Jika anda bukan pekerja kerajaan dan mempunyai anak yang masih bersekolah dan memerlukan rawatan di hospital kerajaan, admin pasti post ini sangat membantu.
Ramai ibubapa yang tidak tahu yang kita boleh memohon SURAT RAWATAN PERCUMA dari sekolah untuk rawatan anak di:
* Klinik pergigian
* Klinik kesihatan
* Klinik pakar di hospital.
[[ UPDATE 2019 ]] 38 Sample Barangan Yang Anda Boleh Dapat Secara PERCUMA !
Apa yang ibubapa perlu buat ialah cuma pergi ke pejabat sekolah dan mohon surat rawatan percuma. Isi borang dan tunggu gurubesar, pengetua atau pentadbir tandatangan. Itu sahaja.
Baca juga: Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki
Surat memohon rawatan percuma ini boleh diguna pakai oleh klinik atau hospital kerajaan sahaja. Insya Allah rawatan percuma.
Tempoh sah surat hanya untuk tahun yang dipohon sahaja. Contohnya, kalau mohon masa tahun 2019, boleh guna pakai surat tersebut sehingga akhir 2019.
Info ini hanya boleh dipakai untuk anak-anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan atau sekolah di bawah kerajaan negeri.
Semoga maklumat ini membantu.