• Tips Memilih dan Beli Tilam Pelbagai Jenis Serta Saiz Secara Online : Mudah lagi Murah!

    Tahukah anda yang sebenarnya kita boleh beli tilam secara online? kalo tilam baby tak heran lah kan. Apa yang saya maksudkan sekarang ni tilam saiz single, queen bahkan saiz king pon kita boleh beli online.

    Mungkin ramai yang tahu kot, atau saya memang agak ketinggalan hihi.. Few years back, Me and my husband ada terfikir nak belikan tilam untuk mama. Kesian sangat tengok tilam yang mama guna masa tu, kalau cuba baring kat atas tilam tu dah rasa sangat spring-nya. Baring sekejap pun dah sakit belakang dan tak selesa.

    tilamTak dapat bayang macam mana mama dan abah boleh tidur atas tilam tu bertahun-tahun.

    Di pendek kan cerita, belum sempat kami beli tilam untuk mama, tup tup mama dah beli tilam baru. Beli online pulak tuhh kat lazada. Im like.. whatt?? boleh ekk hihi.. Tak sangka pulak kat lazada pon jual tilam huhu. Mak aku ni lagi advance dari aku rupanya.

    Bila difikirkan balik, lojik lah kan.Zaman sekarang ni semua barang kita boleh beli secara online. Dari sekecil-kecil puting susu baby hinggalah ke sebesar-besar tilam saiz king tu. Macamana diorang/seller ni nak deliver barang tu tak perlulah kita peningkan kepala nak fikirkan. Ye tak.

    Okay, kalau sebelum ni kita selalu beli tilam kat kedai perabut mat pakistan kan. Jadi, bila dah pergi kedai tu kita boleh tengok tilam tu depan mata dan boleh landing atas tilam tu untuk rasa best ke tak best. Macamana pulak kalo nak beli online ni?

    Dapat tengok gambar je, tak boleh cuba baring atas tilam, tak boleh rasa lembut ke tak lembut, tak boleh nego harga. Hmmm okay, sepertimana cara kita beli barang di kedai, membeli belah secara atas talian juga memerlukan kita untuk bersedia dengan info-info tentang barang yang kita nak beli tu.

    Kelebihan

    NO salesman

    Ada masanya kita akan rasa stress dan serba salah bila ada jurujual yang akan ikut kita ke hulu ke hilir ni kan. Macam rasa kena pressure dan kena push untuk kita beli barang cepat-cepat.

    Berbeza bila beli online, kita tak perlu nak deal dengan salesman/woman. Kita boleh santai-santai, boleh ambil masa kita untuk berfikir dengan tenang dan tak ada tekanan atau push factor dalam membuat pilihan dan keputusan.

    Bila beli di kedai jual tilam ni kadang-kadang salesman ni bias jugak, kita tak tahu info yang diberi tu betul ke tak betul. Kita pun tak ada masa nak check info tu kan, walaupun bole tanya pakcik gugel, tapi kalau boleh tak nak lama-lama kat kedai tu. Nanti kang, daripada nak beli tilam je terus terbeli katil sekali.

    Convenience/mudah/selesa

    Saya ada baca satu artikel di rojakdaily.com, tentang budaya atau trend membeli belah di US dan di Malaysia. Kalau di US, mereka lebih suka shopping secara online. Kenapa? Sebab senang, mudah dan tak perlu bersusah payah bawa kereta, hadap traffic jem, lepas tu kena tawaf shopping mall untuk cari parking kosong.

    Jadi, warga US lebih gemar shopping di Amazon.com. Senang, on desktop atau smartphone atau tablet. Minta nasihat pakcik gugel sikit-sikit, baca review online, pergi ke amazon.com atau ebay atau mana-mana ecom website dan pilih barang kesukaan anda.

    Di Malaysia lain sikit, ia di sebut sebagai shopping mall culture. Di Malaysia, shopping mall sentiasa penuh dengan umat manusia. Foreigners yang datang Malaysia mesti terkejut bila pergi ke mall di Malaysia, owesem and fantastic katanya.

    Walaubagaimanapun, sejak 2 menjak ni, trend shopping rakyat Malaysia dah nampak perubahan. Ramai yang sudah beralih kepada membeli belah atas talian. Contoh paling dekat adalah surprisingly ibunda saya sendiri.

    Harga

    Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi bahawasanya harga barang yang dijual secara online adalah lebih murah berbanding yang di jual di mana-mana shopping mall atau kedai-kedai fizikal.

    Mungkin saya silap, dan mungkin ada barang yang kita boleh beli dengan harga yang lebih murah di kedai berbanding online, cuma saya belum jumpa lagi.

    Tahun lepas saya beli smartphone Redmi5 di kedai jual handphone di salah sebuah mall di Shah Alam. Kenapa saya beli di kedai tu? Salah satunya sebab urgent, phone lama dah nyawa-nyawa ikan dan keduanya salesman tu memang pandai ‘bercakap’. Dia sendiri cakap jangan compare harga di lazada, konfirm lagi murah huhuhu . Nak dijadikan cerita, saya beli jugak dengan kedai tu, sebab bila cek di lazada murah sikit jer ( sebenarnya bila cari betul-betul di lazada ada yang laaaaaaaagi murah huhuhuhhuu )

    Jadi, disini lah pengajaranya. Masa di kedai, memang kita boleh cari info tentang sesuatu barang tu. Tetapi waktu itu kita mencari dalam keadaan tergesa-gesa dan under pressure. So, mesti ada sesuatu yang akan kita terlepas pandang.

    Bila beli online, kita bole ambil masa lama sikit untuk survey harga, buat perbandingan harga dan baca review (kalau ada).

    Boleh baca review

    Kita boleh baca banyak review dari pembeli sebelumnya. Cuma kita kena pastikan review ditulis adalah yang sahih. Macamana nak tahu sahih atau tidak? Kalau di lazada akan tertera verified purchaser, yang menunjukkan bahawa penulis review itu adalah pembeli yang sah barang tersebut.

    Perbandingan harga kedai vs harga online

    Mengapa harga online lebih murah? Perkiraan mudahnya, berniaga barang secara online tak perlu bayar komisen salesman, tak perlu ada showroom dan tak melibatkan banyak middle man.

    Kos penghantaran

    Kebanyakan kedai yang menjual tilam menetapkan kos tertentu berdasarkan jarak dari kedai ke kediaman kita. Kalau dekat, dapatlah penghantaran percuma. Dalam hal beli tilam secara online ni, anda kena pastikan betul-betul syarat dan kos penghantaran. Selalu yang saya jumpa kebanyakan syarikat di lazada tawarkan penghantaran percuma. Just double-check ok.

    Satu lagi, pastikan juga return dan refund policies sebelum beli tilam ni di lazada atau mana-mana laman ecom.

    Kekurangan

    Tak boleh cuba-cuba

    Ini yang paling tak best bila beli online. Kita tak boleh nak cuba baring atas tilam tu sebelum beli. Kalau pergi kedai, boleh baring-baring, kan seronok tu. Nasihat saya, kalau berhampiran rumah tuan-tuan dan puan-puan ada kedai jual tilam, pergilah test baring atas tilam-tilam yang ada kat dalam kedai tu. Lepas tu catatkan harga, atau ambil gambar. Balik rumah, buat perbandingan harga di lazada dan kalau konfirm lagi murah dari harga kedai, boleh beli terus secara online.

    Tak boleh tanya salesman

    Bagus juga kalau ada salesman ni, sebab kita boleh tanya dia info-info tentang tilam yang kita nak beli. Salesman/woman yang baik sepatutnya boleh advice kita tentang jenis-jenis tilam yang sesuai dan kena dengan bajet kita. Walaupun ada masanya saya rasa sesetengah salesman tak begitu master dengan produk yang mereka promote/jual.

    Jenis-jenis tilam

    Tilam Foam – Dihasilkan gabungan beberapa lapisan foam. Antara tilam yang popular sekarang ni, sebab harganya lebih murah dan agak selesa.

    Coil spring – Tilam jenis ni agak tradisional sikit. Masa kecik-kecik dulu selalu main lompat-lompat atas tilam yang pakai spring. Ramai yang prefer tilam foam daripada spring, sebab tilam ada masanya tilam spring ni rasanya agak keras. Lain orang lain citarasanya kan..

    Related post


Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai