Knowledge Sharing, Personal

TIPS Shopping Online

Mungkin ada di antara kita yang masih ragu-ragu shopping di Lazada. Mungkin sebab pengalaman-pengalaman berbisa menyebabkan kita fikir empat lima kali untuk shopping online. Sebenarnya saya pun pernah macam tu. Akibat pernah di tipu dan kerugian RM700 membeli barang online, saya jadi skeptikal dengan peniaga online. In fact, sampai sekarang ada peniaga yang tidak jujur masih berleluasa terutamanya di facebook.

Suatu ketika dahulu, blog merupakan satu medium untuk melakukan perniagaan. Masa dah berlalu. Sekarang faceboom dan Instagram merupakan medium utama untuk berniaga. Untuk orang macam saya ni, saya masih lagi skeptikal. MELAINKAN jika peniaga tersebut ada mendaftar nombor perniagaan mereka dan kita boleh semak nombor SSM mereka. Untuk yang buat bisnes part time, kita boleh semak profile individu tersebut dan nilai mereka dari komen-komen kerana dari situ kita boleh nilai peribadi mereka. However, kadang-kadang komen boleh di delete. So, belilah dari peniaga yang kita rasa ramai selesa dengan mereka.

Anyway, sekarang perniagaan internet dah makin maju. Dah banyak hub online macam Lazada yang mempunyai polisi menjaga customer. Yes, polisi tu penting. Kita nak pastikan hak kita sebagai pembeli di jaga. Kalau macam perniagaan di mudah.my or careorsell, kita kena ambik risiko sendiri sebab kita tak tahu siapakah peniaga tersebut dan adakah brang yang mereka jual tu wujud. Di Lazada, mereka ada ‘Buyer Protection Pragram’. Kalau tak puas hati dengan barang tersebut, bolehlah pulangkan dalam masa 7 hari untuk dapatkan refund.

Di Lazada, kita boleh refer di Lazada Help Center untuk sebarang kemusykilan. Malah, kita juga boleh buat aduan jika barang yang kita order tidak sampai ke pintu rumah atau pejabat. Secara ringkas, Lazada ni berfungsi macam orang tengah. Lazada akan memastikan mereka mempunyai ‘trusted seller’ dan menyenaraikan barangan beserta review daripada pelanggan mengenai seller tersebut. So kita boleh semak sendiri dan baca daripada pengalaman customer lain yang pernah dari mereka. Ini penting sebab Lazada bukan sahaja handle seller dalam Negara, malah ada barang-barang yang di hantar dari luar Negara.

LUAR NEGARA?

Yes, luar Negara. Macam tak percaya je kan. Sebenarnya Lazada bukan sahaja wujud di Malaysia. Malah Lazada juga handle online shopping dan selling destination ke Indonesia, Phillipines, Singapore, Thailand dan Vietnam. Ini bermakna empire Lazada agak besar di mata Asia. So kurang sikit rasa was-was dengan peniaga online yang tak diketahu latar belakang mereka,

Cakap sahaja pun tak best kan. Kena lah try jugak. So, saya dan encik suami ambik keputusan untuk cuba beli barang di Lazada. Takutlah jugak kan. Tapi kalau tak kenal, maka tak cinta. So, kami cubalah beli barang-barang yang agak affordable. Saya memilih untuk berbelanja (atau dalam erti kata lain MELABUR) untuk barang yang bernilai kurang dari RM50.

Kebetulan masa tu saya memerlukan Whiteboard Wallpaper. Saya memerlukan whiteboard yang boleh ditampal di dinding tanpa memakan ruang. Bila buat berbandingan harga, saya memilih untuk whiteboard wallpaper macam dalam gambar di bawah ni

whiteboard wallpaper

 

Saya tak ingat siapa seller tapi saya baca dulu review dari pembeli. Harga pula kurang dari RM20. Kalau ikutkan, barang akan sampai 7-9 hari bekerja. Tup tup lepas 2-4 hari, Whiteboard Wallpaper saya dah sampai. Seronok sangat. Tak sangka sekejap je barang dah sampai. Itupun saya pergi clain kat Sky Net sebab tak sangka barang sampai begitu awal.

Barang yang sampai berada dalam keadaan baik. Kualiti wallpaper tu pun mantap. Anak yang paling seronok sebab dapat ‘conteng’ dinding rumah. Agak berbaloi untuk barang bernilai RM20 termasuk kos pos. Kalau ikutkan, kos pos free yea kawan-kawan. Kalau kita congak tolak kos pos, mungkin Whiteboard Wallpaper ni berharga sekitar RM14. Kira ok la kan :)

Itu baru barang yang dibeli dari dalam Negara. Suami pula memilih untuk beli sesuatu dari luar Negara.

Masa tu Encik Suami memerlukan jam tangan yang boleh kira kalori, heart rate dan distance yang ada GPS. Seperti jejaka-jekaka lain, Garmin pilihan no 1 berbanding dengan Suunto yang agak gedabak walaupun mempunyai fungsi yang lenih kurang sama. Apakan daya, walaupun harga Garmin Forerunner 225 rendah di Lazada berbanding dengan harga runcit, kami tak berani nak ambik risiko besar masa tu. Biarlah rugi 2 angka dari rugi 4 angka. So, encik suami memilih jam yang diimport dari luar Negara.

Kalau ikutkan, barang akan sampai dalam masa 2 minggu. Agak lama kalau nak disbanding dengan barang yang dibeli dari dalam Negara. Yelah, nak kena shipping pelbagai. Maka kenalah bersabar sedikit.

Tapi apa yang menariknya, kita boleh track apa yang sedang berlaku dalam masa 2 minggu. Kita akan dapat e-mail yang menyatakan barang tersebut baru shipping dan di pos. Siap ada tracking number lagi walaupun belum sampai Malaysia. Takdelah kita nak risau sangat barang tu kat mana.

Tips Shopping di Lazada.

1. Bandingkan harga. Pastikan anda buat berbandingan harga sebelum membeli sesuatu. Kalau rajin, pergi survey dulu harga barang yang hendak dibeli di shopping mall dan bandingkan harga yang dijual di Lazada. Anda pasti terkejut harga di Lazada agak rendah berbanding di mall. Jangan lupa bandingkan harga tersebut dengan online seller lain di Lazada dan pastikan apa tawaran menarik yang mereka berikan.

Contohnya sekarang saya nak cari anti-lost smart watch GPS tracker untuk anak. Saya kenalah buat berbandingan dulu.

comparison

Nampak tak harga berlainan dari seller yang berlainan? Seller atas tiada review tetapi seller bawah dah ada review. Tapi dua2 seller di bawah 100% buyer protection.

2. Baca review. Sebelum membeli sesuatu, ada dua perkara kita kena pastikan. Pertama, lihat berapa bintang/star yang diberikan pada seller tersebut. Selalunya saya memilih untuk membeli dari seller 3-5 bintang. Selain itu, baca juga review yang telah diberikan oleh customer mereka. Sayangnya, di Malaysia, kebanyakan kita agak berat mulut untuk memberi sebarang review. Tapi hint atau icon Best Seller banyak membantu kita dalam membuat pilihan.

3. Baca description. Pastikan anda membaca description barang tersebut. Lihat berapa lama warranty diberi. Pastikan juga anda faham dengan product details untuk mendapatkan gambaran sebenar rupa produk tersebut.

4. Semak kos penghantaran. Ada seller yang memberikan penghantaran percuma dan ada juga yang mengenakan kos penghantaran. Ini bergantung kepada lokasi barang tersebut berada. Owh jangan terkejut. Ada juga yang menawarkan Cash-on Delivery (COD). Cumanya harga tetap sama yea.

5. Dapatkan diskaun atau voucher. Siapa tak nak diskaun bukan?

Dari sini saya buat berbandingan harga apabila ada tawaran diskaun atau voucher. Contohnya untuk jam di atas, walaupun ada 5% off untuk pengguna UOB, saya kena pastikan voucher saya boleh di pakai atau tidak.

Bagi pengguna baru, anda boleh dapat sehingga 20% diskaun jika anda download apps Lazada dari Google Play untuk adroid App Store untuk iOS atau  dan memberi belah dari apps tersebut. Seronok kan? Bagi pengguna-pengguna lama, anda boleh boleh menggunakan voucher yang ditawarkan setiap bulan. Yang paling seronok ialah bila dapat voucher di musim-musim perayaan. Selalunya Lazada bagi tawaran-tawaran pada musim perayaan. Ramai yang tak tahu rahsia ni!

 

So bagaimana untuk shopping di Lazada?

   Lazada - Shopping & Deals- screenshot

1. Register akaun. Pastikan anda register dahulu di Lazada. Anda perlu letak alamat dan sebagainya untuk proses membeli belah. Kalau Lazada tak tahu alamat, macamana Lazada nak hantar barang bukan? Hihii

2. Pilih produk. Anda boleh pilih atau search produk yang anda perlukan. Anda macam-macam produk yang dijual di Lazada termasuk smartphones, jam tangan, handbags, basikal, stroller dan macam-macam lagi. Haa jangan tak tahu. Milo, susu, diapers, pads, sabun basuh kain dan supplement pun boleh di situ tau! Ketika artikel ini ditulis, durian pun dijual ! Siap ada SALE lagi. Cuma search je ok.

3. Semak harga. Selepas membuat pilihan barangan, pastikan anda semak harga sebelum melakukan pembayaran. Macam saya nyatakan, anda perlu semak samada kos penghantaran sudah dikira atau tidak.

4. Masukkan kod voucher. Jika ada voucher menawarkan harga diskaun pada barang yang anda beli, jangan lupa masukkan kod voucher tersebut. Jangan lupa! Harga diskaun atau voucher selalunya lebih bernilai jika shopping melalui apps Lazada. Mesti anda nak save duit kan.

5. Buat pembayaran.

Dah selesai!

Mudah kan?

Jangan lupa track order anda. Selalunya Lazada akan nyatakan bila tempoh barang sampai. Dan mengikut pengalaman kami, penghantaran memang cepat! Dengan 100% buyer protection, memang tak perlu risau siapa seller tersebut. Macam saya pernah kongsikan dalam 10 Barang Menarik di Lazada, ramai yang telah membeli belah dari situ. Search je apa yang anda perlu, Insya Allah ada lah barang yang anda cari tu.

Sempena merdeka, Lazada akan berikan voucher Unity Sale dari 25-31 Ogos 2016. Diskaun sehingga RM20! Dapatkan voucher UNITY SALE di SINI!

Jom tengok sampel video macamana nak shopping dari apps Lazada

Related post


0 Shares

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai