Kesihatan badan, Supplement, TTC

Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, pasti ada yang sedang mengalami ujian sukar untuk mendapatkan zuriat.

Ada yang buntu tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Nak diluah, mati ibu, nak ditelan mati bapa. Perkara seperti ini ada kalanya menjadi isu sensitif pasangan suami isteri untuk dibincangkan.

Takut ada yang berkecil hati.

Macam-macam dah cuba buat tapi masih belum lagi nampak hasilnya.

Jangan terkejut kalau saya nyatakan yang bab dapatkan anak bukan sahaja bergantung pada pada si isteri tetapi suami juga memainkan peranan.

Isu kesuburan bukan sahaja berlaku pada wanita tetapi statistik juga ada menunjukkan lelaki juga menghadapi masalah kesuburan.

Mungkin bagi kaum suami, ada yang tidak sedar kadar kesuburan mereka pun turun sekarang ni. Tak ramai yang tampil untuk membuat pemeriksaan sperma atas faktor kurang kesedaran.

Yelah…selama ni masyarakat mudah je nak labelkan wanita punca kenapa mereka takde anak.

Isteri tak suburlah….tak berusahalah…mudah je nak salahkan wanita….hepppp

Buat kaum adam yang rajin membaca, boleh refer artikel Low Sperm Count untuk bacaan lanjut untuk mengetahui punca lelaki tidak subur.

5 sebab yang mempengaruhi kesuburan lelaki

1. Stress

Stress punca utama kenapa lelaki boleh jadi tidak subur. Lelaki boleh jadi stress sebab pekerjaan, pening dengan pasangan (hahaha), terlalu banyak tanggungjawab dan sebagainya. So pandai-pandailah kawal stress. Cari jalan untuk selesaikan masalah.

2. Ubat-ubatan

Penghasilan sperma juga boleh terganggu disebabkan ubat-ubatan. Admin kurang pasti ubat jenis apa yang boleh mempengaruhi sperma tapi siapa yang menjalani kemoterapi pasti akan terganggu.

3. Lifestyle

Kalau cik abang kaki merokok, boleh jadi kesuburan pun akan terganggu. Lain orang, lain belalang. Ada yang kurang bernasib baik bila rokok pun boleh mempengaruhi kesuburan.

Buat para suami yang suka makan dan kurang bersenam, mereka mungkin susah nak terima yang faktor kurang aktif boleh juga menjejaskan kesuburan lelaki.

4. Alam sekitar

Sebenarnya orang lelaki pun tak elok terdedah pada cuaca panas!

Jangan tak percaya sperma pun akan terganggu. Boleh jadi tak subur cik abang tu. Lagi-lagi kalau kerja terdedah pada terik matahari atau selalu masak di dapur.

Apa kaitan dapur dengan kesuburan lelaki?

Bahagian lelaki tak elok dekat dengan haba bila tengah masak sebab ini akan mempengaruhi sperma! LOL

5. Masalah kesihatan

Boleh jadi ada sesetangah lelaki ada masalah kesihatan dalam berusaha menghasilkan anak. Ada yang mengalami masalah dingin dalam perhubungan suami isteri, ada yang terkena jangkitan penyakit, ada pula yang tersumbat dan macam-macamlah!

Obesiti juga boleh menjejaskan tahap keseuburan bagi sesetangah kaum lelaki. Nasib baik buat pasangan yang takde masalah ni.

So, lebih baik jumpa doktor dan kenal pasti apa masalah yang menyebabkan susah sangat nak lekat dapat anak.

Dalam bab kesuburan, tak dapat dinafikan yang selalunya lelaki ni ego untuk beralah. Pihak isterilah yang selalu akan cari jalan macamana nak cuba dapatkan zuriat. Geram je bunyinya, kan?

Apa yang isteri boleh bantu selain kurangkan pening suami ialah menyediakan pemakanan sihat.

Nak sihat 100% pun mencabar sebenarnya sebab belum tentu makanan yang disediakan dapat membantu meningkat kesuburan suami sepenuhnya.

Suami juga memerlukan suplemen jika sudah lama berkahwin dan berusaha lama untuk mendapatkan zuriat tapi masih belum membuahkan hasil.

4 Suplemen Untuk Meningkatkan Kesuburan Suami

Di bawah ini, admin ada sediakan senaraikan suplemen yang elok dimakan oleh suami untuk meningkatkan kesuburan.

Perlu diingatkan, lebih baik rujuk doktor dahulu sebelum mengambilnya lagi-lagi kalau suami ada masalah kesihatan.

Berbincanglah dengan doktor atau dapatkan nasihat dari ahli farmasi sebelum mengambilnya. Hasil juga berbeza bagi setiap individu.

1. Nu Prep

Nu-Prep

Sedikit pengenalan mengenai Nu Prep yang diambil dari biotropicsmalaysia.com

  • 100% pure Physta┬« Tongkat Ali water soluble freeze dried extract
  • Scientifically tested
  • Enhances men’s health & vitality
  • Increases energy & strengthen the body
  • Overcomes fatigue
  • Improves blood circulations

Antara review pengguna Nu Prep yang diambil dari website biotropicsmalaysia.com

Harga?

Sehari pengguna perlu ambil 2 kapsul Nu Prep selepas makan. Ini bermakna kita perlu beli sebotol 60 biji untuk kegunaan sebulan.

Dari segi harga, Nu Prep agak mahal memandangkan harga pasaran untuk sebotol adalah RM160. Kat Lazada ada harga tawaran yang menarik bermula dari RM80 sebotol. Ada lagi tawaran lebih menarik jika beli lebih banyak.

Untuk maklumat lanjut, boleh refer di SINI.

Testimoni dari salah satu group infertility di Malaysia


2. Surbex Zinc

Surbex Zinc

Sedikit info mengenai Surbex Zinc

Excerpt from fb Dr Zubaidi Hj Ahmad

Kegunaan:

Vitamin B-kompleks dan 750mg Vitamin C untuk orang dewasa yang sentiasa mengalami tekanan metabolik, fizikal dan membantu meningkatkan stamina.

Ciri-ciri:

  • 7 jenis Vitamin B-kompleks untuk penghasilan tenaga optimum, membantu mempertingkatkan tahap tenaga dan stamina anda
  • 750mg Vitamin C untuk membantu menyokong sistem imunisasi badan
  • Zink membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein
  • 400mcg asid folik untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah
  • Tablet dilapisi selaput khas untuk mengelakkan bau vitamin serta mudah ditelan
  • Pengambilan satu tablet sehari

Surbex Zinc adalah supplement mampu milik. Ada 2 jenis: 30 tablet dan 60 tablet. Cuma perlu makan 1 tablet sehari je. Boleh buat perbandingan harga di Lazada. Terus klik di SINI

3. Himalaya Speman & Himalaya Kapikachhu

Himalaya Speman

Siapa yang ingin mencuba Himalaya Speman, sebaik-baiknya consult doktor untuk mendapatkan dos terbaik.

Admin segan nak senaraikan kebaikan Himalaya Speman. Siapa berminat nak tahu selanjutnya, boleh baca di link INI. Cukuplah admin nyatakan supplement ini elok untuk kesuburan lelaki.

Salah satu kebaikan Himalaya Speman

Ada juga yang rekemen untuk mengambil Himalaya Kapikachhu (bunyi macam pokemon pikachu kan hehe) sebagai sampingan. Katanya untuk menambahkan bilangan sel ehem suami. Selain dari itu, boleh baca kelebihan Himalaya Pikapikachuuu :p di SINI.

Himalaya Kapikachhu
Kebaikan Himalaya Kapikkachu

So, suplemen apa yang terbaik untuk

Admin sangat titik beratkan untuk mendapatkan masihat dari doktor atau pharmacist kalau nak cuba supplement ni. Menurut website yang sama “Kapikacchu dosage depends upon several factors such as height, weight, age, gender, and severity of the problem…”. Ini bermakna lain individu lain dosage.

Dari segi harga pasaran pula, harga Himalaya Speman bermula dari RM35 dan Himalaya Kapikachhu pula dari RM37 bagi 60 tablet. Boleh buat perbandingan harga di Lazada.

4. PROFORTIL (Profertil)

Profortil

Nama Profortil digunakan di Asia manakalah nama Profertil digunakan di negara selain Asia.

Antara banyak-banyak supplement, profortil merupakan supplement yang akan direkemen oleh doktor dari bahagian infertility. Untuk suami yang mengalami masalah tidak subur secara serius, Profortil perlu diambil secara berterusan secara 3 bulan.

Even Dr Hamid Arshat pun ada jual supplement ni. Kalau buat rawatan di hospital, doktor di sana pun akan rekemen supplement ni.

CUMANYA, supplement ni agak mahal. Sekotak sahaja sekitar RM390 dimana ada 60 tablet dan perlu dimakan 2 tablet sehari. Pengguna perlu menggunakan 3 kotak untuk lihat sendiri keberkesanan Profortil ni. Di Lazada, kalau beli pakej 3 kotak, seller ada buat tawaran harga. Bolehlah buat perbandingan harga di Lazada sebelum membeli. Contohnya seperti di SINI.

So, suplemen mana yang terbaik untuk rawat kesburan suami? Admin juga tidak ada jawapannya. Semuanya bergantung pada tahap kesuburan, cara pemakanan dan gaya hidup para suami. Perhatikan mereka dan bantulah mereka dari situ. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Tips sebelum membeli sebarang suplemen kesuburan lelaki:

1. Buat pemeriksaan sperma sebelum mengambil apa-apa supplement untuk mengenal pasti masalah tersembunyi.

2. Jika suami mengalami masalah sperma dari segi bilangan, pergerakan atau bentuk, bolehlah mengambil salah satu supplemeny yang disenaraikan di atas sebaik-sebaiknya dengan rekemendasi doktor.

3. Selepas 3 bulan mengambil supplement secara berterusan, buat pemeriksaan sekali lagi untuk memantau perkembangan terkini.

Perlu diingatkan, semua ini kuasa Tuhan. Kita boleh cuba macamanapun tapi Dia-lah penentunya. Buat yang beragama Islam, buatlah solat hajat, baca Surah Maryam kerana terdapat ayat-ayat didalamnya untuk memohon zuriat. Sebanyak mana yang kita usahakan pun, yang menentukan juga ialah Allah SWT. Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Akhir sekali, ini sedikit pesanan admin. Hati-hati buat para suami. Ada kajian yang menunjukkan manusia makin pupus disebabkan sperma counts kaum lelaki semakin menurun. Boleh refer artikel Sperm count drop ‘could make humans extinct’ untuk bacaan lanjut. Selain itu, difahamkan kadar hayat bagi kaum lelaki juga semakin singkat. Yikes! What’s happening to you guys? So, better do something quickly!

Admin ucapkan selamat maju jaya buat suami-suami di luar sana. Bersama-samalah memainkan peranan untuk mendapatkan zuriat. Usahlah menunding jari menyalahkan isteri lagi, ya. Sama-samalah kita berusaha untuk keharmonian rumahtangga.

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai