• Sesi Magika Ekslusif bersama PM Cery Mamafaiz

    Bismillah…

    Baru-baru ni, saya telah mendapat peluang untuk bertemu Pm Cery bersama-sama leaders LiSA yang lain (kak Aida, kak Jamie, kak Aini, kak Alis & kak Mas) di Paragon Point. Pertemuan pada 28 Ogos 2014 itu merupakan Sesi Magica Ekslusif di mana hanya 11 orang sahaja yang boleh bertemu dengan beliau pada suatu masa. Perasaan saya? Pastilah TERUJA 🙂 Sudah lama saya stalk beliau hehehe… Kali ini saya mahu mendengar sendiri dan merasai aura magica PM Cery.

    Kami berlima (kecuali kak Mas yang bertolak dari Bangi) bertolak dari Shah Alam sekitar pukul 11.30 pagi dan tiba di Bangi pada pukul 1.00 tengahri. Al-maklumlah, kami semua ‘professional’. Harapkan waze untuk menunjukkan arah jalan. Ntah berapa round kami tawaf Paragon Point tu nak cari pejabat Faizland.

    Sebelum berjumpa PM Cery, kami telah menjamu selera di Ayam Penyet yang terletak berhampiran dengan pejabat Faizland Sdn Bhd milik PM Cery. Sebenarnya saya kurang berselera ketika itu. Orang lain order set nasi. Saya cuma order mi kari je. Hati lebih teruja untuk berjumpa PM Cery buat kali pertamanya.

    Dalam hati saya juga banyak beristighfar. Saya malu dengan diri sendiri. Masakan tidak, nak jumpa PM Cery saya punyalah dah rasa super duper excited. Alangkah bahagia jika saya boleh transfer perasaan yang sama setiap kali melakukan solat 5 waktu dan perkara-perkara sunat yang lain. Astaghfirullah. Memang tak bersopan sebenarnya. Moga saya dapat transform perasaan yang sama ini setiap kali di atas sejadah, Insya Allah. Namun begitu, Alhamdulillah saya berjaya sorok saya punya excitement depan kakak-kakak leaders LiSA yang lain hehehee. Malu la over excited!

    Kami naik ke pejabat PM Cery sekitar pukul 2 tengahari. Pertemuan yang patut diadakan selama 70 minit akhirnya menjadi 90 minit. Walaupun PM Cery ‘bosan’ melihat kami, tapi kami masih lagi berasa teruja (sebenarnya seram pun ada). Sesi ‘tikaman’ selama 90 minit itu memang mengenai kami. Malu, gembira, rasa nak nangis pun ada. Perasaan memang bercampur baur. Tapi di sini saya bukan nak huraikan satu persatu apa yang PM Cery telah sampaikan. Saya akan highlightkan perkara yang cukup terkesan dia hati saya.

    Semua Shaklee Independent Distributors (SIDs) di bawah group Jutawan PM Cery sudah pun dimaklumkan bahawa antara rahsia untuk berjaya adalah melalui amalan rohani itu sendiri. Solat tahajjud, solat taubat, solat dhuha, solat hajat, zikir, mengaji dan sebagainya sering diulang berkali-kali tidak kiralah apa yang berlaku pada kami. Naik atau turun, amalan rohani mestilah dilakukan secara istiqomah. Hanya itulah yang akan menaikkan semangat kami dan sedikit sebanyak menjadi magic mengapa kami masih kukuh dengan Shaklee. Masalahnya sekarang, kebanyakkan di antara kami adalah seperti pasu bunga (bak kata PM Cery). Umpama pasu bunga yang tidak membesar dan duduk tang tuu je. Aiyoyoo…memang terasa di sambar panah petir. Lebih-lebih kami leader-leader LiSA ni la. Kami dah lama naik rank tapi bukan main susah nak efektif…opss!!

    “Nak jadi jutawan, tapi malas.”

    Dushhh!! Awal-awal lagi kami dah tertunduk malu dengan kenyataan tersebut. Masakan tidak, apabila PM Cery bertanyakan samada kami sudah membaca yasin pada hari tersebut, ternyata ramai di antara kami belum pun membaca yasin pada hari itu. Ahhh….terlampau banyak soalan jutawan yang kami tidak mampu jawab tapi akan saya kongsikan sebahagian pada akhir entri ini, Kerap kali PM Cery sampaikan bahawa jika mahu menjadi seorang leader SID yang berjaya, antara perkara yang perlu diambil berat ialah dengan membaiki hubungan dengan Maha Esa. Tahajjud, dhuha, mengaji, zikir, mathurat dan sebagainya sepatutnya menjadi amalan harian memandangkan pada DIA lah kita memohon rezeki. “Kalau kau baca buku banyak mana pun tapi tak buat amalan rohani ni, jangan harap kau nak cepat berjaya.” Hahh…ambik kau. Kita sibuk baca buku motivasi, leadership dan macam-macam lagi, tapi ada kalanya kita terlupa bahawa Ya Razzaq itu yang memberi kita segala rezeki selagi kita doa dan berusaha.

    “Jangan tanya macamana nak buat, tapi bagitahu apa yang kau dah buat.”

    Inilah lagi satu masalah kami, Semua rahsia kejayaan leaders Jutawan telah mereka kongsikan. Cara dan bagaimana hendak berjaya kerap kali diulang. Rahsianya: amalan rohani mesti mantap. Masalahnya: adakah kami telah beristiqomah untuk melakukan amalan rohani tersebut secara berterusan? Sejujurnya saya mengaku, sebelum mengikuti sesi magika ini, saya telah melakukan amalan-amalan tersebut hanya bila saya free. Itulah kesilapan terbesar saya. Seharusnya di kala kesibukan itu, kita perlu berhenti seketika dan mengabdikan diri kepada yang Maha Esa untuk mendapat keredhaanNya. Kita sibuk nak berjaya dan membuat macam-macam kerja. Tapi kerja itu akan jadi letih jika kita tidak meletak Allah sebagai keutamaan. Saya malu sangat-sangat ketika ini.

    Sebenarnya terlalu banyak yang PM Cery kongsikan. Tak mampu saya nak coretkan satu persatu di sini. Cumanya saya nak sampaikan sedikit refleksi yang cukup terkesan di hati saya.

    Owhh lupa saya nak terangkan…Bersama saya ketika itu adalah peserta lain yang mempunyai rank Senior Coordinator, Coordinator dan Senior Supervisor (dalam entri ini saya akan gunakan istilah senior otai untuk merujuk kepada mereka). Ini juga termasuk leader-leader LiSa. Saya masih lagi di level Supervisor dan ada beberapa perserta masih lagi di level Distributor. Kiranya jika dibanding dengan orang lain, rank saya agak bawah (tapi atas sikit dari distributor hehehe).

    Ketika di akhir sesi pertemuan, PM Cery telah mengadakan sedikit kuiz. Niatnya saya kurang pasti tetapi kami cukup terhibur dan ketika ini saya telah mempelajari sesuatu dari kuiz tersebut. Kemudian kuiz pun bermula……

    PM Cery: Siapa sini selalu update blog?
    Saya: Saya!…………..tapi server saya tengan down. Sekarang saya tulis draft je (dengan nada simpati tapi tak berkesan hehe)
    PM Cery: Server down tak kira. (adoii kalahh)
    Senior otai: Saya!

    PM Cery: Siapa kat sini tajahhud tiap-tiap malam?
    Semua tertunduk malu….
    PM Cery: Ok…aku nak tengok taajjud yang paling banyak dalam masa seminggu ni.
    Senior otai: Tiga………. Empat……. (dalam hati saya jawab dua je. Sudah rasa malu ketika ini)

    PM Cery: Siapa kat sini mengaji 100 ayat setiap hari? Yasin tak campur.
    Kami tertunduk malu lagi.
    PM Cery: Korang ni mengaji ke tak?
    Kami: Mengaji……..tapi tak tahu berapa ayat. Mengaji ikkt muka surat je.
    PM Cery: Aku nak tahu siapa paling banyak mukasurat.
    Dalam hati saya menjawab 2-4 tapi segan nak mengaku. Sekali….
    Senior otai: 3 helai….dalam 6 muka surat (aduhh kalah lagi).

    PM Cery: Siapa berjaya jual 2 set GLA bulan lepas?
    Senior otai: Saya!

    Dan bermacam-macam soalan yang telah dikemukan. Dan hadiah saguhati diberikan kepada pemenang untuk setiap soalan. Saya pula ‘kalah’ kepada semua soalan (kecuali soalan pertama….. cehhh in denial. ngaku je la kalah hehe)
    ……Tapi……. tahu tak apa yang saya pelajari dari kuiz ini?

    Simple: Allah memang Maha Adil. Lagi banyak kita mengabdikan kepada-Nya, lagi murah rezeki kita. Ingat, bukan rezeki sahaja kita harap kepadaNya. Kebahagiaan, ketenanagan, keredhaan, keberkatan…………..atau dalam kata mudah, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat

    Apa yang cuba sampaikan di sini ialah………. saya ingat ke saya dah lakukan yang terbaik dalam amalan rohani ini. Maklumlah..buat masa lapang sahaja. No wonder saya masih di tahap supervisor lagi. Rupa-rupanya ada lagi individu yang buat lebih baik walaupun sibuk dengan urusan masing-masing. Padanlah mereka berada di rank yang lagi tinggi.

    Malunya saya ketika ini. Bukan malu pada manusia, tapi malu pada yang Maha Esa. Rupanya sedikir sahaja usaha saya selama ini. Memang Allah Maha Adil, lagi banyak kita berusaha, lagi banyak hasilnya. Tinggal cepat atau lambat sahaja. Itu semua Allah yang tentukan. Padanlah PM Cery buat kuiz ini. Ia mengajar saya sesuatu secara tidak langsung.

    Suka saya ingatkan, nak berjaya ini bukanlah semudah seperti yang kita sangkakan. Cuma saya sangat pasti bahawa perjalanan ini sangat berbaloi. Adakalanya bila kita tidak mencapai target, tetapi rasa ketenangan itu sangat luar biasa. Ada benda lain yang Allah berikan. Banyak-banyakkanlah beristighfar. Jadikan sebahagian perjalanan Shaklee (atau apa-apa perkara yang anda lakukan ) untuk mendekatkan diri kita pada yang Maha Esa sebagai target no 1. Insya Allah perkara-perkara yang lain akan tersusun dengan cantiknya selepas itu.

    change your life routine

     

    Sebelum pulang, mari berselfie dahulu…

    Ruqayya with PM Cery

    Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dapat bertemu dengan group Jutawan Shaklee. Terima kasih kepada PM Cery kerana telah ‘menikam’ kami dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Terima kasih juga kepada Mommy Aishah Amin (LiSA) kerana mempercayai potensi kami. Moga ini sedikit sebanyak ilmu yang telah lama kami perolehi (cuma selama ini tak amal secara berterusan je…dushh) dapat kami kongsikan kepada future leaders (khasnya team-team saya) yang lain. Insya Allah, sekurang-kurangnya adalah jua pull factor untuk kami terus beristiqomah.

    Wallahualam

    Let’s rock with Ruqayya – Leaders Thorbaik!

2 Responsesso far.

  1. Faizal says:

    wah seronoknya dapat jumpa master Cery ….. serap aura jutawan tuee … !!!

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai