Shaklee dan Impian Seorang Anak

impian seorang anak=IMPIAN SEORANG ANAK=

Impian anak saya sangat besar. Semenjak umur 2 tahun, Umair sudah pasang angan-angan mahu ke Mekah. Kalau duit raya atau saguhati dihulur kepadanya, cepat-cepat bagi mama suruh simpan. Tanyalah Umair apa yang mahu dia gunakan dengan duit tersebut. Jawapan standard Umair:

“Umair nak beli toys….. nak naik aeroplane pergi Mekah”

Saya tahu saya belum mampu untuk membawanya ke Mekah. Malah saya sendiri belum mampu untuk mem bawa diri sendiri ke sana. Apa yang saya buat, saya ajar Umair supaya menabung sedikit demi sedikit supaya dia dapat mengerti nak pergi ke Mekah ni bukannya mudah.

Dalam video ini (dirakam pada tahun lepas), Umair menggunakan botol zam-zam saiz 10 liter sebagai tabungnya. Saya percaya, berdasarkan pengalaman menabung dengan suami ( Mofazri Ibrahim), apabila botol ni sudah penuh, Insya Allah cukuplah bagi Umair untuk ke Mekah. Sekurang-kurangnya boleh melakukan Umrah.

Tapi diri saya sendiri macamana? Kalau anda perasan, saya cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Bukannya kerana tamak, bukannya kerana extra income. Saya tak impikan rumah besar, kereta mewah. Niat saya: mahu pergi ke Mekah dan Insya Allah, mahu menolong orang lain mencapai impian mereka juga. Lagipun Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud:

“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Saya harap apa yang saya buat ini betul. Maafkan saya kalau status saya mengganggu newsfeed anda. Tegurlah saya jika cara saya ini kurang menyenangkan. Nasihatilah saya kalau anda tahu cara terbaik untuk melakukan perniagaan. Saya memang berharap impian kami anak beranak akan tercapai suatu hari nanti….Insya Allah.

Moga Allah murahkan rezeki kita semua. Aminnnn

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai