mcm cikgu?ko lapik plastik dulu bekas yg ko rasa nak masukkan tu atau pakai loyang ade clip tepi riso ko gune tapawere gini masa nak keluakan ko sempat masuk tanjung rambutan??dah masukkan ko simpn peti kejap

Image may contain: food

sementara tu buat indulgence layer cheese die
250g cream cheese
1/2 cawan susu pekat kalau xnak manis kurg kan
mix sebati
1 cawan whipping dairy sejuk2 ye masukkan mix sekejap smpai sebati
plus 1 cawan whipping non dairy cikgu pakai vivo mix smpai agak pekat cantik
masukkan separuh larutan gelatin yg kite buat awal td kan kacau kan.ok eh skrg ko nak letak bape byk flavour sukati korg.masa ni cikgu malas?masa lain rajin masa ni je?buat flavour strawbery je kat cheese die tu.korg boleh buat ape2 flavour just tambah pasted filling dan kacau.tuang adunan atas kek batik td

No photo description available.

ok ganace kite masukkan lebihan gelatin yg tinggal td kacau

Image may contain: dessert and food

tuang atas cheese layer td

Image may contain: dessert and food

ok masuk kan peti ais semalaman.hahaha dr semalam ade yg smpai begaduh laki bini pk camana cikgu keluakan dr bekas tu???.dah keras semua layer just panas kan air celup pisau sisip tepi2 tu tebalik kan keluakan la eleeee.pas tu cara potong pn sama.panas kan pisau lap baru potong tau.

Image may contain: food

ha sukati nak potong berapa.cikgu buat potong mcm tu sesuai la dgn ko yg beli nak murah je?elok lapis belacan la lenkali kan.cheese dah la mahai nak satu singgit eh lempang tau la

0 Shares

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai