
Saya minat fotografi. Semenjak usia 10 tahun macam tu. Teringat masa abah beli kamera DSLR Canon kalau tak silap, masa tu rasa teruja betul dapat ketik 1 – 2 gambar. Masa tu belum lagi wujud 15 kelas online fotografi smartphone yang akan saya senaraikan macam sekarang ni.
Zaman tu pakai filem. Nak ambil gambar tu tak boleh main-main macam sekarang. Pastikan ISO, aperture, etc semua dah betul baru boleh snap gambar. Setiap gambar tu mahal sebab satu filem boleh hasilkan 12, 24 atau 36 gambar sahaja.
Zaman sekarang, gambar tak menarik boleh delete je. Tersenget, tergelap, terlebih terang ke, delete je semua. Itupun kalau nasib baik kalau gambar kita ambil menjadi. Semua dah pakai digital. Nak edit pun senang.
Cumanya saya rasa saya ni ada blind spot pasal kamera. Saya tak faham matematik macamana nak gunakan kamera.
Bayangkan, saya pernah beli kamera DSLR Nikon, mirrorless Sony, tapi saampai sekarang saya masih buta add math photography.
Sony Malaysia Workshop
Saya pernah menghadiri kelas percuma yang dianjurkan oleh Sony Malaysia. Masa belajar teori saya ok lagi. Bila masuk bab macamana nak pakai aperture dan ISO dengan cara yang betul, terus blur.

Menggagau sekali nak pakai camera.
In the end, saya pakai auto setting bila nak pakai phone. Senang.
Adobe Photoshop
Cumanya takde kepuasan bila semua auto. Maka saya cuba belajar Adobe Photoshop. Saya teringin nak hasilkan gambar yang ada impak.
Belajar asas photoshop saya ok lagi. Bila masuk layering, Allah…. ntah kenapa otak ni susah nak compute. Orang lain tersenyum kegembiraan gambar dah makin menarik. Saya berkali-kali cuba tapi masih tak faham.
Maybe otak saya tak mampu nak faham bidang macam ni. It’s like add math in art. Perkara yang mungkin blind spot bagi otak saya.
Sedih, tapi nak buat macamana kan. Terima je la. Tak reti hasilkan gambar cantik pun takpe. Dapat tengok gambar orang lain cantik pun satu terapi.
Sampai satu keadaan saya pernah tulis dalam profile, ” loves beautiful pictures but doesn’t know how to produce one.”
Sadis.
Ok nak throwback sikit.
Saya ingat lagi, pada tahun 2005-2006 macam tu, saya teringinkan gambar wedding photography yang cantik. Yang ada beautiful moments tak perlu nak posing sangat. Masa tu zaman fotopages. Terjumpa hasil gambar Saiful Nang. Sangat cantik. Memang suka setiap moment yang diambil. Sampai kita pun boleh enjoy the moment.
Cumanya at that time, saya tak berani nak tanya atau hire dia. Tengok gambar-gambar kebanyakannya VIP atau royalties. Memang saya rasa saya tak mampu. So kita tengok je la.
Saiful Nang Academy – SNAP
Tapi kerana dek minat, saya sentiasa follow update gambar SN yang terkini. Dari zaman Candid Syndrome, ke penubuhan Rumah Pengasih Warga Prihatin, kemunculan brand Werda dan SARC dan macam-macam lagi. Kini ada Rarecation dan Rare Founders. Ada je macam-macam idea SN ni (mungkin juga idea ini datang dari team SN kuikui…Wallahualam)
Sampaikan buku-buku SN pun saya beli. Saya minat cara dia berfikir; bukan pada orangnya walaupun dia selalu mengaku dirinya hensem (hensem lagi suami saya kott #donepuji).
Owh buku Travelog Haji belum beli lagi. Kawan-kawan kata buku ni best. Bolehlah masuk dalam wish list nanti.
Ok fast forward.
Masuk tahun 2020 ni, kita harapkan kereta akan terbang, rupanya Covid-19 yang muncul.
Semenjak awal PKP dan kini PKPB (ketika artikel ini ditulis), saya rasa pentingnya kita semua kena asah skill.
Saya rasa betapa pentingnya kena melabur untuk diri sendiri dan tersangatlah penting untuk berguru. Saya tekad, kalau dulu saya asyik ikut kelas yang free (nak jimat punya pasal). Sekarang saya rasa lebih baik saya lakukan sesuatu yang mempunyai harga supaya kita sendiri rasa benda tu ada value.
Masa tu saya bagi diri saya 2 pilihan: Samada masuk kelas parenting atau kelas eat clean.
Ntah kenapa dua kelas itu jadi pilihan saya. Sedikit pun tak terfikir pasal photography.
Sampailah SN mula buka tajuk mengenai Covid-19 dan apa yang kita boleh lakukan semasa wabak pandemik ini tengah berlaku.
Salah satunya mengenai photography dengan menggunakan smartphone dan bagaimana nak fully utilised smartphone dalam perniagaan.
Kelas Online Fotografi Smartphone

Gambar macam ini pun diambil dengan menggunakan smartphone. Siapa tak tergoda kan?
Wahh! Saya bukan orang bisnes. Tapi saya sukakan photography. SN siap highlight tak perlu dah faham ISO, aperture segala macam dan kita boleh hasilkan gambar seakan-akan gambar DSLR.
Kalau dulu SN adakan kelas ‘turun padang’ yang saya rasa mustahil untuk saya turut serta. Sekarang dah ada kelas online!
Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan!
Tak seperti kelas lain yang mahal bukan kepalang, kelas yang SN dan team tawarkan bermula dengan harga RM50.
Dengan keadaan PKPB, kelas tersebut boleh belajar secara online, boleh diakses selama 1 bulan (kini 6 bulan), ada group community dan sebagainya.
Kelas bermula RM50. Siapa nak bagi harga macam ni? Terutamanya bila guru-gurunya adalah photographer professional yang dah bertahun-tahun lamanya.
Saya mulakan dengan mendaftar ke kelas Smartphone Photography. Saya rasa kelas itu paling penting untuk asas photography.
Dalam kelas tu saya belajar tentang bagaimana untuk setting camera phone, teknik pencahayaan, komposisi gambar dan asas editing.
Kalau ikutkan, saya dah belajar mengenai tips shoot foto semua tu di dalam kelas Sony Malaysia. Tapi ketika itu saya tak reti nak gunakan camera setting. Buatlah macamana pun. Hasil gambar tetap buruk. Lepas tu leceh nak transfer gambar masuk laptop atau smartphone. Lepas tu nak kena edit di photoshop. Owh tidak!

My blind spot: Nak belajar teoram pythagoras pun tak sesusah ni
Bila guna smartphone ni, kerja jadi mudah sedikit. Gunakan apps percuma yang ada di Playstore atau Apple Store. Touch up sikit dan walla! Hasil bertambah menarik! Matematik smartphone photography jauh lebih mudah berbanding camera. Tak payah nak pening-pening dah.
Satu tips saya belajar dari kelas Smartphone Photography, cara mengelakkan untuk cahaya langit nampak putih, letak fokus di langit dan betulkan pencahayaan di fokus tersebut agar ia kelihatan biru.
Kelas Online Smartphone Photo Editing
Dah seronok ambil gambar, saya rasa sudah tiba masanya saya belajar Smartphone Photo Editing. Rupa-rupanya cara edit gambar mengikut genre adalah berbeza.

Dari gambar biasa jadi luar biasa.
Di dalam kelas tersebut, saya belajar secara asas bagaimana nak belajar edit gambar yang kusam supaya jadi lebih menarik, bagaimana mencerahkan gambar yang ada backlight (subjek gekas tapi background cerah), cara edit portait dan hyper-potrait, asas editing food photography, bagaimana untuk edit gambar yang banyak dalam masa yang singkat dan bermacam-macam lagi.
Semua ini dengan hanya menggunakan apps percuma!
Disclaimer: saya pernah tahu pasal apps semua ini tapi tak reti menggunakannya. Biasalah, bila tak berguru ini sesat jalan terus.
Tips smartphone photo editing yang saya pelajari: gambar yang dibidik biarlah sedikit gelap dari terlampau terang supaya detail gambar tidak hilang. Kalau gambar cerah sangat sangat, buat macamana pun detail gambar takkan muncul.

Ambil gambar ni boleh jadi therapy untuk orang seperti saya. Bila edit gambar, ada suatu ketenangan di situ.
Honestly speaking, gambar saya masih belum cukup sempurna. Banyak latihan yang perlu dilakukan lagi. Kena faham yang smartphone phtography pun ada pelbagai katagori. Nak ambik gambar makanan bukan macam ambil gambar orang. Gambar kena nampak sedap. Orang kena nampak hidup dan ada rasa emosi.
Buat yang ada bisnes, saya sangat syorkan untuk join kelas ini. Terutamanya yang menguruskan perniagaan dari rumah. Gunakan smartphone anda untuk menghasilkan gambar yang seolah-olah diambil dari studio. Orang pun tak sangka yang anda mempunyai home-based business.


Guna smartphone boleh hasilkan gambar dan poster profesional,
Saiful Nang Academy (SNAP) ada menawarkan bermacam-macam kelas. Ikut sahaja ikut keperluan anda. Saya bercadang untuk register kelas Landscape Photography sebab saya suka berjalan-jalan. Habis PKPB ni tak sabar nak balik kampung suami dan berjalan bersama keluarga. Boleh ambil gambar menarik sebagai terapi.
Suami pernah nasihatkan saya, kalau minat fotografi, uploadkan gambar di website yang boleh menjual gambar kita. Manalah tahu kot ada orang berminat dan nak beli gambar kita ni. Boleh dijadikan side income. Saya tak pernah terfikir pasal pasal hal ini.
Saya cuba belajar sendiri tapi pening juga. Nak kena faham alghorithm, description, jenis gambar yang boleh terjual. Rupa-rupanya SNAP pun ada buat kelas Fotowang. Insya Allah satu hari nanti saya nak register. Manalah tahu boleh jadi side income saya juga.
Sebenarnya banyak lagi nak cerita. Cukuplah setakat sini sahaja.


Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mengambil gambar menggunakan smartphone atau menghasilkan video untuk mengembangkan perniagaan, bolehlah rujuk kelas-kelas yang mereka tawarkan.
Antara Senarai 15 Kelas Online Fotografi Smartphone yang ditawarkan oleh Saiful Nang Academy – SNAP
- Smartphone Video Shooting
- Smartphone Video Editing
- Facebook Ads Impak Tinggi
- Instagram Ads Impak Tinggi
- Smartphone Photography
- Smartphone Photo Editing
- Landscape Photography
- Food Photography
- Food Videography
- Poster Mudah Smartphone
- Whatsapp Lock
- Fotowang
- Product Photography
- Product Videography
- Google Business
- …..dan macam-macam lagi
Tak perlu dah beli fon mahal-mahal. Cukuplah pakai sekadar apa yang ada.
Pilihlah kelas ikut keperluan. Insya Allah harga semua berbaloi. Memang sangat puas hati.

Owhh dan jangan tak tahu, hasil keuntungan kelas ini akan terus disalurkan ke Rumah Pengasih Warga Prihatin.
Seronok kan belajar sambil menyumbang? :)