Knowledge Sharing

Ujian Saringan Tahun 1 & Program Literasi dan Numerasi (LINUS)

Hi semua!

Bagi ibu bapa yang sedang menyiapkan anak untuk kemasukan tahun 1, pasti ada yang tertanya-tanya, “ada lagi ke Program
Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) ?”

Jawapannya, TIDAK.

Admin difahamkan mulai tahun 2019, tiada lagi Program
Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) akan dijalankan. Namun begitu, sekolah diberi kuasa untuk menjalankan sendiri ujian diagnostik. Lain sekolah mungkin lain ujiannya. Admin berani nyatakan begitu berdasarkan petikan akhbar yang admin jumpa di google di bawah:

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin….. sekolah akan melaksanakan program sendiri mengikut kesesuaian bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis dalam kalangan murid.


(Sumber: Berita Harian)

Dari pemerhatian admin, kebanyakan sekolah kini mengadakan Ujian Saringan Tahun 1. Ujian sebegini adalah untuk melihat potensi anak-anak sebelum disaringkan mengikut kelas. Ini memberi peluang untuk sekolah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar untuk menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi.

Apa persediaan yang ibubapa perlu lakukan?

Kata kuncinya 3M: membaca, mengira dan menulis.

Ibubapa perlu menyediakan platform untuk anak-anak menguasai 3M tersebut. Sebaik-baiknya gunakan konsep ‘fun learning’ agar anak seronok bermain ketika belajar. Cuba pastikan anak-anak mampu membaca, menulis dan mengira dengan baik sebelum menguji sejauh mana mereka telah menguasai.

Tapi ibubapa jangan stresskan anak pula. Kesian anak-anak. Diaorang kan kecil lagi. Ujian in sekadar melihat potensi anak. Anak yang yang tertekan akan mempengaruhi emosi mereka tau. Cukuplah sekadar kita pastikan penguasaan anak-anak setakat mana. Dari situ kita cuba bantu ok.

Macam admin nyatakan, hanya sekolah yang akan menentukan jenis diagnostik yang mereka gunakan. Lain sekolah lain pendekatannya. Lain tahun mungkin cara anak disaring.

Admin cuba google contoh-contoh ujian diagnostik yang terdapat di online. Terdapat beberapa contoh yang admin cuba kumpulkan supaya ibubapa boleh cuba untuk diberikan kepada anak. Ingat! Ini cuma contoh. Ujian sebenar mungkin sangat berlainan dengan apa yang admin kongsikan.

Contoh pertama yang admin kongsikan ini adalah dari page Alif & Sofia. Perlu diingatkan bahawa ini adalah format lama Instrumen Saringan Literasai Menulis tahun 2015 sebelum Program LINUS dihentikan. Namun begitu, kita boleh gunakan contoh ini sebagai latihan ujian diagnostik bagi skill membaca dan menulis.

No photo description available.
Image may contain: text
Image may contain: text
Image may contain: text
No photo description available.
Image may contain: text
Image may contain: text
Image may contain: text
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.
No photo description available.

Contoh kedua pula diambil dari facebook Norlida Mohd Adnan . Ujian diagnostik ini merangkumi BM + BI + Matematik

Puan Norlida Abdul Adnan juga ada share ujian diagnostik Bahasa Malaysia (bertulis). Contohnya seperti di bawah:

Itu cuma sebahagian. Ada 26 kemahiran yang Puan Norlida telah kongsikan. Boleh print dari SINI.

Kertas latihan yang admin kongsikan semua ini cuma boleh digunakan sebagai latihan sahaja. Ujian itu sendiri sekolah yang tentukan. Ada juga sekolah yang tak buat ujian diagnostik. Macam admin sebutkan awal-awal, lain sekolah, lain approach. Jadi, ibubapa jangan risau je.

Jadikan latihan yang admin gunakan ini sebagai pemantauan perkembangan anak. Tak perlu paksa sebab lain anak, lain perkembangannya. Admin mengaku yang admin sendiri slow learner hihi. Asalkan anak gembira, boleh hidup dan pandai berdikari, itu pun dah kira achievement. Dari situ kita pupuk apa yang dia minat.

Bagi ibubapa yang ingin memantau perkembangan anak, ada senarai semak pengesanan perkembangan bayi sehingga 6 tahun. Borang ini cukup bagus untuk memastikan anak kita di tahap yang mana. Admin rasa guru-guru prasekolah pun pasti suka senarai semak ni.

Nak cuba?

Klik dan download Senarai Semak Pengesanan Perkembangan Bayi dan Kanak-kanak Berumur 0 – 6 Tahun di SINI

Kalau berminat nak dapatkan tambahan koleksi latihan untuk persediaan darjah , boleh rujuk post artikel Koleksi Latihan SRAI. Latihan yang disediakan sesuai untuk persediaan anak ke sekolah agama intergrasi.

Semoga artikel ini membantu!

Sebarang komen dan pandangan amat kami hargai