Semakin ramai mempromosikan Norwex. Jika anda seorang yang sukakan tempat tinggal yang bersih dan selesa, pasti anda teringin untuk memiliki sehelai kain Norwex tetapi tertanya akan harganya, bukan? Mari kita intai senarai 6 harga Norwex kain lap kayangan ini.

Disclaimer: Saya bukan jurujual Norwex.
Seperti anda, admin juga sedang mencari harga kain microfibre Norwex. Memang tergoda tengok kawan-kawan pakai kain tersebut untuk menguruskan rumah. Lagi-lagi musim viral ni. Haihh boleh lemah iman kalau tertunduk dengan nafsu membeli ni.
Jika dilihat pada harga, pasti ada yang terbisik “Pakai je apa kain yang ada. Fungsi sama sahaja.” Terpulang pada diri masing-masing. Ada yang mampu membeli. Ada yang mampu tengok…..macam admin la hehehe (Perasaannya sama je macam nak beli essential oils Young Living atau Doterra hahahah)
Jangan tanya admin apa yang Norwex jual. Admin cuma tertarik dengan tema mereka ‘cleans everything with water only’. Admin pun penat menyental. Lagi penat bila terpaksa hidu sekali bau chemical segala macam sabun. Kadang-kadang berair mata.
Admin nak bercerita mengenai 3 produk utama yang menjadi intaian para wanita terutamanya para surirumah dan mak-mak yang work-at-home atau work-from-home.
1. Harga Norwex Enviro Cloth
Antara kain yang menjadi sebutan para pengguna Norwex ialah Norwex Enviro Cloth Microfibre. Bila melihat kawan-kawan menggunakan kain tersebut untuk mengelap bahagian dapur terutamanya bahagian berminyak tanpa masalah, terus admin jatuh cinta.
So admin intai-intai harga kain Enviro Cloth Microfibre di website rasmi Norwex. Ada 3 warna – biru, hijau, kelabu dan katanya ada warna merah hati. Harga runcit RM79.
Macam biasa, admin akan cuba intai di Shopee/Lazada sebab admin suka menggunakan shopback. Boleh jimat sedikit. Ini harga yang admin jumpa:

RM68. Ok la kan?
Cuma risikonya, admin tak tahu kain tersebut original atau tidak. Kena baca review di situ. Segala pembelian atas tanggungan dan tanggungjawab sendiri.
2. Harga Norwex Cleaning Paste
Ada lagi satu produk yang menjadi idaman para surirumah. Admin tengok ramai yang pakai bila nak sental kotoran degil. Norwex Cleaning Paste kalau tak silap. Admin tak tahu harga retail berapa. So admin cari di Lazada. Ini harganya

Cumanya admin perasan Cleaning Paste ni macam susah nak jumpa. Even dalam website pun takde. Mungkin laku keras atas fungsinya. Wallahualam. Ni cuma pemerhatian dari admin je.
3. Harga Norwex Makeup Removal Cloth / Facial Pads
Ada sesiapa kat sini pakai sunscreen? Jenuh nak tanggalkan sunscreen terutamanya sebelum ambil wuduk kan? Tak pakai sunscreen nanti muka cepat naik jeragat dan kedutan. Maka sedikit sebanyak sunscreen dapat membantu.
Masalahnya setiap kali nak solat, terpaksa guna miscellar water, kapas muka, atau cleansing oil atam cleansing balm untuk tanggalkan suncreen. Risau kalau wuduk tak sempurna dan solat tidak sah. Nak taknak kena pastikan wajah benar-benar bersih dari sebarang noda.
Untuk pecinta skin care, mungkin anda akan suka item-item ini.
Mungkin boleh risik Makeup Removal Cloth atau Facial Pads. Tak perlu dah beli kapas. Tengok review dari pengguna macam best. Sesuai untuk kulit sensitif. “Say goodbye to micellar water and facial cotton” kata mereka. Kalau ada extra bajet, boleh cuba sekali Exfoliating Mitt. Tak perlu dah beli exfoliator. Nanti kita cuba ye.
4. Harga Norwex Dusting Mitt
Kalau bercakap dari pengalaman mengemas rumah, admin stress sikit bila nak lap habuk. Bila berkumpul di kain, habis lekat habus tu di tempat lain. Lepas tu ada kesan kotoron kehitaman macam tu. Jenuh nak basuh kain banyak kali.
Buat yang serabut melihat habuk di atas meja, celah almari dan sebagainya, ramai yang rekemen untuk menggunakan Dusting Mitt. Katanya senang nak lap bahagian celah-celah bucu. Sampil menaip ni, mata admin geram je tengok habus celah-celah pasu hiasan rumah ni. Ishh!
Harga retail dalam RM85 macam tu. Di Lazada atau Shopee, ada yang jual sekitar RM66-79. Berbeza harga admin tak pasti mengapa.

5. Harga Norwex Window Cloth
Ok last. Bagi sesiapa yang sukakan tingkap berkilat bak cahaya tanpa sendu bekas air di cermin, bolehlah cuba Window Cloth. Admin ni rekemen macamlah admin seller hahahah. Admin duk perhati je apa orang lain share. Ada pengguna yang kata berkesan.
Kain yang berukuran 45cm x 45cm berharga RM89 ya tuan-tuan dan puan-puan. So kita riki-lah harga di Shopee pula

Lainnya harga retail dengan harga yang dijual di shopping platform. Keuntungan seller dari mana agaknya?
6. Harga Norwex UPP Ultra Power Plus Detergent
Kalau dah ada koleksi Norwex kain lap kayangan ni, mesti nak kena ada pencucinya sekali. Tak boleh pakai sabun biasa. Katanya nanti rosak teknologi dekat kat tu.
UPP ni ada 2 jenis size. Yang kecil 500g dan yang besar 1kg. Untuk baru nak cuba, jom kita cek harga 500g UPP.
Harga retail RM65 kalau mengikut website Norwex. Di Shopee pula, harga seperti di bawah

Cara nak cuci pun ada caranya. Katanya kena guna air panas. Panas mana? Wallahualam admin pun tak tahu. Admin cuma collect info je buat masa ini. Sebaik-baiknya tanyalah mereka yang dah lama pakai kain Norwex ini.
Ok. Mengapa admin prefer beli barang-barang di Lazada atau Shopee?
- Seller bagitahu kalau jadi ahli boleh dapat 15%. Boleh collect points untuk dapat gift lain. Sebagai seorang customer (dan bukannya seller), admin tak berminat nak cari orang buat marketing collect points.
- Admin nak beli dan pakai je tanpa membeli-belah berkali-kali untuk maintain points. As a customer, mestilah kita cari harga yang paling berpatutan.
- Ada pengguna kata dari segi penjagaan kain kayangan ni agak renyah. Nanti admin ceritakan kemudian.
- Dapat review dari pengguna yang mengatakan walaupun kain tu best, kain-kain yang dijual di Mr DIY pun setanding Norwex. Ntahlah. Kena try sendiri.
Admin pasti Norwex ada objektif tersendiri bila kain lap kayangan ini dihasilkan. Antaranya untuk mengurangkan penggunaan sabun dan menjaga alam sekitar. Admin pun tertarik dengan motto ini.
Cara Menjaga Kain Norwex
Apa yang menyebabkan admin terfikir empat lima enam kali bila kena pakai sabun khas untuk mencuci kain tersebut. Nama dia UPP. Sabun tu pun agak mahal bagi sesetengah orang. Dah la kain mahal, nak maintain pun boleh tahan mahalnya.
Kemudian, admin difahamkan (dengar review orang) bila cuci kain tersebut, pastikan tidak menggunakan air yang terlalu panas bila mencuci kekotoran. Pastikan jangan gunakan peluntur, softener atau campurkan dengan kain-kain yang lain semasa mencucinya. Senang cerita, silalah basuh secara berasingan untuk memastikan teknologi di kain tersebut sentiasa power. Pastikan anda seorang yang rajin ya.
Kalau nak lebih selamat, nasihat admin, belilah dari jurujual yang sah. Insya Allah pasti servis dan product yang diberikan amat memuaskan hati.